Monday 4 March 2013

TUGASAN INDIVIDU (30%)



PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KOHORT 1
SEMESTER II SESI 2012 / 2013
(SEKOLAH RENDAH)

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN
_________________________________________________________________________

KOD KURSUS                                      :  TU 30103           
TAJUK KURSUS                                 :   SAINS AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER                                          :  SEMETER II SESI 2012 / 2013
_________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1.      Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan Individu dan SATU (1) soalan Kumpulan.

2.      Jawab  dalam  Bahasa Melayu sahaja

3.      Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4.  Tugasan anda hendaklah antara 1500 hingga 2000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda.

5.      Anda dikehendaki menghantar tugasan secara hard copy. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6.      Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dan tandatangan borang penyerahan

7.      Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada pertemuan bersemuka.keempat.

8.      Tugasan hendaklah disiapkan secara individu Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.



 

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION
 

SOALAN / QUESTION
Soalan Individu

Pendidikan sains awal, menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan murid-murid memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan kreativiti dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains awal kanak-kanak.

Berdasarkan pernyataan di atas pilih satu kaedah dan huraikan secara terperinci bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran sains awal kanak-kanak dapat diajarkan dengan berkesan dan seterusnya berupaya mencungkil bakat dan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak di sekolah anda.

[ 30markah ]
 * TUGASAN KUMPULAN SEDANG DALAM PROSES PERBINCANGAN

Sunday 3 March 2013

Soalan 1

Jelaskan secara ringkas  bagaimana teori pelaziman klasik dapat diaplikasi dalam P&P sains awal kanak-kanak. (sertakan contoh yang relevan)

TU 30103 SAINS AWAL KANAK-KANAK

Selamat sejahtera dan selamat datang ke blog 2013 sem 1,

Mari lah kita berkongsi maklumat , pengetahuan dan pengalaman mengenai Sains Awal Kanak-Kanak melalui blog ini. Perbincangan dalam blog ini diharapkan dapat membantu para guru dalam menjawab sebarang kemusykilan atau ketidakpastian mengenai subjek ini dan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan nanti. Oleh itu diharapkan anda semua melibatkan diri dalam blog ini