Saya sudah baca jawapan cikgu-cikgu. Sorry ya tak dapat respon untuk setiap seorang. Kesemuanya telah memberi jawapan beserta contoh yang baik. So soalan seterusnya.....
Soalan 2
Pilih satu kemahiran proses sains dan berikan satu tajuk sains awal yang relevan untuk mengajar berdasarkan kemahiran tersebut. Jangan jawab terlalu panjang cukup sekadar contoh sahaja. Nanti ada lagi soalan lain yang akan menyusul
Saturday 13 April 2013
Monday 4 March 2013
TUGASAN INDIVIDU (30%)
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KOHORT 1
SEMESTER II SESI 2012 / 2013
(SEKOLAH RENDAH)
PENYERAHAN
DAN PENILAIAN TUGASAN
_________________________________________________________________________
KOD
KURSUS : TU 30103
TAJUK
KURSUS : SAINS AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER : SEMETER II SESI 2012 / 2013
_________________________________________________________________________
ARAHAN
KEPADA PELAJAR
1.
Tugasan ini
mengandungi SATU (1) soalan Individu
dan SATU (1) soalan Kumpulan.
2.
Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja
3.
Tugasan anda
hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.
4. Tugasan anda hendaklah
antara 1500 hingga 2000 patah
perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda.
5.
Anda dikehendaki
menghantar tugasan secara hard copy.
Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan
sendiri.
6.
Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dan tandatangan borang penyerahan
8.
Tugasan hendaklah
disiapkan secara individu Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga
dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.
SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION
SOALAN / QUESTION
Soalan Individu
Pendidikan sains awal, menyediakan peluang pembelajaran
sains dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai,
menggalakkan murid-murid memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan
masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab
musabab. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan
kreativiti dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains awal
kanak-kanak.
Berdasarkan pernyataan di atas pilih satu
kaedah dan huraikan secara terperinci bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
sains awal kanak-kanak dapat diajarkan dengan berkesan dan seterusnya berupaya mencungkil
bakat dan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak di sekolah anda.
[
30markah ]
* TUGASAN KUMPULAN SEDANG DALAM PROSES PERBINCANGAN
Sunday 3 March 2013
Soalan 1
Jelaskan secara ringkas bagaimana teori pelaziman klasik dapat diaplikasi dalam P&P sains awal kanak-kanak. (sertakan contoh yang relevan)
TU 30103 SAINS AWAL KANAK-KANAK
Selamat sejahtera dan selamat datang ke blog 2013 sem 1,
Mari lah kita berkongsi maklumat , pengetahuan dan pengalaman mengenai Sains Awal Kanak-Kanak melalui blog ini. Perbincangan dalam blog ini diharapkan dapat membantu para guru dalam menjawab sebarang kemusykilan atau ketidakpastian mengenai subjek ini dan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan nanti. Oleh itu diharapkan anda semua melibatkan diri dalam blog ini
Mari lah kita berkongsi maklumat , pengetahuan dan pengalaman mengenai Sains Awal Kanak-Kanak melalui blog ini. Perbincangan dalam blog ini diharapkan dapat membantu para guru dalam menjawab sebarang kemusykilan atau ketidakpastian mengenai subjek ini dan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan nanti. Oleh itu diharapkan anda semua melibatkan diri dalam blog ini
Subscribe to:
Posts (Atom)