Sunday 30 March 2014

KERJA KURSUS INDIVIDU



KERJA KURSUS INDIVIDU (20%)
REVIU ARTIKEL/JOURNAL
1.    Pilih satu artikel/jurnal mengikut tajuk/tema yang berkaitan dengan kursus TZ40103.
2.    Artikel/Jurnal yang dipilih hendaklah tidak melewati ‘usia’ 10 tahun – iaitu dari 2004 – 2014
3.    Penulisan reviu hendaklah bersifat kritis/kritikal dan mempamerkan tahap pemikiran dan kefahaman yang tinggi terhadap artikel yang dibaca.
4.    Penulisan reviu hendaklah merangkumi perkara- perkara berikut :
·         Tujuan kajian
·         Metodologi
·         Kesignifikan dapatan
·         Kesimpulan kajian
5.    Font : Arial : 12 , Spacing 1.5
6.   Penulisan artikel/jurnal ialah antara 1.5 – 2 muka surat. Penulisan yang melebihi 2 muka surat akan dipotong sebanyak 5 markah.
7.    Sertakan jurnal/artikel sebagai lampiran





KERJA KURSUS INDIVIDU (20%)
REVIU ARTIKEL/JOURNAL
1.    Pilih satu artikel/jurnal mengikut tajuk/tema yang berkaitan dengan kursus TZ40103.
2.    Artikel/Jurnal yang dipilih hendaklah tidak melewati ‘usia’ 10 tahun – iaitu dari 2004 – 2014
3.    Penulisan reviu hendaklah bersifat kritis/kritikal dan mempamerkan tahap pemikiran dan kefahaman yang tinggi terhadap artikel yang dibaca.
4.    Penulisan reviu hendaklah merangkumi perkara- perkara berikut :
·         Tujuan kajian
·         Metodologi
·         Kesignifikan dapatan
·         Kesimpulan kajian
5.    Font : Arial : 12 , Spacing 1.5
6.   Penulisan artikel/jurnal ialah antara 1.5 – 2 muka surat. Penulisan yang melebihi 2 muka surat akan dipotong sebanyak 5 markah.
7.    Sertakan jurnal/artikel sebagai lampiran

Tuesday 18 March 2014

TZ 40103 EKSPRESI & KREATIVITI KANAK-KANAK



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat bertemu kembali di ruangan ini. Saya harap cikgu2 semua sihat dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan masing-masing. Seperti biasa saya membuka ruang kepada cikgu2 semua untuk berbincang dan berdialog secara online apa sahaja kemusykilan dan ketidakpastian di blog. Di harap dapat membantu kita semua untuk lebih memahami kursus pada kali ini.

KERJA KURSUS KUMPULAN (20%)

'Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif.'

Berdasarkan pernyataan di atas, pilih satu aktiviti/kegiatan seni yang anda gemari/ceburi dan buat satu kajian yang berkaitan yang dapat memberi sumbangan positif  kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak . Kajian/penulisan anda mestilah merangkumi aspek-aspek berikut :

i.   Sejarah / Latar belakang aktiviti seni yang dipilih
ii.  Satu atau dua teori yang relevan dengan aktiviti seni yang dipilih
iii. Sumbangan aktiviti tersebut kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak    
     secara menyeluruh
 iv. Membentangkan atau membuat persembahan aktiviti yang dipilih.

Arahan
i.  Font 12, Times Roman atau Arial, 1.5 spacing
ii.  Panjang 10-12 muka surat
iii. Ahli kumpulan 5-8 orang
iv. Tarikh Serahan : Interaksi kedua
a.    

Saturday 13 April 2013

Soalan 2

Saya sudah baca jawapan cikgu-cikgu. Sorry ya tak dapat respon untuk setiap seorang. Kesemuanya telah memberi jawapan beserta contoh yang baik. So soalan seterusnya.....
Soalan 2
Pilih satu kemahiran proses sains dan berikan satu tajuk sains awal yang relevan untuk mengajar berdasarkan kemahiran tersebut. Jangan jawab terlalu panjang cukup sekadar contoh sahaja. Nanti ada lagi soalan lain yang akan menyusul

Monday 4 March 2013

TUGASAN INDIVIDU (30%)



PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KOHORT 1
SEMESTER II SESI 2012 / 2013
(SEKOLAH RENDAH)

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN
_________________________________________________________________________

KOD KURSUS                                      :  TU 30103           
TAJUK KURSUS                                 :   SAINS AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER                                          :  SEMETER II SESI 2012 / 2013
_________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1.      Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan Individu dan SATU (1) soalan Kumpulan.

2.      Jawab  dalam  Bahasa Melayu sahaja

3.      Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4.  Tugasan anda hendaklah antara 1500 hingga 2000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda.

5.      Anda dikehendaki menghantar tugasan secara hard copy. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6.      Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dan tandatangan borang penyerahan

7.      Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada pertemuan bersemuka.keempat.

8.      Tugasan hendaklah disiapkan secara individu Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.



 

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION
 

SOALAN / QUESTION
Soalan Individu

Pendidikan sains awal, menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan murid-murid memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan kreativiti dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains awal kanak-kanak.

Berdasarkan pernyataan di atas pilih satu kaedah dan huraikan secara terperinci bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran sains awal kanak-kanak dapat diajarkan dengan berkesan dan seterusnya berupaya mencungkil bakat dan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak di sekolah anda.

[ 30markah ]
 * TUGASAN KUMPULAN SEDANG DALAM PROSES PERBINCANGAN

Sunday 3 March 2013

Soalan 1

Jelaskan secara ringkas  bagaimana teori pelaziman klasik dapat diaplikasi dalam P&P sains awal kanak-kanak. (sertakan contoh yang relevan)

TU 30103 SAINS AWAL KANAK-KANAK

Selamat sejahtera dan selamat datang ke blog 2013 sem 1,

Mari lah kita berkongsi maklumat , pengetahuan dan pengalaman mengenai Sains Awal Kanak-Kanak melalui blog ini. Perbincangan dalam blog ini diharapkan dapat membantu para guru dalam menjawab sebarang kemusykilan atau ketidakpastian mengenai subjek ini dan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan nanti. Oleh itu diharapkan anda semua melibatkan diri dalam blog ini