Sunday, 3 March 2013

TU 30103 SAINS AWAL KANAK-KANAK

Selamat sejahtera dan selamat datang ke blog 2013 sem 1,

Mari lah kita berkongsi maklumat , pengetahuan dan pengalaman mengenai Sains Awal Kanak-Kanak melalui blog ini. Perbincangan dalam blog ini diharapkan dapat membantu para guru dalam menjawab sebarang kemusykilan atau ketidakpastian mengenai subjek ini dan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan nanti. Oleh itu diharapkan anda semua melibatkan diri dalam blog ini

24 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing =)
      Umumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut Joseph Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang.
      Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik.
      Antara tujuan pendidikan sains adalah :
      •Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak.
      •Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat
      •Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sisitematik dalam membuat penakulan.
      •Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.

      Delete
    2. Apakah Itu Sains Pada Kanak-Kanak?
      Sains boleh didefinisikan sebagai pengetahuan yang sistematik. Bagi orang dewasa, pengetahuan adalah dikelompokkan kepada fizikal, semulajadi, biologikal, sains sosial, sastera, muzik, matematik dan seni. Kesemua ini sistem yang dihasilkan oleh manusia. Semuanya mempunyai konsep yang penting untuk kanak-kanak. Pertanyaan sering dikemukakan oleh kanak-kanak yang mana guru perlu menjawabnya dengan berkata,"Mari kita mencari jawapan," atau "Mari kita tengok benda itu." Mendapatkan jawapan menggunakan kaedah saintifik memerlukan pemerhatian, membuat pertanyaan, mencari alasan dan membuktikan menerusi eksperimen. Jawapan pada hari ini mungkin tidak bersesuaian di masa akan datang. Proses kaedah saintifik adalah penting terutama dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kesungguhan guru ketika menjawab soalan amat perlu kerana rasa ingin tahu dalam diri kanak-kanak sentiasa terbit dan soalan-soalan yang mereka kemukakan, kadangkala boleh mencabar minda kita.

      Delete
  2. Sains adalah suatu bidang yang amat unik dan luas. Tanpa kita sedari, sains sentiasa bersama dalam kehidupan kita. Sains wujud semasa kita makan, minum,menonton televisyen,menanam tumbuhan dan macam-macam lagi. Kanak-kanak zaman kini telah didedahkan kepada ilmu sains sejak dirahim ibu lagi. Bayi di dalam rahim diperdengarkan lagu-lagu berbagai genre dengan kecanggihan gadget sains masa kini. Semakin membesar, lebih banyak lagi gadget-gadget sains diperkenalkan kepada kanak-kanak. Jelas didapati, tiada kanak-kanak masa kini yang ‘buta sains‘ malah boleh dikatakan amat ‘celik sains’
    Artikel yang ditulis oleh Rajiah Hasan dibawah menceritakan serba-sedikit tentang kepentingan sains kepada kanak-kanak masa kini.
    Pembacaan, imaginasi sains pada kanak-kanak - Oleh RAJIAH HASAN
    KANAK-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Mereka belajar menerusi imaginasi. Imaginasi kanak-kanak kadang-kadang melangkaui jangkaan. Di antara individu yang paling memberi kesan terhadap imaginasi kanak-kanak ialah mereka yang paling rapat dengannya, iaitu ibu bapa atau pengasuh.
    Menurut Marjorie Taylor, seorang pakar psikologi merangkap penyelidik daripada University of Oregon in Eugene, kanak-kanak menggunakan imaginasi sebagai alat pemikiran mereka.
    Mereka menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada beberapa perkara yang sukar mereka fahami dalam kehidupan, seperti masalah keluarga, isu ketuhanan, mahupun dunia kanak-kanak sebelum kelahiran.
    Kanak-kanak juga gemar berimaginasi bagi mengatasi kesakitan dan kedukaan yang mereka alami.
    Pakar psikologi Alison Gopnik dari University of California, Berkeley pula mengatakan bahawa kanak-kanak sudah boleh berimaginasi seawal usia sembilan bulan.
    Pada ketika inilah ibu bapa atau pengasuh sudah boleh memainkan peranan untuk menggarap apa yang mereka mahukan untuk santapan imaginasi anak-anak mereka. Tidak salah pada usia semuda itu ilmu sains boleh diperkenalkan, sama ada melalui perbuatan atau pembacaan ibu bapa kepada bayinya.
    Mungkin ibu bapa boleh menunjukkan gambar-gambar planet dan bintang-bintang yang bergemerlapan secara berulang kali bagi mewujudkan imaginasi cakerawala kepada si bayi.
    Sementara itu, kanak-kanak berusia setahun ke atas sudah mula mengenal objek dan memahami gambar-gambar yang ditunjukkan.
    Pada waktu ini pendekatan awal yang bersesuaian sudah boleh digarap. Buku sains selalunya mempunyai gambar-gambar yang menarik dan berkisar tentang kehidupan seharian, seperti anggota tubuh badan, bagaimana makanan diproses di dalam perut, apa terjadi sewaktu ibu mengandungkan adik, mengapa hujan turun, mengapa lampu menyala dan sebagainya.
    Kanak-kanak akan cepat berimaginasi apabila diceritakan mengapa sesuatu fenomena itu berlaku, terutama fenomena yang dekat dengan mereka.
    Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menceritakan sesuatu itu dengan kaedah seringkas yang boleh, benar dan logik, kerana ini adalah penerimaan pertama kanak-kanak.
    Menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah yang akan menjadi asas kepada pengetahuan sedia ada yang bakal mereka ada dalam minda bawah sedar.
    Seandainya kanak-kanak itu didedahkan dengan konsep yang salah, pengetahuan itu akan terus dibawa dan apabila lewat dikenal pasti, adalah sukar untuk guru mengubah konsep atau persepsi tersebut.
    Seorang pakar kaji bintang yang bekerja dengan NASA di Amerika Syarikat telah mengakui bahawa minat yang mendalam dalam bidang astronomi telah wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.

    ReplyDelete
  3. .....sambungan artikel oleh Rajiah Hasan
    Hasil dari sifat taksub dengan cerita Star Wars pada ketika kanak-kanak menyebabkan beliau terus menerawang dalam imaginasi bintang-bintang serta galaksi. Zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan buku dan komik tentang galaksi.
    Imaginasi ini terus membawanya pada cita-cita sebagai seorang astronomi dan beliau akhirnya berjaya. Ada banyak lagi kisah saintis-saintis yang berjaya masa kini dan minat mereka yang tertanam sejak zaman kanak-kanak.
    Mereka menjadi individu yang berjaya dalam bidang sains bukan kerana kebetulan, tetapi kesinambungan daripada apa yang diterapkan sejak awal kehidupannya, sama ada disedari atau tidak.
    Terdapat banyak buku, majalah mahupun komik kanak-kanak yang berkisar tentang sains dan kehidupan di pasaran masa kini. Ilustrasi yang dibuat juga amat menarik dan konsep yang dibawa cukup dipermudahkan untuk difahami oleh kanak-kanak.
    Bahan bacaan ini dipersembahkan dengan menggunakan warna-warna yang terang dan watak-watak yang cukup menghiburkan. Harga bahan bacaan tersebut juga terdapat dalam julat yang mampu dibeli oleh pelbagai golongan.
    Ada banyak tahap bahan bacaan yang boleh digunakan untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun selalunya lebih berminat kepada imej bergambar yang ringkas dan berwarna-warni.
    Lantaran itu bahan seperti kad imbasan amat sesuai digunakan. Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun pula berminat dengan proses sains dan carta yang mudah. Tahap imaginasi mereka juga amat tinggi dan boleh dizahirkan semula dalam bentuk lukisan atau lakon cara.
    Sementara bagi kanak-kanak yang sudah pandai membaca, pendekatan lebih kepada penerangan dan cerita yang lebih jelas tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.
    Kanak-kanak pada usia ini mempunyai perasaan ingin tahu yang amat tinggi serta akan mencari sesuatu yang mantap untuk diimaginasikan.
    Perasaan ingin tahu yang tinggi adalah sesuatu yang sihat di dalam pembelajaran ilmu sains yang lebih kepada proses sains dan eksperimentasi.
    Namun demikian, kanak-kanak tidak akan dapat meneroka bahan bacaan yang ada tanpa bantuan daripada orang dewasa.
    Ibu bapa bukan sekadar menyediakan bahan, mereka juga boleh membantu anak-anak secara membaca bersama-sama atau berbincang tentang apa yang diperlihatkan oleh bahan bacaan tersebut.
    Menerapkan input ilmu ke dalam minda seseorang kanak-kanak adalah seperti mencurahkan air ke atas span yang sentiasa bersedia untuk menyerap seberapa banyak air yang boleh.
    Input yang positif akan membuahkan output yang juga positif.
    Sememangnya fitrah manusia akan mencari sebab dan akibat tentang sesuatu fenomena yang berlaku dalam kehidupan, dan ilmu sains merupakan cabang ilmu yang sememangnya mencari bukti kukuh tentang fenomena alam.
    Tidak salah membiarkan kanak-kanak berimaginasi tentang sains, dengan konsep dan pendekatan yang betul serta bersesuaian. Hakikatnya, sains adalah fenomena dalam kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas maklumat di atas. Boleh kamu sertakan rujukan yang kamu buat

      Delete
    2. 1. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

      Delete
    3. Maaf Puan. Baru dapat sertakan rujukan tersebut. ^_^

      Delete
  4. Salam Sejahtera Puan.. Bilakah due dia ni Puan?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Ini juga boleh dijadikan bahan bacaan...

    Inkuiri dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains
    Date: Sunday, August 07 @ 01:22:02 MYT
    Topic: Pendidik

    Pendekatan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ ini membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah.

    Ingin tahu adalah sifat semula jadi kanak-kanak yang perlu dipupuk. Mereka sentiasa bertanya soalan, menggunakan deria rasa, sentuhan, penglihatan, bau dan pendengaran supaya lebih mengetahui. Kanak-kanak menggunakan deria mereka membuat pencerapan dan membina kefahaman berhubung konsep dan prinsip saintifik dengan bantuan dan bimbingan guru dan juga ibu bapa. Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak meneroka alam sekitar, membuat eksperimen, dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cuba-jaya serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Sifat ingin tahu ini adalah asas inkuiri. Memupuk dan membina rasa ingin tahu kanak-kanak ini adalah kunci pem-belajaran sains. Bermain menjadi fitrah kanak-kanak dan melalui permainan kanak-kanak membuat penerokaan dan penemuan sesuatu yang baru secara langsung. Kanak-kanak berpeluang mengguna, mengasah dan seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran proses sains asas. Ciri-ciri pembelajaran yang dinyatakan ini amat serasi dengan sifat sains. Sains memerlukan kanak-kanak membuat inkuiri dan penemuan. Pada peringkat ini ia dilakukan melalui bermain. Justeru, guru perlu bijak menggunakan peluang yang ada memupuk minat dan sifat kanak-kanak yang sentiasa bertanya bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Kanak-kanak belajar melalui interaksi mereka dengan alam sekitar. Justeru, pendekatan yang sama perlu digunakan dalam pengajaran sains. Kanak-kanak seharusnya diberi peluang meneroka, menyelidik atau menyiasat serta menjalankan aktiviti ataupun eksperimen. Pendekatan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ ini membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah. Konsep-konsep sains diperkenalkan kepada kanak-kanak semasa interaksi mereka dengan bahan-bahan, rakan dan guru melalui aktiviti-aktiviti harian yang mereka lakukan dan juga semasa bermain. Semakin muda umur kanak-kanak, semakin tak formal persekitaran pembelajaran. Persekitaran pembelajaran yang tak formal menggalakkan pembelajaran melalui permainan secara spontan yang mana kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang menarik minat mereka, seperti bermain dengan blok dan bahan-bahan permainan binaan. Namun begitu, permainan spontan bukanlah satu-satunya alternatif yang ada bagi pembelajaran akademik pada peringkat awal kanak-kanak. Dapatan-dapatan kajian menyarankan pengalaman pembelajaran pada peringkat ini memerlukan pendekatan berorientasikan intelek iaitu kanak-kanak berinteraksi dalam kumpulan kecil sambil melakukan aktiviti atau projek yang membantu mereka membina kefahaman daripada pengalaman yang dilalui. Justeru, kurikulum seharusnya merangkumi projek-projek kumpulan yang memberi peluang untuk kanak-kanak meneroka dan membuat penyiasatan. Projek-projek seperti ini membantu kanak-kanak menguasai dan memantapkan kemahiran-kemahiran memerhati, melakukan eksperimen, membuat inkuiri, dan meneliti aspek-aspek yang menarik lagi penting dalam persekitaran mereka. Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah berasaskan sifat semula jadi kanak-kanak yang sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka. Tujuan pendidikan sains pada peringkat awal ini adalah memupuk dan membina minat dan kegemaran kanak-kanak supaya terus meneroka dan mencari penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Antara matlamat pendidikan sains adalah menyediakan kanak-kanak yang faham kaedah taakulan inkuiri saintifik dan dapat menggunakan kaedah itu. Justeru, sains di sekolah seharusnya diajar dapat mencerminkan ‘sains seperti yang diamalkan.

    *Untuk bacaan selanjutnya, boleh klik link di bawah ini... ^_^

    http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=379

    ReplyDelete
  7. Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah berasaskan sifat semula jadi kanak-kanak yang sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka. Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah memupuk dan membina minat dan kegemaran kanak-kanak supaya terus meneroka dan mencari penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan dalam kehidupan mereka sehari hari.

    ReplyDelete
  8. Sains adalah suatu bidang yang amat unik dan luas. Tanpa kita sedari, sains sentiasa bersama dalam kehidupan kita. Sains wujud semasa kita makan, minum,menonton televisyen,menanam tumbuhan dan macam-macam lagi. Kanak-kanak zaman kini telah didedahkan kepada ilmu sains sejak dirahim ibu lagi. Bayi di dalam rahim diperdengarkan lagu-lagu berbagai genre dengan kecanggihan gadget sains masa kini. Semakin membesar, lebih banyak lagi gadget-gadget sains diperkenalkan kepada kanak-kanak. Jelas didapati, tiada kanak-kanak masa kini yang ‘ buta sains ‘ malah boleh dikatakan amat ‘celik sains’
    Artikel yang ditulis oleh Rajiah Hassan dibawah menceritakan serba-sedikit tentang kepentingan sains kepada kanak-kanak masa kini.

    ReplyDelete
  9. Apakah Itu Sains Pada Kanak-Kanak?
    Sains boleh didefinisikan sebagai pengetahuan yang sistematik. Pada orang dewasa, pengetahuan adalah dikelompokkan kepada fizikal, semulajadi, biologikal, sains sosial, sastera, muzik, matematik dan seni. Kesemua ini sistem yang dihasilkan oleh manusia. Semuanya mempunyai konsep yang penting untuk kanak-kanak. Pertanyaan sering dikemukakan oleh kanak-kanak yang mana guru perlu menjawabnya dengan berkata,"Mari kita mencari jawapan," atau "Mari kita tengok benda itu." Mendapatkan jawapan menggunakan kaedah saintifik memerlukan pemerhatian, membuat pertanyaan, mencari alasan dan membuktikan menerusi eksperimen. Jawpan pada hari ini mungkin tidak bersesuaian di masa akan datang. Proses kaedah saintifik adalah penting terutama dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kesungguhan guru untuk menggalakkan kanak-kanak sentiasa rasa ingin tahu berterusan bukan mengajar fakta khusus.
    Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 4:39 PM


    ReplyDelete
  10. Perkataan sains ini diambil daripada bahasa Latin iaitu ‘scinetia’, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Sains bermula dengan pengalaman, yang mana kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Menurut Webster New Collegiate Dictionary, sains adalah pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian atau pengetahuan yang melingkupi suatu kebenaran umum dari hukum-hukum alam yang terjadi. Sains sebenarnya bertujuan untuk memahami dunia di sekeliling kita. Penghuraian, Mencari Keseragaman dan Pembentukan Teori dan Hukum merupakan tiga komponen utama dalam aktiviti sains.
    Sains awal pula didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami aspek sifat alam. Ianya mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Pendidikan sains pada peringkat prasekolah merupakan pendedahan awal kepada kanak-kanak dalam menerokai dunianya. Sains awal pula didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami aspek sifat alam. Ianya mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Pendidikan sains pada peringkat prasekolah merupakan pendedahan awal kepada kanak-kanak dalam menerokai dunianya.

    ReplyDelete
  11. Definisi pendidikan sains awal kanak-kanak menurut Lee Shok Mee (1994) ialah sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat atau penyusunannya. Perkataan sains berasal dari bahasa latin “scinetia” yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Pada peringkat sains awal kanak-kanak, mereka di peluang untuk meneroka, memerhati dan mencuba sendiri sesuatu kejadian itu. Selain itu kanak-kanak ini juga digalakkan untuk bertanya soalan, menyelesaikan sesuatu masalah serta membuat perkaitan di antara satu sebab dengan sebab yang lain. Melalui pembelaaran sains, kanak –kanak juga akan mendapat pembelajaran melalui pengalaman dan membuat rumusan saintifik hasil daripada pengalaman tersebut.

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera Pn. Rohana... Maaf sekiranya respond saya untuk soalan 1 ini sudah terlambat.. :-) Seperti yang kita sudah maklum bahawa perkataan sains ini berasal daripada Latin “scientia”, yang bermaksud ilmu. Sains boleh didefinisikan sebagai kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan kepada kita dan persekitaran. Sains ialah suatu proses memerhati, berfikir dan membuat perkaitan antara satu tindakan dan kesan ataupun kejadian dan peristiwa. Ia juga adalah sesuatu yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah (Brewer, 1995). Peluang mempelajari sains terdapat di pelbagai tempat dan keadaan di sekeliling kita contohnya di kebun, muzium, sekolah dan zoo. Bagi pendapat saya, pada kanak-kanak sains adalah perkara yang mereka hairan, rasa takjub, serta ingin tahu dan teroka. Sekian..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..Mohon war-warkan bahawa Seminar Sains Prasekolah akan bermula.
    Early Childhood Science Seminar 2015.
    Venue : Faculty Of Education, Universiti Malaya
    Date : 27th June 2015
    Suitable For Teachers To Enhance Science Teaching.
    Certificate Provided In Collabration with Universiti Pendidikan Sultan Idris and NCDRC.
    We Train Hands-on Science Seminar using 5E Instructional Model.
    Science Process Skills and Inquiry Based Learning.
    Conduct by Professional Trainers.
    Mr. John Ooi (Chairman of Kiddo's Science World)
    Prof. Dr. Sopia Md. Yassin (Director of NCDRC)
    Call 019-2778415 (Firdaus) 019-3845864 (Amira) now before 15/06/2015 for a special Discount or email to ks_intellectual@yahoo.com.my or www.facebook.com/ksintellectual
    Thank you

    ReplyDelete