Tuesday 4 December 2012

TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak

Sinopsis kursus TU20003

Kursus ini memperkenalkan teori dan pendekata mengajar matematik peringkat prasekolah. ia membina kemahiran guru memilih keadah dan merancang pengajaran untukmengajar pelbagai topik matematik  kanak-kanak. Kursus ini mengandungi panduan untuk menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran dan latihan matematik secara aktif, terutama pelbagai permainan, menilai dan merakam kemajuan murid dalam matematik.

Sila kemuka persoalan sekiranya para guru mempunyai kemusykilan atau ingin berkongsi pengalaman berkaitan subjek di atas

269 comments:

  1. Apakah langkah-langkah yang perlu bagi melaksanakan aktiviti agar murid boleh menyatakan hasil tambah 2 himpunan objek dari lingkungan 1-10?

    Apakah LANGKAH2 aktiviti scaffolding yang sesuai untuk murid prasekolah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyatakan hasil tambah 2 himpunan objek merupakan standard kandungan ST8.1.1. oleh itu murid dianggap sudah mengenal nombor asas 1 hingga 10. Langkah-langkah dalam melaksanakan aktiviti murid khususnya dalam proses penambahan bagi 1 hingga 10 ialah pengenalan nombor 1 hingga 10 oleh guru dengan menggunakan BBM seperti kad nombor, yang mana murid akan diminta menyebut nombor 1 hingga 10 satu persatu sebagi proses imbas kembali atau mengingat kembali.Kemudian guru boleh menulis angka atau nombor 1 hingga 10 dan sekali lagi meminta murid menyebutnya. Sebelum masuk kepada proses penambahan. guru harus menyatakan bilangan nombor tersebut samada menggunakan bahan maujud ataupun gambar. Contohnya apabila murid menyebut angka 5, guru akan memaparkan gambar 5 buah kereta melalui kad imbasan atau guru mengeluarkan 5 biji gula-gula dari dalam poketnya.Dalam proses penambahan, guru boleh menggunakan bahan maujud seperti gula-gula sebagai BBM sekali gus menarik minat murid utk belajar. Guru boleh memulakan proses penambahan daripada angka atau jumlah kecil contohnya seperti 1 biji gula-gula + 1 biji gula-gula akan menjadi 2 biji gula-gula. dan sebagai motivasi kepada kanak-kanak, mereka akan diberi ganjaran jika menjawab dengan betul.Ia dilakukan secara berperingkat agar murid dapat menguasai isi pelajaran.Latihan mengenai topik juga boleh dibuat selepas aktiviti di atas dibuat. Guru boleh meminta murid menjawab beberapa soalan mengenai proses penambahan dalam lembaran kerja yang disediakan. dengan itu guru boleh membuat penilaian melalui hasil kerja murid.

      Delete
    2. Untuk menyampaikan pengajaran yang melibatkan pembelajaran matematik terdapat banyak cara, kaedah, strategi dan teknik yang boleh digunakan yang terkandung dalam langkah - langkah yang tertentu dalam proses p&p. Pada pendapat saya, langkah yang paling penting ialah pada peringkat perancangan atau persediaan guru iaitu sebelum proses p&P yang akan dilaksanakan. Sebagai guru, langkah awal yang harus dirancang ialah penentuan objektif p&p, pendekatan, strategi, aktiviti yang sesuai dan bahan bantu yang akan digunakan dalam proses p&p. Dalam konteks aktiviti, terdapat beberapa contoh yang boleh digunakan semasa melaksanakan pengajaran yang melibatkan operasi tambah dalam lingkungan 10. Sebagai contoh dengan menggunakan aktiviti - aktiviti seperti Gumnut Games, hiding games, animal spots mahupun permainan butang kumbang. Contoh aktiviti - aktiviti tadi melibatkan proses bermain sambil belajar, dimana seperti yang kita tahu, bermain merupakan satu konsep yang amat penting terutamanya kepada kanak - kanak. Permainan memberi fokus terhadap proses dimana individu akan berfikir tentang kemahiran atau strategi (Bragg, 2012). Ini bermakna permainan lebih bermakna daripada belajar melalui menghafal. Ia juga akan mendorong kanak - kanak untuk bermain dimana mereka akan mempelajari lebih banyak melalui bermain (Erdogen & Baran, 2009:80). Dalam konteks bahan bantu mengajar, guru mesti menyediakan bahan - bahan yang bersifat konkrit, berwarna - warni dan dapat menarik minat kanak - kanak untuk belajar. Sebagai contoh, Frobel telah mengetengahkan penggunaan pelbagai bahan seperti blok yang disifatkan beliau sebagai satu pemberian untuk membantu kanak - kanak belajar asas matematik. Selain daripada itu, guru juga bolehmenggunakan bahan bantu yang berasaskan ict untuk membantu menyampaikan standard pembelajaran yang telah ditentukan. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan bantu yang bercorak permainan interaktif seperti "Math Popper". Permainan ini melibatkan kanak - kanak untuk menyatakan jawapan bagi hasil tambah 2 nombor dengan meletupkan belon yang keluar.

      Melalui pembacaan saya dalam modul TU2003 kita, konsep scaffolding merupakan satu konsep yang telah diperkenalkan oleh Lev - Vygotsky dalam teori pembelajaran kognitifnya yang dikenali sebagai sosial konstruktivis. Menurut beliau dalam scaffolding, kanak - kanak akan dibantu oleh oleh kanak - kanak yang lebih dewasa atau guru untuk mencapai zon perkembangan maksima. Satu contoh yang diberikan ialah, melalui permainan hiding game. Dalam langkah pertama, guru menyembunyikan objek/ manipulatif yang telah ditunjukkannya terlebih dahulu. Guru atau kanak - kanak yang lebih dewasa dapat membantu memperkembangkan pengetahuan nombor dengan menambah bilangan manipulatif, iaitu dari 3 ke 4 dan seterusnya. Langkah - langkah dalam scaffolding ini diteruskan sehingga ke satu tahap dimana bantuan yang diberikan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga pelajar atau kanak - kanak itu sendiri boleh menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. nnti menambah lg d forum ni ya..internet problem betul la skrg ni..

      Delete
    5. yesss!!!!! dapat...ok untuk soalan si john ni..saya cuba menjawab ye!!!:

      1. Apakah langkah-langkah yang perlu bagi melaksanakan aktiviti agar murid boleh menyatakan hasil tambah 2 himpunan objek dari lingkungan 1-10?
      Aktiviti hasil tambah 2 himpunan objek dari lingkungan 1-10 terdapat pada Tunjang Kurikulum Sains dan Teknologi (ST) iaitu Operasi Nombor (ST 8.0) di dalam kandungan standard (ST 8.1) Memahami operasi tambah dalam lingungan 10 dan dalam standard pembelajaran murid dalam lingkungan 5+ iaitu (ST 8.1.1) Menyatakan hasil tambah dua himpunan objek. Guru boleh membuat aktiviti tambah dengan menggunakan bahan yang senang disediakan. Contohnya seperti aktiviti Titik-Titik Domino. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah 8-9 domino, dulang besar, bakul dan kepingan nota Post-It. Objektif aktiviti ini, selain dariapada murid-murid dapat menambah nombor-nombor 1-10, murid-murid juga sekaligus dapat mempelajari aktiviti menolak 1-10. Aktiviti ini sangat menarik minat murid kepada operasi tambah dan juga tolak. Guru perlu meletakkan domino-domino ini dalam sebuah bakul kecil yang diletakkan di atas sebuah dulang. Guru perlu menunjukkan demostrasi aktiviti ini sebelum membiarkan murid-murid untuk melakukannya di Sudut Matematik dengan sendirinya. Semasa aktiviti ini berlangsung, guru hendaklah berjalan di sekitar kelas untuk membantu murid-murid ini, khususnya dalam membuat keputusan serta memeriksa ketepatan jawapan murid-murid. Guru juga boleh meminta murid-murid menyusun domino secara menegak dengan cara mengarahkan murid-murid satu demi satu memilih satu kepingan domino dan meminta mereka untuk membilang secara kuat jumlah titik di salah satu bahagian kepingan domino tersebut, diikuti dengan jumlah titik pada satu lagi bahagian domino tersebut. Kemudian, guru mengarahkan murid-murid untuk menambah jumlah tiitik-titik di kedua-dua bahagian domina itu dan membantu mereka untuk menulis jumlah tersebut di atas kepingan nota Post-It dan menampal nota tersebut di atas meja di sebelah set domino itu tadi. Apabila murid-murid telah mahir dalam operasi penambahan, guru boleh mencabar murid-murid ini dengan operasi tolak dengan menggunakan nombor yang kecil hinggalah ke besar. Aktiviti ini boleh juga dilaksanakan di dalam kumpulan. Dengan melaksanakan aktiviti ini di dalam kumpulan, nilai-nilai murni juga dapat dipupuk di kalangan mereka. Sekiranya murid-murid dapat menguasai penambahan nombor 1-10 dengan baik, guru bolehlah melangkah ke nombor yang lebih besar untuk mencabar minda murid-murid.

      Delete
    6. ok untuk soalan 2, ini jawapannya:-
      2. Apakah LANGKAH2 aktiviti scaffolding yang sesuai untuk murid prasekolah?

      Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

      Lev S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan pada aras individu.

      Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat penting di dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka.

      Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut:
      i. Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.
      ii. Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding.
      iii. Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak.
      iv. Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi.

      Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

      Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.

      Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.

      Delete
    7. Langkah-langkah yang perlu bagi melaksanakan aktiviti agar murid boleh menyatakan hasil tambah 2 himpunan objek dari lingkungan 1-10 adalah perkenalkan murid dengan nombor dahulu dan barulah memperkenalkan murid dengan nombor berertakan gambar mewaikili nombor tersebut. Selepas itu, tingkatkan kefahaman murid dengan penggunaan objek pula.Seperti yang kita sedia maklum, bahan maujud digunakan untuk membantu murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi semasa menyelesaikan operasi tambah dalam linkungan 1 hingga 10. Implikasinya kemampuan murid menyelesaikan operasi tambah meningkat selepas intervensi menggunakan bahan maujud dijalankan berbanding sebelum intervensi. Oleh itu, penggunaan bahan maujud dapat membantu murid dalam menyelesaikan operasi tambah disamping meningkatkan kefahaman mereka. Dalam aktviti penambahan menggunakan objek, langkah yang sesuai dijalankan dengan menjalankan aktviti yang melibatkan murid itu sendiri untuk menambah nombor dengan menggunakan objek. Demonstrasi dan penerangan penting. Libatkan murid secara maksima. Permainan dalam aktiviti pengajaran juga oenting untuk meningkatkan kemahiran dan memperkukuhkan kefahaman mereka.

      Delete
    8. soalan 2 :
      Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik SCAFFOLDING dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.Kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.

      Delete
    9. ASRINAH @ AGNES AMIT
      CT 10210092



      Teori pembelajaran ini diperkenalkan oleh Vygostsy. Kanak-kanak akan dibantu oleh orang dewasa untuk mencapai zon perkembangan maksima. Aktiviti yang dijalankan dalam proses pengajaran matematik di prasekolah haruslah berasaskan belajar sambil bermain. Menurut beliau, “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Aktiviti yang dijalankan boleh melibatkan operasi tambah atau tolak dalam lingkungan 1-10. Aktiviti (permainan) yang saya sarankan saya perkenalkan dengan nama ‘Bakul Tambah’. Cara bermain mudah dan seronok. Saya bahagikan murid-murid di dalam kelas kepada dua kumpulan. Saya jadikan ia seakan-akan satu pertandingan. Saya akan ajukan soalan contohnya ‘1+1 berapa?’, murid akan memasukkan bilangan gula-gula ayau coklat yang betul ke dalam bakul bernombor yang betul. Sebanyak 10 ke 15 soalan akan diajukan dan kumpulan mana yang memperoleh markah yang paling banyak akan dikira pemenang dan hadiahnya pula ialah gula-gula/coklat yang digunakan semasa aktiviti tadi.  Namun begitu, laman web ini http://skdua.blogspot.com/2009/01/aktiviti-matematik.html saya dapati aktiviti-aktiviti onlinenya amat menarik untuk kanak-kanak. Permainan di laman sub laman ini iaitu http://funschool.kaboose.com/preschool/games/game_fishin_mission.html sangat menarik bagi aktiviti tambah bagi menggantikan aktiviti fizikal di dalam kelas. 

      Delete
    10. soalan 1:
      Menyatakan hasil tambah 2 himpunan objek merupakan standard kandungan ST8.1.1. oleh itu murid dianggap sudah mengenal nombor asas 1 hingga 10. Langkah-langkah dalam melaksanakan aktiviti murid khususnya dalam proses penambahan bagi 1 hingga 10 ialah pengenalan nombor 1 hingga 10 oleh guru dengan menggunakan BBM seperti kad nombor,kad gambar ataupun objek sebenar yang mana murid akan diminta menyebut nombor 1 hingga 10 satu persatu sebagi proses imbas kembali atau mengingat kembali.Kemudian guru boleh menulis angka atau nombor 1 hingga 10 dan sekali lagi meminta murid menyebutnya. setelah murid mengenal asas nombor, barulah kita boleh masuk kepada operasi tambah nombor 1-10. aktiviti ini boleh dijalankan dalam bentuk permainan kumpulan. murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. setiap kumpulan akan diberi 3 bakul kecil. 2 bakul mengandungi objek seperti gula-gula dan pemadam manakala 1 bakul adalah kosong. murid akan mendengar arahan dari guru dan memasukkan objek mengikut nombor yang disebut oleh guru ke dalam bakul kosong. setelah itu, mereka akan mengira jumlah objek yang telah mereka kumpul dalam bakul kosong tersebut.

      Delete
  2. siapakah tokoh2 dan apakah teori mereka dlm pembelajaran matematik pra sekolah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara tokoh dan teori dalam pembelajaran M3 kanak-kanak seperti Jean Piaget yang memperkenalkan teoriperkembangan kognitif, teori pembelajaran Bruner iaitu Bruner menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tiga cara untuk mencapai kefahaman mereka dalam mempelajari matematik iaitu melalui perwakilan enaktif, ikonik dan simbolik dan juga teori perkembangan Vygotsky yang menekankan bahawa pembelajaran kanak-kanak sangat berkait rapat dengan interaksi mereka dengan individu di sekitar mereka dan juga budaya persekitaran mereka.dan jangan lupa Vygotsky yang menyatakan 2 jnis pekmbangan iaitu ZPD dan Scaffolding..

      Delete
    2. Jenn...sy dpt yg ni...mcm ada lg yg lain tu teori..tp mcm ini yg ditekankn..klu sy ada kurang..ko tmbah ah...TQ

      Delete
    3. Scaffolding bermaksud kanak-kanak akan dibantu kanak-kanak yang lebih dewasa atau guru untuk mencapai zon perkembangan maksima (Lev-Vygostsy)

      Delete
    4. Tokoh-tokoh dan teori dalam pembelajaran Matematik adalah Piaget yang memperkenalkan teori pembelajaran, menyatakan "pembelajaran sebenarnya berlaku apabila kanak-kanak mengubahsuai dirinya dalam alam sekitar melalui pengalaman daripada interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar. Beliau juga percaya bahawa melalui menyediakan objek konkrit yang berwarna-warni menarik minat kanak-kanak peringkat sensorimotor (0-2 tahun) dan kanak-kanak peringkat praoperasi (2-6 tahun). Manakala teori pembelajaran kognitif Lev-Vygostsy dikenali sebagai sosial kontruktivis. Beliau juga memperkenalkan zon perkembangan maksima dan scaffolding.Bruner telah mencetuskan idea menentukan Bahan Bantu Mengajar dan kanak-kanak melalui 3 peringkat iaitu enaktif (penggunaan manipulatif), ikonik (penggunaan gambar atau grafik) dan simbolik (bahasa lisan, lukisan cerita bergambar dan nombor yang ditulis).

      Delete
    5. Antara tokoh –tokoh prasekolah adalah JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827), FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852) dan MARIA MONTESSORI (1870 – 1952) idea-idea Pestalozzi mengenai pendidikan adalah seperti kanak-kanak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak. Untuk pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. Selain itu beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping). Froebel pula menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliau turut mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

      Delete
    6. Ferdoza Stephenie Henry. CT10210205

      Salah satu tokoh pendidikan awal kanak-kanak prasekolah dalam matematik ialah Imam Al-Ghazali. beliau menekankan pembelajaran kepada kanak-kanak mengikut tahap mereka iaitu aras pembelajaran tidak terlalu tinggi agar kanak-kanak dapat memahami apa yang dipelajari.

      Imam Al-Ghazali juga menekankan bahawa guru kena menjadi role-model kepada kanak-kanak. ini adalah kerana pada usia mereka, kanak-kanak cepat meniru perlakuan orang lebih dewasa pada mereka. Pada usia mereka juga adalah senang untuk membentuk dan memperbaiki kesalahan mereka.

      Delete
    7. 1. Jean Piaget mengasaskan teori pengajaran kognitif.Bidang perkembangan kognitif ini mengkaji bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah mengikut kematangan fisiologi dan pengalaman seorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Teori kognitif ialah pembelajaran bergantung kepada bagaimana seseorang memikir dan mengamati sesuatu, maklumat diproses dalam minda, dan pengalaman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi.
      2. Teori Pembelajaran Kohler
      Seperti yang dinyatakan Mok Soon Sang (2002), Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru. Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu menggalakkan pemikiran celik akal di kalangan pelajar.
      3. Lev S. Vygotsky
      Seorang pakar psikologi Russia yang meninggalkan andaian yang jelas tentang perkembangan bahasa. Idea utama Lev Vygotsky ialah kemahiran perkembangan kognitif berlaku di dalam konteks sosiobudaya dan berkembang di dalam interaksi sosial kanak-kanak.
      Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut:

      Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.
      Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding.
      Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak.
      Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi.

      Delete
    8. TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET
      Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973).

      PANDANGAN PIAGET TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
      Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya.

      Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.

      Delete
    9. 4 KONSEP UTAMA TEORI KOGNITIF PIAGET
      1. Skema
      Struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.


      2. Asimilasi
      Proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.


      3. Akomodasi
      Atau dikenali sebagai penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

      4. Keseimbangan
      Tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

      Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.


      Delete
    10. 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

      1. Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun)
      - Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai sarana perkembangan kognitif berkaitan persekitarannya;
      - Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori);
      - Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk asal


      2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
      - Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan);
      - Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik);
      - Kemahiran berbahasa kian meluas;
      - Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan;
      - Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri).

      Implikasi teori dalam P&P

      8 Penggunaan BBM yang konkrit;
      8 Arahan ringkas dan difahami;
      8 Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;
      8 Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.

      3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

      - Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit;
      - Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan;
      - Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait;
      - Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;


      Implikasi teori dalam P&P

      8 Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi);
      8 Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;
      8 Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks;
      8 Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;
      8 Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.

      4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

      - Pemikiran abstrak;
      - Pemikiran sistematik;
      - Kebolehan berhipotesis;
      - Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan sekeliling).


      Implikasi teori dalam P&P
      8 Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks;
      8 Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah;
      8 Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.

      Delete
    11. 1. Friedrich Frobel-mengetengahkan penggunaan pelbagai bahan seperti blok supaya kanaka-kanak dapat belajar asas matematik
      2. Maria Montessori - kanak-kanak perlu bersukaria semasa membuat ekplorasi matematik dalam keadaan yang semulajadi.
      3. Piaget - meneknkan penggunaan bahan bantu yang konkrit dan berwarna-warni untuk menarik minat kanak2
      4. Lev-Vygotsy- scaffolding dan zone of proximal development.

      Secara amanya, tokoh2 ini dalam teorinya bersetuju bahawa bahan konkrit/ objek haruslah digunakan untuk mengajar Matematik kepada knk-kanak.

      Delete
  3. Kawan2..,saya tidak tahu apa itu scaffolding...dalam page berapa di modul tu,ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Page 1 pun ada jg..dalm modul..
      Menurut Vygotsky,
      scaffolding adalah memberikan bantuan yang besar kepada kanak-kanak sepanjang tahap awal pembelajaran dan kemudiannya mengurangkan bantuan tersebut seterusnya memberi peluang kepadakanak-kanak untuk menyelesaikan sendiri masalah yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.

      Delete
    2. scaffolding ni ialah memberi panduan dan bimbingan kepada pelajar di peringkat awal pembelajaran, kemudian bimbingan dan panduan ini kita kurangkan sedikit demi sedikit bagi memeberi peluang kepada pelajar berdikari dalam menyelesaikan masalah dalam pembelajaran mereka.

      Delete
    3. Percubaan....
      Scaffolding merupakan satu konsep yang terdapat dalam zon perkembangan maksima atau "Zone of proximal development" yang diperkenalkan oleh Vygotsky. Ia merujuk kepada bimbingan yang diberikan oleh orang dewasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, contohnya melalui soalan - soalan dan interaksi yang bersifat positif. Bimbingan akan diberikan kepada kanak - kanak atau pelajar dalam mempelajari sesuatu kemahiran baru dimana kanak - kanak juga akan dibantu oleh kanak - kanak yang lebih dewasa atau guru untuk mencapai zon perkembangan maksima. Walaubagaimanapun bimbingan yang diberikan ini akan dikurangkan sehingga kanak - kanak boleh menguasai sesuatu kemahiran. Perbualan dan interaksi merupakan alat yang penting semasa proses perancah dalam membantu kanak - kanak untuk menyusun konsep - konsep baharu secara lebih sistematik.

      Delete
    4. Ferdoza Stephenie Henry. CT10210205

      konsep "scaffolding" ini adalah salah satu konsep yang memberi tunjuk ajar atau panduan kepada kanak-kanak dan secara beransur-ansur melepaskan kanak-kanak untuk berdikari setelah kanak-kanak itu telah menguasai sesuatu kemahiran

      Delete
    5. Menurut Vygotsky (1978), scaffolding dalam pembelajaran penting untuk membantu pelajar belajar secara berperingkat. Setelah berupaya menjana idea dengan lebih jelas secara kendiri, terperinci dan berstruktur, pelajar akan berasa lebih yakin untuk memperkatakan atau menyuarakan pendapat mereka mengenai topik yang telah dipelajari. Dengan erti kata lain, scaffolding ini merupakan cara pembelajaran secara berperingkat di mana guru akan bertindak sebagai pembantu atau pembimbing kanak-kanak dalam mencapai tahap pembelajaran yang lebih tinggi.

      Delete
  4. Apakah yang perlu dilakukan sebagai rangsangan untuk membantu kanak-kanak berfikir khususnya dalam mencari jawapan atau menyelesaikan masalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rangsangan boleh diertikan sebagai rangsangan deria atau juga sensory stimulus. Dalam konteks pendidikan, Skinner dalam teori behaviorismenya berpegang bahawa sesuatu pembelajaran itu akan berlaku sekiranya ada rangsangan dan gerakbalas. Dalam konteks pengajaran matematik kanak - kanak iaitu kanak - kanak awal (prasekolah), antara rangsangan yang boleh membantu mereka dalam mempelajari matematik awal ialah rangsangan dalam bentuk bahan bantu mengajar yang digunakan. Sebagai contoh, bahan bantu mengajar yang konkrit boleh digunakan untuk memahami konsep matematik dimana ia akan memberikan pengalaman konkrit dalam pembelajaran kognitif yang merujuk kepada tindakan individu yang dimotivasikan oleh pulangan yang mereka perolehi semasa berinteraksi dengan alam sekitar. Piaget percaya ini boleh dicapai dengan penyediaan objek konkrit yang berwarna - warni untuk menarik minat kanak - kanak peringkat sensorimotor dan praoperasi. Selain itu, penggunaan manipulatif (peringkat enaktif) dan gambar atau grafik (peringkat ikonik) sangat penting sebagai bahan bantu mengajar untuk kanak - kanak peringkat praoperasi (Bruner, 1966). Melalui penyediaan bahan - bahan bantu mengajar seperti manipulatif - permainan, buku bergambar serta bahan -bahan konkrit dan melalui interaksi dengan guru - guru atau rakan (scaffolding), maka kecenderungan untuk kanak - kanak tersebut mengkonstrukkan ilmu pengetahuan adalah amat tinggi. Ini akan membantu kanak - kanak untuk berfikir dan khususnya dalam mencari jawapan atau menyelesaikan masalah.

      Delete
    2. Pada pendapat saya, rangsangan yang paling mudah adalah menggunakan bahan bantu mengajar. contohnya, penyelesaian masalah penolakan guru boleh menyediakan bahan atau objek maujud. Contohnya, bola ping pong dalam bakul. Murid boleh mengeluarkan berapa jumlah bola ping pong dan mengira berapa bola ping pong yang tinggal. Rangsangan ini lebih mudah dan murid senang faham.

      Delete
    3. Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu atau inkuisitif. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian mereka. Soalan-soalan yang dikemukan oleh guru biasanya berkaitan dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui proses ini, kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubung dengan fonomena yang dialami. Selain itu, guru boleh menggunakan BBM untuk merangsang minda kanak-kanak untuk berfikir. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman dan seterusnya menyelesaikan masalah yang ditimbulkan secara sengaja dan terancang oleh guru.

      Delete
    4. pendapat saya, untuk menggalakkan kanak-kanak memahami sesuatu pelajaran mengenai matematik adalah penting mempelbagaikan aktiviti. kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan dalam pengajaran matematik akan mampu memberi satu ransangan berfikir secara kreatif dan mereka mudah memahami konsep yang hendak disampaikan. Menurut Mohd. Daud Hamzah (1996) kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu mereka. ada beberapa aktiviti yang mampu membantu kanak-kanak memperolehi konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching),penjenisan (sorting), reguan (pairing)atau susunan aturan ( ordering).
      Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes, seperti mana yang telah diterangkan oleh rakan-rakan lain.

      Delete
    5. Menurut Montessori, kanak-kanak mempunyai pemikiran Matematik yang memberikan peluang kepada mereka untuk bersuka ria semasa membuat eksplorasi aktiviti Matematik dalam keadaan semulajadi. Saya amat bersetuju dengan pendapat Montessori ini. Bagi kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu dengan lebih bermakna, rangsangan atau penggunaan bahan-bahan konkrit yang berkaitan dalam kehidupan seharian kanak-kanak haruslah digunakan semasa pembelajaran mereka. Contohnya, mengadakan aktiviti jual beli di dalam kelas. Guru akan menggunakan barang-barang sebenar seperti di dalam kedai atau gambar-gambar (bahan konkrit) dan memberikan wang (sampel)kepada kanak-kanak untuk mengadakan aktiviti jual beli. Secara tidak langsung, guru bukan sahaja memberikan kanak-kanak suasana jual beli yang seakan-akan sama tetapi juga kanak-kanak akan mampu untuk menyelesaikan aktiviti penolakan mudah berdasarkan sampel wang yang diberikan.

      Delete
    6. Rangsangan penting dalam membantu seseorang menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat umur ini sedang memperkembangkan kemahiran berfikir. Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat. Mereka sudah boleh memahami simbol dan sosialisasi (Debord dan Hertzler dalam Swadener, 1994). Kemahiran berfikir berkembang apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang memberi peluang mereka menyentuh, merasa, mencampur, memusing dan mencampak. Penerokaan dan keperluan bagi menguji sikap berdikari lebih ketara pada peringkat umur di prasekolah. Berdikari adalah asas tahap emosi pada peringkat awal kanak-kanak. Belajar berdikari adalah cara kanak-kanak membentuk daya inisiatif atau motivasi yang sihat. Kanak-kanak prasekolah mengambil lebih inisiatif dan bersedia belajar serta lebih berobjektif. Mereka memerhati, main peranan dan mula mengumpul dan memproses maklumat (Satter, dalam Swadener, 1994).Ahli-ahli konstruktivis seperti Piaget dan Vygotsky membuktikan pengetahuan dapat dibina atau dibentuk oleh individu. Pemikiran dan pembelajaran adalah ‘self-initiated’ yang semula jadi ada dalam diri kanak-kanak. Apa yang individu boleh dan akan tanggap dan tumpu ditentukan oleh kanak-kanak itu sendiri. Selain itu, faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak (Gaithersburg dan rakan-rakan, 1998). Faktor persekitaran melibatkan penyampaian guru, aktiviti yang disediakan, bahan yang digunakan dan peluang interaksi kanak-kanak dengan guru, rakan dan bahan. Dengan itu, kedua-dua faktor semula jadi dan rangsangan atau pengaruh persekitaran saling bantu-membantu dalam mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah =)

      Delete
    7. pada pendapat saya, kanak-kanak pra sekolah merupakan golongan yang penuh rasa ingin tahu. Penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit penting untuk memudahkan mereka memahami konsep matematik dengan memberikan pengalaman yang konkrit dalam pembelajaran kognitif.

      Delete
  5. Testing.

    Adakah saya berada di landasan yang betul ni?

    ReplyDelete
  6. Salah satu cara ransangan kepada kanak-kanak ialah dari belajar melalui bermain berkonsepkan main peranan. Ia dapat menyumbang kepada pelbagai aspek perkembangan seperti daya kreatif, fizikal, bahasa, sosioemosi dan moral. Melalui permainan, kanak-kanak dapat merasai pengalaman jual beli yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak akan mendapat pengetahuan baru mengenai cara penggunaan wang, nilai wang, dan urusan jual beli di pasar atau pun pasar raya. Mereka juga bersama-sama dengan ahli kumpulan mereka berkolaborasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan urusan membeli barangan. Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan, mereka bersama-sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli barangan yang lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak penjual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya setuju dengan cikgu Kamsiah. Belajar melalui bermain dapat menarik minat murid. Contohnya seperti bermain batu Seremban yang mana murid akan belajar membilang menggunakan batu. Selain itu, ianya dapat memperkembangkan fizikal murid seperti pergerakan tangan dan jari serta otot mata apabila menumpukan perhatian terhadap batu yang dibaling. Permainan sebegini juga memberikan kanak-kanak ruang dalam membina sosioemosi antara rakan-rakan.

      Delete
  7. Apa contoh aktiviti yang boleh kita buat untuk menerangkan kepada murid-murid prasekolah bahawa sifar itu bermaksud kosong atau tiada nilai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. contoh aktiviti yang mungkin sesuai untuk dilaksanakan oleh guru bagi menerangkan "sifar" adalah kosong atau tiada nilai adalah dengan memberi aktiviti pengelasan, yang mana konsep pengelasan terkandung dalam sukatan pelajaran prasekolah. aktiviti pengelasan ini mampu memberi pemahaman yang cepat kepada kanak-kanak apabila guru menggunakan bahan-bahan maujud atau konkrit untuk menyatakan nilai sifar itu adalah kosong. sebagai contoh, guru memaparkan nombor 1 hingga 5 dengan bilangan objeknya 1 hingga 5. jika nombor kosong dipaparkan bilangan objek tidak ditunjukkan, kerana simbol tersebut adalah kosong. mungkin dengan penerangan guru terhadap simbol sifar juga dapat membantu kanak-kanak lebih memahaminya.

      Delete
    2. AWALNYA :Terangkan sifar itu kosong.Ajar murid tersebut menulis dengan betul. Pastikan murid menulis angka sifar dengan teknik lawan arah jam.Pastikan juga murid menyebut sifar dan bukan kosong. Sifar kena ditulis secara menegak bukan melintang, join the dots untuk ajar menulis.
      SELEPAS : gunakan objek..untuk mengukuhkan kefahaman murid.

      Delete
    3. Rasanya bagi saya, saya akan menggunakan segelas air. Saya akan bertanya kepada murid adakah gelas tersebut berisi atau pun tidak? Seterusnya, saya akan mengeluarkan sebiji gelas kosong dan bertanya kepada murid adakah gelas itu berisi atau pun tidak? Sekiranya murid-murid dapat menyatakan gelas itu kosong, barulah saya akan melukiskan sifar di atas papan putih dan menyatakan itu adalah ertinya kosong atau sifar.

      Delete
    4. wahhhh good idea ckgu Edith...

      Delete
    5. Pada pendapat saya, untuk menyampaikan pengajaran yang melibatkan murid untuk memahami konsep sifar dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Saya juga bersetuju dengan pendapat rakan - rakan yang lain bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang mencukupi serta pelbagai, serta aktiviti - aktiviti yang melibatkan permainan yang boleh menarik perhatian mereka (kanak - kanak) akan memungkinkan lagi kanak - kanak atau pelajar ini mengkonstrukkan apa yang telah mereka pelajari dengan lebih berkesan lagi. Selain itu penggunaan teknologi atau ICT juga akan dapat membantu pendidik untuk menyampaikan p&p yang melibatkan awal matematik seperti konsep sifar dengan lebih berkesan lagi.

      Delete
    6. Yup..saya setuju dengan Edith..saya juga rasa menggunakan botol..gelas atau sebarang medium yang boleh mengisi air untuk menerangkan konsep 'sifar'..kerana bagi saya ini lebih mudah untuk menerangkan kepada murid prasekolah mengenai konsep sifar tersebut...dan jika disokong dengan bahan bantu yang lain mungkin lebih menarik dan berkesan..

      Delete
    7. Jika contoh yang diberikan menggunakan objek yang boleh dimakan, juga boleh memotivasikan murid untuk memahami dan mengingat konsep yang diajarkan. boleh buat role play tentang 3 orang kanak-kanak yang lapar memakan 3 biji biskut yang cikgu bawakan di dalam pinggan secara bergilir. bila semua da makan,pastinya pinggan akan kosong. disamping mengajar konsep sifar, operasi penolakan jg turutsama diajar. boleh ka?

      Delete
  8. smt petang semua...testing lu

    ReplyDelete
  9. Antara kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Matematik kanak-kanak adalah kaedah Bermain Sambil Belajar. Ia dijalankan secara santai tetapi masih dilaksanakan dalam pengawasan guru. Secara sedar atau tidak, kaedah bermain sambil belajar dapat memberi kepuasan kepada murid kerana dalam kaedah bermain sambil belajar, terdapat unsur-unsur santai, suka-suka, gelak ketawa, tiada paksaan, tiada tekanan dan menghiburkan. Walau bagaimanapun dalam keseronokan mereka, secara tidak sedar mereka telah melalui pembelajaran. Sebagai contoh kanak-kanak bermain batu seremban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina kemahiran dalam mengira mata yang diperolehi. Dalam pedagogi pembelajaran matematik terdapat pelbagai jenis permainan dalam seperti “role-play”, “small-world play”, “play-trays”, “dramatic play” dan “construction play”. Apa yang penting adalah guru hendaklah bijak dalam memilih atau mencipta jenis permainan agar ia bersesuaian dengan minat, tahap umur murid dan pembelajaran yang hendak disampaikan dalam permainan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Testing sambil reply..:)
      Dalam pembelajaran mengenai perkembangan kanak-kanak pada semester-semester lalu memang banyak menyentuh kaedah pembelajaran bermain sambil belajar. memang ternyata kanak-kanak kecil dapat belajar dengan lebih efektif melalui permainan. Saya amat setuju dengan pernyataan "dilaksanakan dalam pengawasan guru" kerana guru memainkan peranan penting dalam kaedah bermain sambil belajar. Guru haruslah bertindak sebagai seorang pembimbing dan petunjuk kepada kanak-kanak pada masa yang tepat semasa menjalankan aktiviti bermain. Ini akan membantu kanak-kanak lebih menyedari dan mengingati isi pembelajaran yang difokuskan dalam sesuatu aktiviti bermain.

      Delete
  10. Konsep Awal Matematik Pra Sekolah dibahagikan kepada
    i. Pra Nombor
    ii. Nombor
    iii. Pengukuran
    iv. Konsep masa
    v. Konsep ruang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..sama2 blajar kan cclia. ini jak cara ulangkaji yg berkesan...

      Delete
  11. Ferdoza Stephenie Henry. CT10210205

    Apakah aktiviti yang sesuai kita gunakan untuk mengajar ruang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terdapat banyak aktiviti yang sesuai untuk mengajar ruang. antaranya, guru boleh mengajar konsep kedudukan objek dalam ruang seperti depan, belakang, atas, bawah, luar dan dalam. dalam aktiviti ruang, murid mengenal pasti anggota badan kiri dan kanak. murid juga berupaya meletakkan objek pada kedudukan yang diarahkan...

      Delete
    2. Seperti yang dinyatakan oleh Ivy, konsep Ruang merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang, atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam. Aktiviti mudah yang boleh dijalankan oleh kanak-kanak untuk mengenal konsep ruang adalah seperti mengisi dan mengosongkan botol menggunakan biji kacang atau guli. Untuk peringakat dan aras yang lebih tinggi, kanak-kanak juga boleh mempelajari konsep ruang melalui lukisan. Apabila guru meminta murid melukis gambar rumah yang dikelilingi pokok-pokok dan bunga-bungaan, secara tidak langsung kanak-kanak akan mempelajari konsep ruang.

      Delete
    3. Pada pendapat saya, konsep ruang boleh disampaikan kepada kanak - kanak prasekolah dengan pelbagai cara serta kaedah. Konsep ruang terkandung dalam ST11.1 iaitu mengetahui kedudukan objek dan ruang. Ia meliputi aktiviti dimana kanak - kanak akan mengenal pasti anggota badan kiri dan kanan (ST11.1.2) serta meletakkan objek pada kedudukan yang diarahkan (ST11.1.3). Sebagai contoh, guru mengarahkan kanak - kanak untuk meletakkan kembali permainan yang telah mereka gunakan ketempat asal selepas digunakan. Ini secara tidak langsung mengajar kanak - kanak mengenai bagaimana untuk meletakkan objek pada kedudukan yang diarahkan (ST11.1.3). Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan bahan - bahan seperti gambar, lukisan, tayangan video mahupun aktiviti lakonan untuk menerangkan lagi konsep ruang kepada kanak - kanak.

      Delete
    4. Barulah saya faham tentang konsep ruang. Rupanya mengajar kanak-kanak meletakkan kembali permainan atau barang-barang yang digunakan juga berkonsepkan ruang. Terima kasih, cikgu Abd. Rahman.

      Delete
    5. Konsep ruang,merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan,belakang,atas,bawah,sisi,tengah,luar dan dalam.

      Kedudukan Relatif:
      - Kedekatan, contohnya,kereta itu lebih dekat dengan pokok berbanding rumah.
      -Pemisahan, contohnya, rumah Ani dipisahkan dengan rumah Amin oleh sebatang jalanraya.
      -Susunan/Urutan, contohnya, pensel disusun dari pendek ke panjang.
      -Lingkungan, contohnya,rumah itu dilingkungi oleh pokok-pokok.
      Contoh aktiviti yang berkaitan dengan ruang.
      Tindakan ke atas objek:
      a) Mengisi dan mengosongkan
      b) Memasang dan meleraikan objek.
      c) Menukar dan menyusun objek.

      Delete
  12. Sowell (1989), mengemukakan bahawa pencapaian Matematik meningkat melalui penggunaan material (manipulatif) yang konkrit. Apakah pendapat anda mengenai pernyataan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan pernyataan ini.. Guru perlu memilih manipulatif (material)yang menarik dan tahu tatacara penggunaannya untuk membantu pemahaman dan peningkatan pencapaian matematik kanak-kanak tersebut...

      Delete
    2. Well...pembelajaran kanak-kanak sememangnya lebih menyeronokkan dan beerkesan dengan peggunaan bahan atau material bersifat konkrit iaitu boleh dipegang dan dirasai oleh mereka, penggunaan alat sebagai bahan manipulatif memberikan mereka kurang tekanan dalam mencapai sesuatu objektif pembelajaran, pembelajaran yang bersifat teori semata-mata bukanlah sesuatu yang mampu mengukur tahap pencapaian kemahiran kanak-kanak kerana sudah menjadi resam mereka bermain merupakan salah satu cara memperoleh pengetahuan. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok dengan aktiviti hands-on kerana akan memberikan mereka peluang untuk memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

      Delete
    3. Sememangnya,dalam pembelajaran awal matematik, kanak-kanak berfikir secara konkrit, mereka mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan, matematik melalui manipulasi objek konkrit, mereka mesti bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun. oleh itu,kanak-kanak membina pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life. Kanak-kanak perlu dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian yang konkrit dapat membantu mereka mambina keyakinan diri dalam kemahiran matematik.

      Delete
    4. Saya amat bersetuju dengan pernyataan Sowell tu... kerana dengan adanya penggunaan material (manipulatif) yang konkrit, kanak-kanak akan lebih cepat untuk faham apa yang ingin diajarkan kepada mereka. Sebagai contohnya, dalam operasi tolak kalau kita hanya bercakap sahaja tanpa adanya bahan konkrit yang kita gunakan untuk mengajar mereka, maka pemahaman mereka tentang operasi tolak amat susah. Tapi dengan adanya bahan yang konkrit maka mereka akan lebih mudah untuk memahami tentang operasi tolak.

      Delete
    5. Ya, saya juga amat bersetuju dengan pernyataan Sowell. Saya boleh melihat perkembangan anak saya sendiri apabila dia mula-mula mengenali benda bulat seperti bola. Dia merasa bentuk bola itu dengan memegang bola dan menggolek-golekkan bola tersebut. Pada peringkat seterusnya, dia belajar untuk melukis bulatan tapi lukisannya tidaklah secantik lukisan murid-murid yang berumur 5 dan 6 tahun :) Setelah itu, dia cuba membunyikan perkataan "circle".

      Delete
    6. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah perlu diberikan banyak pengalaman dengan bahan yang ada apabila mengajarkan konsep nombor. Urutan perkembangan pembelajaran matematik melalui tiga tahap, tahap-tahapnya adalah seperti berikut:
      - Tahap konkrit iaitu penggunaan bahan maujud dan objek - Tahap gambar iaitu penggunaan gambar dan diagram
      - Tahap simbol iaitu penggunaan simbol 1,2,3…..

      Delete
    7. Hehehehe....ni soalan senang pula. Saya bersetuju dengan pendapat Sowell iaitu menggunakan bahan manipulatif konkrit kerana sifat kanak-kanak yang sentiasa ingin mencuba dan ingin tahu. Kanak-kanak senang belajar apabila mendapat satu bahan maujud atau konkrit bersama mereka. Pembelajaran yang menggunakan bahan konkrit akan memudahkan ingatan kanak-kanak dan pemahaman mereka mengenai topik tersebut. Sebagai contoh, apabila kita membuat pembelajaran Operasi Tambah 1 - 10, dan pada masa yang sama kita menggunakan bahan bantu konkrit contohnya gula-gula yang berwarna-warni. Sifat semulajadi kanak-kanak yang sukakan benda manis seperti gula-gula ini, pasti mereka akan berasa seronok membuat aktiviti tersebut. Di akhir pengajaran, bolehlah kanak-kanak makan gula-gula beramai-ramai sambil guru menyelitkan nilai murni.....'murid-murid, kita mesti memberus gigi selepas makan gula-gula kerana ianya manis'.....hehehe

      Delete
    8. Penggunaan bahan konkrit untuk mengajar matematik amat berkesan kepada kanak-kanak kerana mereka boleh memanipulasi bahan tersebut dalam aktiviti matematik. Sebagai contoh untuk memperkenalkan no 1- 10 kita boleh menggunakan gula2 ( mcm sitinah nytakan td..) blok, kekacang dsb dan menyuruh kanak- kanak membilang benda/ material tersebut. Penggunan bahan konkrit juga akan dapat menggalkkn perkembangan motor kanak, melalui aktiviti memegang dan menyentuh.

      Delete
    9. Saya juga bersetuju dengan kenyataan Sowell kepentingan dan kesan material manipulatif yang konkrit terhadap pencapaian matematik awal kanak - kanak. Bahan yang konkrit, menarik atau berwarna - warni akan menarik minat kanak - kanak untuk mempelajari atau mengeksplorasi dengan lebih lanjut lagi sesuatu kamahiran yang disampaikan oleh guru terutamanya mengenai konsep matematik awal kanak - kanak.

      Delete
  13. permainan bolehkah dikatakan sebagai material yang konkrit, jackson?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar sharing...
      Pestalozzi percaya bahawa cara yang terbaik dalam pembelajaran konsep ialah dengan melalui manipulatif seperti membilang ,mengukur, merasa dan menyentuh. Menurut beliau juga, kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarden pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan berkembang berkembang melalui aktiviti bermain. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat atau menggunakan objek. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.

      Delete
  14. i mean klu kita guna patung binatang atau lain2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, Herlina Hendrikus bagi saya permainan ialah satu pendekatan atau kaedah yang kita boleh gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Especially in preschool, learning in play sangat-sangat digalakkan. Even in the Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan it is also stressed that the play concept play majorly in teaching young children. In fact, we are urged to teach them while playing. About the animal dolls it is considered as manipulative materials (concrete materials). Like Titi Farah's and Norsimah Amang's comment concrete manipulative can enhanced the children in learning thus building their confidence in the process.

      Delete
  15. Terangkan aktiviti kreatif tentang konsep masa diprasekolah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan ni taugh jg Norsimah, tapi sya bagi pendapat la. Sebenarnya salah satu aktiviti kreatif yang boleh dilakukan mengenai konsep masa ialah lakonan. Setiap pagi sebelum memulakan kelas, kanak-kanak prasekolah biasanya mempunyai satu aktiviti yang di panggil Rutin Pagi. Masa ini boleh digunakan oleh guru bagi sesi berlakon. Umpamanya, melakonkan cara memberus gigi, bersarapan pagi dengan keluarga, memakai kasut, mengejutkan adik dan sebagainya. Selepas sesi lakonan tersebut, guru bolehlah bertanya mengenai lakonan tersebut dan menegaskan tentang kepentingkan membuat aktiviti mengikut masa. Contohnya, guru boleh menyatakan bahawa mereka kena bangun awal pagi dan gosok gigi serta mandi pagi. Selain itu, penerapan nilai murni seperti kebersihan diri juga boleh diterapkan.

      Delete
    2. Masa adalah konsep yang abstrak dan sukar untuk dilihat serta diterangkan. Lakonan rutin harian memang merupakan aktiviti yang berkesan untuk mengenalkan konsep masa kepada kanak-kanak. selain daripada itu, konsep masa juga boleh diperkenalkan melalui sesuatu aktiviti pertandingan yang melibatkan siapa yang terdahulu dan kemudian. Bagi aktiviti aras tinggi, guru boleh memainkan sebuah lagu kanak-kanak sambil meminta murid mengisi botol atau bekas dengan menggunakan bahan seperti guli atau bola. selepas itu, guru boleh menerangkan kepada murid yang lagu kanak-kanak yang dimainkan itu mengambil masa atau sama dengan masa mengisi bilangan guli atau bola yang diisi dalam bekas.

      Delete
    3. Masa mempunyai istilah-istilah yang tersendiri. istilah ini merangkumi urutan ("Apa yang akan berlaku seterusnya?") atau tempoh masa ("Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi menghabiskan ini?")

      Masa juga sebenarnya mempunyai variasi tertentu. Kebanyakan daripada kita tidak pernah megambil tahu mengenai hal ini sehingga seseorang menyedarkan kita mengenainya: kita hidup dalam detik-detik ini tanpa mengambil tahu apa sebenarnya 'detik-detik' itu. Ia bermula dengan pengalaman anda sendiri berkaitan masa yang dapat ditunjukkan menerusi ayat-ayat seperti "Semalam, saya....." Ia berterusan dengan perkara-perkara yang anda lakukan bagi mengisi masa anda: "Saya bangun dari tidur, bersiap dan selepas sarapan, saya bergegas ke tempat kerja". Ini adalah jam dan kalendar masa kehidupan seharian kita, atau 'jam budaya'.

      Tidak dapat dinafikan bahawa jam dan kalendar memandu kehidupan moden masa kini. kebanyakan kanak-kanak menghadapi masa yang sukar bagi menyesuaikan diri mereka dengan 'jam budaya' ini. Walau bagaimanapun, situasi ini akan berkurangan apabila mereka telah mula bersedia untuk menjadi sebahagian besar dalam kehendak mereka.

      Bahasa adalah salah satu bahagian yang utama dalam pengukuran masa. Kanak-kanak akan selalu mendengar ayat yang mengandungi unsur-unsur masa sejak prasekolah. Mereka mungkin mendengar, "Berapa umur adik?", "....dalam lima minit," "Adakah anda gembira tadi?" "Kita akan buat perkara itu esok." "Tolong lakukannya sekarang". Tetapi sayangnya, kebanyakan daripada mereka tidak memahami makna-makna perkataan ini, atau mengenai perihal masa sebagai satu keadah pengukuran piawai ang tetap diukur dengan cara yang sama di mana jua.

      Kanak-kanak terikat dengan pengalaman mereka berkenaan masa. Jika anda bertanya salah seorang dariapda mereka, contohnya, "berapa lamakah satu minit?" Anda pasti akan mendapat jawapan yang pelbagai, bergantung pada situasi. Mereka mungkin berkata terdapat minit-minit yang panjang dan minit-minit yang pendek. Bagi mereka lebih kurang satu minit lagi sebelum waktu rehat, maka respon mereka ketika itu ialah; "alaaahhh...lama juga mo rehat ni.." Tetapi apabila waktu bermain mereka tinggal satu minit, meraka pasti berkata, "aiiii...sekejap juga kami bermain ini, cikgu?"

      Bagi membantu kanak-kanak membina pengetahuan mengenai masa yang telah berlalu, guru bolehlah meminta mereka melompat bagi tempoh satu minit sambil mengira jumlah lompatan mereka. Sediakan jam penentu masa. Selepas 15 saat, salah seorang daripada mereka pasti akan berhenti untuk bertanya sama ada penentu masa itu masih berfungsi ataupun tidak. Ini kerana pengalaman melalui masa yang berlalu sambil melompat dan membilang jumlah lompatan mereka membuatkan satu minit itu dirasakan terlalu lama....:)

      Delete
    4. ROLE PLAY adalah aktivti kreatif untuk topik masa =)
      contohnya, lakonkan apa yang selalu kita buat waktu pagi..waktu tengahari..waktu petang..waktu malam.
      Pagi = pergi sekolah, sarapan
      Tengahari = balik sekolah, makan tengahari
      Petang = bermain bola di padang, minum petang
      Malam = makan malam, tidur

      Delete
    5. Saya menambah sedikit sahaja ye...Rasanya, kita boleh gunakan juga aktiviti yang biasanya murid gunakan untuk bermain seperti "Pukul Berapa Datuk Harimau Datang?". Selain daripada belajar mengikut prosedur tertentu, kanak-kanak juga boleh merasa seronok untuk belajar topik "masa" secara tidak sedar ataupun sedar melalui permainan ini. Mereka boleh bergerak, bermain, berseronok dan juga belajar dalam masa yang sama:)

      Delete
    6. Rutin pagi seperti bersarapan pagi, perbualan pagi dan pendidikan jasmani turut menyumbang tentang konsep masa.

      Delete
  16. Kajian Heuvel-Panhuizen & Doig (2001) menjelaskan penggunaan buku bergambar (picture book) untuk kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun melalui sesi membaca buku bergambar dapat mengembangan pemikiran matematik kanak-kanak. Guru perlu bijak memilih buku bergambar yang menyokong pembelajaran yang berkaitan dengan matematik tanpa mengajar konsep matematik secara eksplisit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya teringatkan buku cerita Alice In Wonderland yang secara tersiratnya menerapkan konsep ruang (Alice menjadi kecil dan besar), konsep masa (Arnab yang sentiasa terkejar-kejar apabila melibat jamnya) dan konsep nombor (Askar daun terup). :)

      Delete
    2. yups..i agreed with u cclia n lidwenna. rasanya klu kita tanya kanak2 apa buku cerita (pic book) yang mereka ingat apabila berkaitan dengan konsep masa, rasanya ramai murid akan jawab Cinderella...!! mengapa cinderella..? sbb dia harus balik ke rumahnya tepat jam 12 tghmalam...hehehhe..

      Delete
    3. Buku Bergambar / Buku Tanpa Perkataan mempunyai banyak kelebihan;

      a) dapat merangsang perkembangan bahasa lisan kanak kanak - melalui rekaan cerita
      b) dapat mengaitkan cerita dengan pengalaman diri, budaya, nilai murni dan sebagainya
      c) melatih skil pemahaman kanak kanak
      d) menghubungjalin perkembangan skil pemahaman dan skil bahasa lisan melalui penceritaan kembali jalan cerita serta makna di sebalik cerita
      e) meningkatkan kosa kata
      f) membantu perkembangan skil membaca
      g) membantu kanak kanak mula menulis dengan struktur ayat yang sempurna
      h) meningkatkan self-esteem kanak kanak melalui penceritaan semula pada orang lain dan apabila didengari
      i) meningkatkan komunikasi antara dua hala/ banyak hala
      j) dapat memperkenalkan konsep atau struktur sebuah cerita yang baik - mempunyai awalan atau pengenalan, badan atau tengah dan penutup
      k) memupuk cara pengendalian buku yang sebenarnya - membaca dari kiri ke kanan, cerita yang baik ada pengajaran, nilai murni dan sebagainya
      l) memupuk kreativiti
      m) merangsang dan memupuk "visual thinking" di dalam otak kanan
      m) dapat mengenali dan mempelajari tentang emosi dan perasaan lebih dalam
      n) memahami sifat karekter manusia/objek/haiwan/tumbuhan/negara yang berbeza
      o) menguasai skil menjawab soalan dengan baik
      p) menajamkan daya tumpuan, koordinasi mata dan print awareness

      Delete
    4. Saya juga bersetuju dengan pendapat rakan-rakan yang lain. Penggunaan buku bergambar sangat berkesan kepada kanak-kanak. Saya boleh lihat sendiri melalui pengalaman bersama dengan anak saya. Melalui gambar saja, anak saya boleh mereka / membuat cerita melalui gambar-gambar tersebut. Saya juga pasti ank-anak anda juga begitu, bukan?

      Delete
    5. Betul...betul...betul apatah lagi ditambah dengan aplikasi digital..

      Delete
  17. penggunaan teknologi juga boleh diaplikasikan dalam pembelajaran matematik selaras dengan kemajuan pada zaman moden ini.Kanak - kanak amat tertarik dengan animasi yang dihasilkan melalui cd drp KPM. Penggunaan komputer juga dapat mengembangkan motor halus, motor kasar dan koordinasi mata dan tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju dengan pendapat ini. kanak-kanak pada zaman moden ini amat mudah tertarik dengan peralatan teknologi yang ada di pasaran (tab, smartphone). Gambar, animasi dan apps2 pelbagai aktiviti menarik boleh didapati dengan mudah . Guru atau ibu bapa mempunyai banyak pilihan dalam memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak. kanak-kanak juga dapat mengembangkan kemahiran mendengar, melihat dan mematuhi arahan yang diberikan dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan.

      Delete
    2. Saya sebenarnya amat bersetuju dengan pendapat ini.. Kadang-kadang best buat benda baru kan. Saya terfikir mengenai benda ini dalam 5 tahun yang lepas di sekolah saya. Sekolah saya tidak mempunyai elektrik dan sebuah sekolah pedalaman. Agak sukar untuk mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Lebih kasihan apabila murid-murid berebut-rebut untuk melihat laptop guru. Funny but come to think again ICT does provide a wider range of education. So, use ICT whenever u can or wherever you can.

      Delete
    3. Saya setuju dengan pendapat tersebut...Sememangnya dengan menggunakan teknologi untuk mengajar matematik kepada kanak-kanak, ianya akan membuatkan kanak-kanak tertarik dan akan menumpukan perhatian terhadap p&p yang kita sampaikan. Selain itu, ia menimbulkan minat kanak-kanak untuk mencuba sendiri tentang teknologi itu. Pada zaman sekarang, kanak-kanak lebih cepat dan amat cekap bila menggunakan teknologi berbanding dari kita.

      Delete
    4. saya juga bersetuju dengan Ajidah tentang kanak-kanak lebih cepat dan amat cekap apabila menggunakan teknologi berbanding dengan kita yang dewasa ini...bayangkan anak-anak saya yang berada dalam lingkungan 6 dan 4 tahun lebih sudah pandai menggunakan tablet android dan mahir menggunakan tablet tersebut sehinggakan saya sendiri meminta bantuan dan cara untuk bermain permainan yang saya sendiri sukar untuk menghabiskannya....lucu pulak....mamanya yang belikan dan sepatutnya menunjukkan cara bermain, tapi anak-anak pula yang yang lebih teror bermain...kihkihkih....

      Delete
    5. sangat sangat bersetuju..pembelajaran yg berasaskan kepada teknologi sebenarnya bukan sahaja amat mnyeronokan kpd kanak2 pra sekolah sahaja,malahan kanak2 seawal bayi juga amat tertarik dengan teknologi yang terdapat disekeliling mereka contohnya, television. perkembangan minda kanak2 juga dapat dipertingkatkan dengan menggalakan kanak2 tersebut menyentuh alat2 komputer sebagai pengetahuan awal mereka...seperti yang dikatakan oleh Lidwenna, ibubapa dan guru mempunyai banyak pilihan aktiviti dalam memperkembangkan kemahiran kanak2..walaubagaimanapun, setiap pelaksanaan aktiviti hendaklah dikawal rapi oleh guru untuk memastikan tahap keselamatan kanak2 tersebut terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan elektrik.

      Delete
    6. Sangat bersetuju dengan pendapat ini, namun dalam masa yang sama saya juga bersetuju dengan pendapat Jackson. Memang tidak dinafikan penggunaan teknologi dalam pendidikan ini banyak manfaatnya antaranya dapat merangsang dan menarik minat kanak-kanak dan menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang lebih berkesan. Namun begitu, situasi berbeza berlaku kepada sekolah yang tidak menpunyai kemudahan yang mencukupi, lebih-lebih lagi apabila melibatkan bilangan murid yang ramai. Guru boleh menyampaikan pengajaran berbantukan teknologi, namun untuk mendapatkan penglibatan murid untuk mengaplikasikannya mungkin agak sukar. Tetapi saya akui memang penggunaan teknologi dalam pendidikan ini memang salah satu cara yang dapat digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

      Delete
    7. Kanak-kanak sememangnya mudah menerima apa2 pengajaran dan pembelajaran baru terutamanya seperti bahan bergambar, bewarna warni, imej yang bergerak, imej yang mengeluarkan bunyi dan lain-lain yang memberi daya tarikan kepada mereka.

      Pembelajaran berdasarkan ICT yang menarik ke atas awal kanak-kanak ini akan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan ini juga sebenarnya memudahkan guru untuk mengajar mereka. sebenarnya kanak-kanak suka memegang sesuatu yang baru. Contohnya apabila kali pertama mereka dapat memegang komputer, sifat ingin tahu mereka lebih mendalam. Selalunya kanak-kanak ini hanya perlu ditunjuk empat atau lima kali bagaimana cara hendak memulakan sesuatu pada komputer dan selepas itu mereka sudah cekap mengendalikannya. Jadi, itulah salah satu kelebihan penggunaan ICT kepada awal kanak-kanak.

      Delete
    8. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran kanak-kanak dapat membantu perkembangan mereka dari segi perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif. Selain daripada itu perkembangan kemahiran motor halus, motor kasar dan koordinasi mata tangan juga dapat dikembangkan.

      Penggunaan teknologi dapat membantu kanak-kanak / murid memahami isi pelajaran dengan lebih mudah kerana murid lebih nampak gambaran sebenar. Murid-murid akan lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang menarik minat mereka.

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. DAVID SIPILIS_CT10210160
    Test....

    ReplyDelete
  20. 1. Apakah langkah-langkah yang perlu bagi melaksanakan aktiviti agar murid boleh menyatakan hasil tambah 2 himpunan objek dari lingkungan 1-10?

    Guru boleh memulakan aktiviti dengan meminta murid mengira nombor 1 hingga 10. Untuk memastikan kanak-kanak ini mengenal jumlah atau bilangan 1 - 10, guru bolehlah meminta kanak-kanak berganti-ganti untuk mengeluarkan kad nombor dari 1-10 beserta dengan bilangan objek yang betul (guna bahan yang boleh dikira seperti blok bersaiz sederhana atau gula-gula). Kemudian,guru boleh menggunakan bahan maujud seperti buah-buahan(epal, oren, anggur dsb)dan mengagihkannya kepada beberapa jumlah nombor. sebagai contoh, 2 biji epal, 4 biji oren dan 6 biji anggur.
    Asingkan buah tadi mengikut kumpulan. Seterusnya,guru boleh menyoal kanak-kanak dengan soalan yang berkaitan hasil tambah dua himpunan buah tadi. Guru boleh menunjukkan demonstrasi hasil tambah terlebih dahulu sebelum meminta kanak-kanak melakukan aktiviti tersebut. Sebagai contoh:
    a)Berapakah hasil tambah buah epal dan buah oren jika berada dalam satu kumpulan yang sama?
    Kanak-kanak diminta mengira bersama-sama jumlah bilangan buah yang telah dikumpul bersama dalam satu kumpulan bagi menunjukkan hasil tambah dua bilangan buah tadi.

    ReplyDelete
  21. Just as a sharing and asking for opinion from you guys. In my preschool, there is this 1 boy name Ahmad (not the real name) who are always in the mood of helping others. His handwriting is nice and can complete the work given with ease. But, the problem is he always complete his work late because he is like to wonder around and look his friends work. His fiends always ask for his help too. Sometimes the teacher will scold him because of his way. In your opinion, is there anything that we can do?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kah kanak-kanak ini ingin meminta perhatian daripada gurunya atau rakan-rakannya yang lain? pada pendapat saya, guru harus menyediakan aktiviti yang lebih sesuai untuk kanak-kanak ini agar pada masa yang sama dia boleh membuat kerjanya dan membantu rakan-rakannya. Sebagai contoh, kita boleh jadikan dia sebagai model dalam kelas. Dalam menyiapkan kerjanya pula, guru duduk bersama dengan murid ini dan juga murid-murid yang lain, tetapi Ahmad mesti duduk berdekatan dengan guru agar tidak ada murid yang mengganggu atau diganggu. Mungkin dengan cara ini, Ahmad boleh menyiapkan kerja dengan lebih cepat dan membantu rakannya yang lain.

      Delete
    2. Encik Jackson, saya ada pengalaman dengan persoalan anda di atas. Murid ini menulis sangat kemas, bila ada kesalahan sedikit pada tulisannya dia akan memadamnya dan menulis semula perkataan tersebut. Begitulah keadaan ini. Dia memang seorang budak yang pandai tetapi agak lambat menulis kerana sibuk memperkemaskan tulisannya. Ini mengakibatkan dia selalu lambat siap kerjanya. Apabila saya berjumpa dengan ibunya, rupa-rupanya ibu tersebut selalu mengarahkan anaknya berbuat demikian. Pada saya, mendisiplinkan anak memang perlu tetapi kenakan kena pada tempatnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah memberi sokongan dan galakan serta pujian pada anak-anak apabila dapat menulis dengan cantik, kemas dan teratur. Kanak-kanak akan merasa dihargai dan teruja apabila mendapat pujian daripada guru apatah lagi ibubapanya. Setiap hasil kerja kanak-kanak adalah satu hasil yang perlu dihargai oleh setiap orang dewasa.

      Delete
  22. Siapakah tokoh2 dan apakah teori mereka dlm pembelajaran matematik pra sekolah?
    Terdapat ramai tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah Imam Al Ghazali, Ibnu Khaldun, Maria Montessori dan Friedrich Froebel. Kesemua tokoh ini menekankan bahawa kanak-kanak belajar melalui kaedah bermain dan belajar sambil membuat. Mereka juga berpendapat guru perlu mengguakan bahan bantu dalam mengajar kanak-kanak untuk membantu menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak. Penggunaan bahan bantu atau bahan maujud dalam mengajar konsep matematik kepada kanak-kanak membantu guru menyampaikan pengajarannnya dengan lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Tokoh-tokoh yang disebutkan diatas berpendapat bahawa kanak-kanak diajar secara berperingkat. Isi pembelajaran disampaikan secara berperingkat iaitu dari yang mudah kepada susah, tidak memberikan sesuatu diluar kemampuan mereka yang boleh menyebabkan hilangnya motivasi untuk belajar dan sebagainya. Penggunaan bahan maujud untuk memahami sesuatu konsep (bahan bantu mengajar) boleh membantu meningkatkan kefahaman kanak-kanak. Kanak-kanak lebih mudah memahami sekiranya contoh-contoh konkrit yang diberikan boleh dirasai, dilihat, dihidu dan didengar melalui pancaindera mereka. Latihan seperti latih tubi turut perlu diadakan bagi menjamin kualiti pembelajaran mereka. Guru perlu mengajar dengan lemah-lembut dan bukan dengan kekasaran. Memperbaiki kesalahan dengan berhemah. Penyediaan jadual yang sistematik turut memberi kesan positif terhadap perkembangan kanak-kanak. Aktiviti bermain dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak serta menguatkan otot-otot mereka. Ditambah pula, fitrah semulajadi kanak-kanak sememangnya suka bermain. Aktiviti ini juga menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar. Belajar dan bermain secara berkumpulan bersama rakan hampir sebaya dan bukan sebaya disarankan oleh Imam Ghazali.

      Menurut Imam Al-Ghazali juga, proses belajar sambil bermain merupakan kaedah yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia amat mementingkan proses belajar sambil bermain kerana kaedah tersebut dapat merangsang perkembangan mengikut setiap komponen yang disarankan. Selain itu, kaedah belajar sambil bermaindapat merangsang perasaan ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara termasuk dalam pembelajaran matematik.

      Kaedah pembelajaran juga mestilah banyak berpusatkan murid. Fungsi guru hanyalah sebagai pembimbing. Kanak-kanak akan lebih bebas berkreativiti. Ini membolehkan keyakinan diri bertambah. Kemahiran bersosialisasi turut dapat diserapkan dan kanak-kanak tidak merasa rendah diri.

      Delete
  23. Apa contoh aktiviti yang boleh kita buat untuk menerangkan kepada murid-murid prasekolah bahawa sifar itu bermaksud kosong atau tiada nilai?
    Pada pendapat saya, contoh aktiviti yang boleh digunakan untuk menerangkan kepada murid-murid prasekolah bahawa sifar itu kosong atau tidak mempunyai nilai ialah dengan menunjukkan satu benda sebagai contoh 4 biji gula-gula diletakkan di dalam sebuah bekas. Guru menyatakan jumlah gula-gula tersebut. Kemudian guru mengambil semula kesemua gula-gula dalam bekas tadi dan menunjukkan bekas yang kosong tadi kepada murid-murid tersebut sambil menerangkan tentang sifar atau kosong (tidak mempunyai nilai)...

    ReplyDelete
  24. Apakah aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mencapai penguasaan baik konsep-konsep pra-nombor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti yang sesuai seperti permainan memancing boleh mencapai penguasaan baik konsep pra-nombor. Di sini, guru akan menyediakan kadbod ikan-ikan yang bernombor 1 hingga 10. Murid akan memancing ikan tersebut mengikut arahan guru. Guru akan memberikan arahan untuk memancing ikan yang bernombor secara menaik. Setelah itu, guru akan menyediakan kadbod ulat yang mempunyai nama nombor dan murid akan memadankan nombor dan nama nombor tersebut.

      Delete
    2. PRANOMBOR

      Terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu :
      -pengelasan
      -perbandingan
      -seriasi
      -padanan satu dengan satu
      -pola
      -keabadian


      Pengelasan


      Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan:
      · Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz)
      · Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)
      · Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
      · Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)


      Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza.


      Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor.
      Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap;
      · Memilih dan membanding,
      · Mengumpul,
      · Memilih semula,
      · Mengasingkan kumpulan, dan
      · Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.


      Perbandingan


      Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.


      Contoh perbandingan: membandingkan
      1) Ukuran
      – Panjang : pendek
      – Tinggi : rendah
      – Tebal : nipis
      2) Saiz
      – Besar : kecil
      3) Berat
      – Berat : ringan
      4) Bilangan / kuantiti
      – Banyak : sedikit
      5)Jenis objek


      Seriasi


      Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.


      Contoh seriasi:
      · Menyusun mengikut pola urutan
      Kecil – besar, nipis – tebal, rendah – tinggi, pendek – panjang, sempit – luas.
      · Menyusun objek mengikut ciri


      Padanan Satu dengan Satu


      Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.


      Contoh padanan satu dengan satu;
      · Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
      · Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan
      sudu.
      · Memadan bilangan yang sama.
      · Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.


      Pola


      Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid;
      · Meniru pola,
      · Menyambung pola,
      · Melengkapkan pola, dan
      · Membina pola sendiri.


      Keabadian


      Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.


      Delete
    3. Pendekatan yang dapat digunakan dalam pembelajaran matematik kanak-kanak adalah berbentuk hafalan, aktiviti dan bimbingan serta menerusi permainan. Menurut Skemp ( 1989), pembelajaran matematik memerlukan 95 % pembelajaran bermakna dan 5
      % sahaja pembelajaran berbentuk hafalan. Sebelum kanak-kanak diberikan aktiviti yang berkaitan dengan nombor ataupun diperkenalkan dengan nombor yang sebaliknya mereka diberikan pengalaman yang cukup dalam aktiviti pranombor. Aktiviti pranombor melibatkan pengelasan objek, seriasi dan padanan satu dengan satu. Berikut adalah aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti pranombor :-
      Mengasing dan mengumpulkan objek sama jenis.
      Mengasing dan mengumpulkan objek yang berbeza.
      Mengelas dan menbanding objek mengikut saiz.
      Mengelas dan membanding objek mengikut kuantiti.
      Mengelas dan membandingkan objek mengikut warna.
      Menyusun objek mengikut saiz besar ke kecil ataupun sebaliknya.
      Menyusun objek mengikut saiz rendah ke tinggi ataupun sebaliknya.
      Mengetahui bilangan objek mengikut kuantiti sedikit, sama banyak dan lebih banyak.
      Mencari pasangan objek.

      Delete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Assalam and hai my friends.. Thanks a lot to Bibi Nazianah.. At last I'm here... Hehehe.. Untuk pertama kali, saya ingin berkongsi sedikit mengenai kursus ini, Pengajaran Awal Matematik Kanak-Kanak.

    Dari zaman Piaget lagi, kajian dalam bidang pemikiran awal kanak-kanak dalam matematik popular dikaji. Kajian-kajian awal telah menunjukkan bahawa perkembangan pemikiran kanak-kanak dalam bidang ini menunjukkan perkembangan yang berperingkat-peringkat, di mana terdapat limitasi yang jelas tentang kemahiran tertentu pada peringkat-peringkat yang tertentu (Piaget, 1952). Piaget dalam kajian awalnya telah mengaitkan limitasi-limitasi ini kepada tahap-tahap perkembangan kognitif yang telah dicadangkan dalam teorinya. Walau bagaimanapun, pengkaji-pengkaji selepasnya mempunyai pandangan yang berlainan tentang kenapa kanak-kanak menunjukkan limitasi tersebut (Donalson , 1978).
    Mereka berpendapat bahawa faktor-faktor lain seperti penggunaan bahasa dan keadaan persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi limitasi kanak-kanak melakukan beberapa kemahiran yang telah dicadangkan oleh Piaget. Perkembangan awal dalam bidang matematik telah mula dijalankan diperingkat bayi lagi untuk melihat kebolehan mereka. Fokus pada peringkat ini bermula dengan kemahiran mengenali angka, membilang dan mengira angka-angka pada kuantiti yang lebih kecil ( Griffin, Case & Siegler, 1994) Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal matematik atau dalam mengenali angka nombor dan membilang bukan berdasarkan konsep "semua" atau "tiada langsung" ("all-or-nothing") tetapi lebih berdasarkan kepada konsep perkembangan beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam, tentang angka dan konsep-konsep pengiraan (Baroody, 1987). Kanak-kanak belajar tentang nombor berdasarkan kepada pengalaman mereka (Ginsburg,1977).
    Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna, pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

    ReplyDelete
  28. 'Kemahiran hipotesis juga sama penting untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam matematik dan sains.'
    (Pernyataan diambil dari satu blog)

    Soalan:
    Bagaiman kemahiran hipotesis menyelesaikan masalah dalam Matematik?

    ReplyDelete
  29. Selamat malam buat semua.. Sambil2 mendengar Maharaja Lawak Mega 2012 nie, teringat saya ketika mengajar kanak-kanak Pra Sekolah pada tahun 2011 kalau tidak silap, menggantikan seorang guru yang cuti bersalin. Sememangnya, pengalaman mengendalikan kelas pra sekolah serta menjadi tenaga pengajar bagi kanak-kanak seawal usia 4 tahun merupakan pengalaman yang amat berharga bagi diri saya sebagai seorang pendidik. Sesungguhnya, keadaan kelas pra sekolah tidak sama seperti yang pernah saya bayangkan mahupun yang saya alami ketika berada di kelas sekolah rendah. Pengajaran yang selalu saya amalkan di kelas sekolah rendah tidak boleh diaplikasikan 100% di dalam kelas pra sekolah, apatah lagi saya terpaksa mengajar beberapa subjek dalam 1 hari tersebut, merangkumi subjek Matematik juga. Bagi subjek ini, memang jika dipandang agak senang untuk di ajar, namun sejujurnya, saya perlu meneliti, meminta pandangan orang lain sebelum mengajar mata pelajaran ini di kelas pra sekolah. Aktiviti yang menarik minat mereka serta dapat meningkatkan motivasi diri kanak-kanak amat penting. Saya ingat lagi, saya pernah mengajar mata pelajaran ini dengan penggunaan lagu. Kanak-kanak amat menggemari pembelajaran menggunakan lagu. Pada ketika itu, saya tidak terfikir lagi mengenai nada sumbang saya ketika mendendangkan lagu tersebut, hehe..lucu juga jika diimbas kembali.. Saya bukannya tidak pandai menyanyi, namun...menyanyi beberapa lagu yang jarang2 saya praktikkan mungkin agak sukar juga bagi saya pada ketika itu.
    Apa yang ingin saya simpulkan, pengajaran kanak-kanak di peringkat awal usia mereka amat penting dan perlu dititikberatkan bermula dari rumah lagi. Ibubapa perlu saling bantu membantu dengan para pendidik untuk memastikan keberhasilan kanak-kanak tersebut sebagai insan yang seimbang dari segi JERIS dan mampu berdaya saing sejak peringkat pra sekolah sehingga lah mereka dewasa kelak.

    ReplyDelete
  30. Just for sharing.
    Proses mengenal nombor merangkumi beberapa tahap.

    Tahap 1: Kesedaran bunyi dan susunan nombor
    Tahap 2: Memahami simbol nombor
    Tahap 3: Mengenal simbol nombor
    Tahap 4: Menyusun nombor
    Tahap 5: Penambahan dan pengurangan dalam pengiraan

    ReplyDelete
  31. Isu Penggunaan bahan ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

    Tidak dinafikan penggunaan ICT adalah sejajar dengan pengenalan sistem baru dalam kurikulum pembelajaran di sekolah sama ada sekolah rendah atau pun sekolah menengah, Penggunaan ICT dalam pembelajaran Pendidikan Awal kanak-kanak juga, terdapat pro dan kontra berkenaan isu ini dan pada mulanya mendapat pandangan serong daripada para pendidik. Sejak komputer diperkenalkan kepada kanak-kanak di negara barat, para ahli pendidik di situ juga bimbang bahawa penggunaannya boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kanak-kanak. Namun begitu, penggunaan bahan ICT terus digalakkan walaupun perkembangannya agak perlahan. Ini kerana perkembangan semasa terus mengubah pandangan para pendidik tidak kira di mana juga.
    Apakah :
    i. Kebaikan @ kepentingan..?
    ii. Keburukan…?
    iii. Langkah-langkah penyelesaian yang sesuai bagi isu penggunaan ICT tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, guru-guru prasekolah menggunakan kelebihan ICT adalah untuk mencari bahan, maklumat yang dapat membantu mereka dalam sesi pengajaran di sekolah. Pelbagai sumber yang mudah didapati dan berguna kepada guru-guru prasekolah. Penggunaan bahan ICT agak terkenal di Negara-negara barat dan kebiasaannya aktiviti seperti nyanyian, mereka akan menggabungkan pembelajaran dengan penggunaan software atau perisian yang sesuai dengan kanak-kanak. Sebagai ontoh, Radio Disney Music Mix Studio dimana mereka boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari tentang pelbagai alat muzik menggunakan perisian tersebut. Selain itu, pembelajaran matematik menggunakan perisian Magic School Bus : Whale and Dolphin dan melaluinya dapat membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Penggunaan internet juga membantu contohnya laman web PBS menyediakan pembelajaran literasi yang baik untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun. Disini, mereka dapat membaca dan juga mempunyai pelbagai aktiviti. Selain itu, laman National Geographic Kids membekalkan maklumat tentang geografi, penjelajahan, kraf, aktiviti sains untuk kanak-kanak (Doris Bergen,2001) mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Saya memperoleh maklumat ini daripada blog yang telah saya baca.

      Delete
    2. Pada pendapat saya,ransangan yang sesuai bagi membolehkan kanak2 berfikir utk menyelesaikn masalah adalah melalui aktiviti dan bahan bantu mengajar yg digunakan oleh gru. Kanak2 pd smulajdnya amat suka bermain,maka aktiviti yg sesuai adalh melalui aktiviti yg mlibatkan permainan. Contohnya aktivitu bjual beli,di mana murid akan di bahagi kn kpd dua kumpulan. Satu kumpulan akan melakonkn watak sebagai penjual manakala satu kumpulan lg sbg pembeli.maka mlalui aktiviti ini murid secara tidak langsung dpt menyelesaikan aktiviti tambah dan tolak melalui aktiviti bjual beli. Oleh itu, mlalui aktiviti ini, murid dpt menggunakan keupayaan utk menyelesaikan msalah tambah dan tolak melaui bimbingan guru.

      Delete
    3. Aplikasi Teknologi

      Aplikasi teknologi dapat membantu murid memaham konsep Matematik secara mendalam dan bermakna serta membolehkan mereka meneroka konsep Matematik.
      Penggunaan komputer, koswer pendidikan, laman web dan
      pakej pembelajaran dapat membantu guru meningkatkan
      kemahiran pedagogi. Di samping itu, kebanyakan sumber
      tersebut dibentuk untuk pembelajaran kendiri. Murid dapat
      mengakses maklumat dan pengetahuan serta menguasai
      kemahiran secara individu melalui pembelajaran akses
      kendiri dan kadar kendiri.

      Delete
    4. Ini pula pendapat saya Encik David.
      (a) Kebaikan
      Mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan ini juga sebenarnya memudahkan guru untuk mengajar mereka. Sebenarnya kanak-kanak suka memegang sesuatu yang baru. Contohnya apabila kali pertama mereka dapat memegang komputer, sifat ingin tahu mereka lebih mendalam. Selalunya kanak-kanak ini hanya perlu ditunjuk empat atau lima kali bagaimana cara hendak memulakan sesuatu pada komputer dan selepas itu mereka sudah cekap mengendalikannya. Jadi, itulah salah satu kelebihan penggunaan ICT kepada awal kanak-kanak

      (b)Keburukan
      Bermain permainan komputer tanpa kawalan ibu bapa. Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka mereka akan teruskan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan permainan komputer. Jadi perkembangan mereka tidak akan berlaku dengan apa yang sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal mereka tidak akan berkembang kerana mereka hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka hanya memikirkan bagaimana mereka dapat menang dalam permainan tersebut sahaja daripada disudut sosio-emosi kanak-kanak itu mempunyai sifat pentingkan diri dan tidak ingin mengalah. Sifat itu bagus namun jika ia diaplikasikan dalam kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang tidak baik untuk mereka kerana ia memberi pengaruh yang negative. Kanak-kanak tersebut sudah pasti akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah. Jika ianya diadaptasi dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika kanak-kanak seperti ini tidak akan berkongsi barang permainan mereka dan jika ada pertandingan mereka akan cuba mendominasi pertandingan tersebut dan akan mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya mereka kalah dalam pertandingan itu.

      (c) Penyelesaian
      Ibu bapa seharusnya lebih peka terhadap perkembangan anak dan tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak kepada guru di sekolah dan pengasuh di rumah. Kawalan harus diberikan dalam penggunaan internet di rumah untuk kebaikan anak-anak.

      Delete
    5. ICT atau teknologi maklumat sebenarnya dapat menjanjikan pelbagai kemungkinan untuk penyampaian ilmu. Apatah lagi, dengan perkembangan pesat teknologi masakini telah memungkinkan lagi ICT amnya digunakan untuk pelbagai bidang terutamanya pendidikan. Saya bersetuju dengan kenyataan cikgu David, bahawa ICT boleh digunakan untuk menyampaikan pendidikan dengan lebih berkesan kepada kanak - kanak. Sebagai contoh banyak aktiviti - aktiviti yang bercorak permainan disediakan dimana aktiviti - aktiviti bercorak interaktif ini mampu menarik perhatian kanak - kanak untuk belajar khususnya dalam matematik awal kanak - kanak. Permainan Math Popper contohnya mendedahkan kanak - kanak terhadap konsep penambahan 2 himpunan objek. Terdapat juga kelemahan dalam penggunaan teknologi ICT. Contohnya seperti masalah kerosakan peralatan, penyediaan peralatan yang memakan masa, penyelengaraan mahupun keperluan kemahiran yang tinggi dalam menoperasi sesuatu bahan. Kadangkala aktiviti permainan bercorak 'games' juga akan melalaikan kanak - kanak seterusnya objektif asal p&p lari dari landasan asal jika tidak dikawal atau diselia. Walaubagaimanapun faktor - faktor ini tidaklah boleh dijadikan sebab untuk menidakkan kepentingan dan potensi ICT dalam penyampaian p&p. Terpulanglah kepada kita bagaimana untuk menimprovisasi ICT agar potensi yang ditawarkannya boleh kita gunakan seratus peratus dalam pendidikan.

      Delete
    6. Penggunaan ICT hanya sebagai medium untuk menarik minat murid dalam proses pnp dan cara untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran, memberikan pengetahuan asas kepada murid untuk menggunakan komputer dan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan bagi murid yang terutamanya tidak pernah merasai penggunaan komputer. Situasi kanak-kanak prsekolah yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah, kebanyakkan dari mereka tidak mempunyai kemudahan ICT di rumah. Dengan adanya bantuan seperti komputer 1 Malaysia memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk meneroka alam multimedia yang menyeronokkan dan secara langsung mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan yg mereka dapat di prasekolah mengenai asas penggunaan komputer dapat mereka aplikasikan. Mengaplikasikan penggunaan ICT sahaja tidak menjanjikan pencapaian objektif yang berjaya,cara pengajaran guru dan kesediaan murid lebih penting dan harus diambilkira bukan keterujaan menggunakan ICT sebagai enyelesaian masalah.

      Delete
  32. Pentaksiran adalah satu mekanisme dalam pengumpulan maklumat bagi meningkatkan kualiti PdP. Bagaimanakah pentaksiran ini dapat dijalankan bagi mengukur perkembangan kanak-kanak dalam pembelajaran matematik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap perkembangan kanak-kanak boleh dilihat dan dinilai. Apabila kanak- kanak dapat menyempurnakan segala tugasan konsep yang tertentu tanpa bantuan. Ini menunjukkan mereka telah mencapai tahap perkembangan konsep tersebut. Setiap pemerhatian yang dijalankan perlu direkodkan sebagai panduan pengajaran konsep yang seterusnya.

      Penguasaan konsep asas yang kukuh amat penting bagi membolehkan kanak- kanak mencapai tahap konsep yang lebih tinggi. Ini kerana penguasaan konsep asas yang kukuh membawa kanak-kanak kepada transisi operasi konkrit, di mana mereka akan berhadapan dengan simbol yang abstrak dalam matematik dan penerokaan alam sains. Apabila sesuatu konsep yang
      abstrak diperkenalkan kepada kanak-kanak, fokus kepada aspek yang boleh difahami dan timbulkan kesedaran mereka terhadap konsep tersebut. Kanak- kanak boleh dibantu dengan mencipta struktur kognitif yang baru melalui perancangan pembelajaran pengalaman yang mengambil kira aspek semula jadi, tidak formal dan berstruktur.

      Delete
    2. Penaksiran yg dilakukan bersifat diskriptif, dilihat lebih terperinci pada tingkah laku murid dalam pengelibatan mereka terhadap pengajaran. Tidak memberi tekanan kepada guru dan murid malah murid tidak menyedari yang mereka sedang dinilai. Penilaian kertas dan pensel bukan sahaja tidak relevan apabila kita menekankan kepada pencapaian kemahiran kanak-kanak malah tidak adil buat mereka kerana manusia dilahirkan tidak mempunyai tahap kecerdasan yang sama.

      Delete
    3. Proses pentaksiran melibatkan pengumpulan maklumat daripada beberapa bukti dan seterusnya menterjemahkan maklumat tersebut. Pentaksiran tersebut menjurus kepada usaha untuk mengenalpasti perkembangan kanak - kanak. Salah satu cara untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan pentaksiran ialah dengan merakamkan aktiviti yang sedang dilakukan oleh kanak - kanak. Sebagai contoh dengan merakamkan kemajuan kanak - kanak melalui aktiviti bermain. Dalam permainan kumbang misalnya satu statistik diskriptif boleh diwujudkan untuk menunjukkan bilangan yang tertinggi yang boleh dimainkan oleh pelajar.

      Delete
  33. Agreed with Edith. Sistem petaksiranyang digunakan sekarang di kalangan murid pra sekolah adalah sangat membantu guru dalam merekod dan menilai setiap perkembangan kemahiran dan prestasi murid.
    Mata pelajaran Matematik adalah subjek yang abstrak dan sangat fleksibel dan hampir boleh diadaptasikan dalam kehidupan harian murid. Setiap perkembangan ataupun peningkatan murid dalam kemahiran tunjang yang tertentu, sekiranya di rekodkan dan ditaksir oleh guru, ia sangat membantu dalam mengenal tahap pencapaian murid yang sebenar.
    kesimpulannya, saya menyatakan disini bahawa sistem pentaksiran yang sekarang ini diguna pakai di pra sekolah di negara ini, adalah salah satu sistem yang baik malah membantu guru dalam mengenal perkembangan setiap individu murid khususnya dalam subjek-subjek tertetu contohnya, matematik.

    ReplyDelete
  34. Bagaimanakan pengadaptasian teori kognitif dalam pengajaran pendidikan awal Matematik di pra sekolah dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkembangan kognitif menekan proses pembentukan konsep, penaakulan dan penyelesaian masalah, ketika menimba ilmu dengan menggunakan berbagai-bagai ransangan dan media. Perkembangan kognitif merangkumi proses pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan menyelesaikan masalah. Murid menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar menggunakan pelbagai bahan yang mudah didapati disekeliling mereka seperti butang, tutup botol, biji benih, batu, bongkah dan lain-lain.Maka pembelajaran tentang fakta itu hendaklah dilakukan secara didaktif dan objektif supaya fakta itu dapat di pindahkan kepada pelajar secara “bulat”. Pembelajaran awal matematik diperingkat prasekolah melibatkan teori kognitif iaitu memfokus kepada proses disebalik tingkahlaku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diigat oleh pelajar. kehaa..dis time la..ngam ka x..kc ngam saja..

      Delete
    2. Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Di samping itu, kepercayaan , harapan dan perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita. Begitu juga dengan kanak-kanak. Dalam situasi bilik darjah kanak-kanak belajar dengan memperolehi dan mengelolakan pengetahuan. Kanak-kanak sentiasa mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk membina struktur kognitif supaya memperolehi pengetahuan yang baru. Setiap kali kanak-kanak belajar mereka akan mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan. Bahkan mereka akan menghayati maksud perkara yang baru mereka pelajari. Pengalaman yang bertindih juga dapat membantu mereka menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka hadapi.

      Delete
  35. hello kawan, apakah cara kita untuk membantu kanak-kanak pra sekolah yang ada di kampung2 yang ulu-ulu, yang taida kelas dan terpaksa meminjam bangunan mahkamah kecil kampung untuk proses pembelajaran khususnya pembelajaran matematik. Kalau kita baca di modul, segalanya nampak mudah kerana full facility, tapi kalau di kampung apa harus kita buat? Apakah guna tempurung kelapa atau batu-batu? Bagaimana pula kita hendak merealisasikan UNIT 8 (8.1) disana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf salah ejah... taida=tiada

      Delete
    2. Hi Theary, sebagai respon kepada persoalan kamu, saya setuju bahawa memang sangat sukar merealisasikan penggunaan teknologi di tempat-tempat seperti yang kamu nyatakan (kampung ulu-ulu). Sukar, tapi tidak mustahil. Teknologi tidak terhad kepada penggunaan komputer bersama LCD projektor sahaa. Terdapat beberapa cara kita boleh gunakan teknologi di tempat yang tidak mempunyai bekalan elektrik. Berikut adalah merupakan cadangan-cadangan saya:

      1. Kita boleh gunakan kalkulator untuk mengajar murid mengenal nombor, serta mendedahkan mereka kepada operasi-operasi asas matematik.
      2. Terdapat telefon bimbit yang mempunyai aplikasi dan perisian seperti permainan Matematik. Kita boleh gunakan aplikasi tersebut untuk mengajar Matematik kepada murid-murid prasekolah.
      3. Selain itu, kita juga boleh gunakan kamera atau perakam video yang menggunakan bateri. Kita boleh menunjukkan cara mengambil gambar objek-objek menggunakan kamera dan meminta murid mengira objek-objek di dalam gambar. Guru juga boleh mengajar murid-murid merakam gambar-gambar burung yang beterbangan di udara, dan kemudian mengajar murid meneliti rakaman yang dibuat dan mengira bilangan burung. Ini secara tidak langsung dapat membantu menerapkan juga kemahiran proses sains (pemerhatian).
      4. Laptop boleh digunakan juga, caranya ialah dengan mencaj penuh terlebih dahulu laptop tersebut di rumah sebelum guru membawanya ke sekolah untuk digunakan dalam pengajaran.
      5. Selain itu, pemain CD atau kaset yang menggunakan bateri juga boleh digunakan. Murid-murid boleh menyanyi lagu Matematik dengan iringan muzik yang dimainkan menggunakan alat-alat tersebut.

      Ini adalah antara idea-idea saya. Jika kawan-kawan lain mempunyai idea yang lebih baik, sudilah berkongsi denga kami di sini. Terima kasih. :-)

      Cynthia C. James (CT10210156)

      Delete
    3. Oh ya, satu lagi tambahan. Bukankah dalam pengajaran Matematik prasekolah ada tajuk 'Masa'? Jam digital adalah salah satu peralatan teknologi yang dapat digunakan untuk mengajar murid-murid tentang masa.

      Cynthia C. James (CT10210156)

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Yup...saya pun telah merasa keadaan tu Theary..memandangkan saya mengajar di sekolah pendalaman aka ulu...memang banyak kekurangan berbanding sekolah kawasan pekan..yang paling ketara adalah kemudahan yang berunsurkan teknologi..tp sebagai seorang guru dan seharusnya la kita terpaksa menjadi kreatif dan inovatif.Saya pernah melihat seorang guru saya mengajar matematik bagi kemahiran angka 1 - 10 yang mana guru berkenaan telah membuat pasu - pasu daripada kotak susu yang ditanam dengan ranting kayu mati. Dimana setiap pasu akan ditanam dengan ranting kayu yang mempunyai bilangan cabang - cabang ranting kecil yang berbeza mengikut urutan jumlah menaik (ascending) 1 - 10...saya juga pernah melihat seorang lagi guru saya mengajar penambahan nombor dengan menggunakan daun - daun bunga kertas. Malah banyak lagi cara kreatif yang boleh kita gunakan dalam mengajar matematik memandangkan pengajaran dan pembelajaran adalah secara holistik yang merangkumi semua bidang. Tetapi saya rasakan semua ini terpulang kepada seseorang guru tersebut untuk mengatasi masalah ABM dan BBM yang sesuai digunakan bagi sekolah - sekolah pendalaman ini...apa pun mungkin ada banyak lagi idea atau pendapat yang jauh lebih baik dari kawan - kawan guru yang juga mengajar di kawasan pendalaman..kalau ada boleh la kongsi - kongsi untuk tambah idea saya mengajar nanti..tq..

      Delete
  36. Apakah CONTOH dan LANGKAH2 aktiviti bagi menjalankan aktiviti pengajaran matematik yang melibatkan aktiviti scaffolding?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, sekadar berkongsi ah John. Contohnya kita ingin mengajar konsep nombor k. Seperti yang kita tahu scaffolding ialah cara pembelajaran secara berperingkat ataupun guru bersama murid membantu rakan-rakan yang agak lemah kan.

      Langkah 1:

      Kita tidak boleh mengajar konsep nombor terus dari 1 - 10. Kadang-kadang ada kanak-kanak yang lambat menerima. So, what we do is try to simplify it. Kita boleh mengajar berturutan. Eg. For today's class just teach 1-5.

      Langkah 2 :
      Ajar mengikut kemampuan. Setelah murid mengenal nombor 1-5 guru boleh membuat pengukuhan dengan membuat aktiviti menyurih nombor.

      Langkah 3:
      Berikan peneguhan kepada murid yang agak lemah. Berikan bantuan dengan mengarahkan rakan-rakan lain untuk membantu.

      Langkah 4:
      Lakukan Langkah 1-3 bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid. Ulangi secara berperingkat dan jangan terlalu cepat.

      Delete
    2. Langkah standard for scafolding...good...good...

      Delete
    3. Good one Jackson..sama juga seperti Mastery Learning.

      Delete
  37. Kanak-kanak perlu diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi bukan dengan menghafal sesuatu konsep. Bagi kanak-kanak yang hanya menghafal akan melakukan kesilapan dalam mencari beza sesuatu nilai. Sebagai contoh beza nilai 3 dan 5, kanak-kanak yang menghafal kemungkinan besar akan melakukan penolakan “3-5” sedangkan kanak-kanak yang memahami konsep penolakan memahami bahawa nilai kecil tidak dapat menolak nilai yang besar. Terdapat juga murid yang keliru dengan konsep tukar tertib iatu ‘ 5 + 2 = 2 + 5 ‘ dianggap ‘ 5 – 2 ‘ juga adalam ‘ 2 – 5 ‘. Share dulu ba teknik yang sesuai dan menarik minat kanak-kanak dalam menguasai konsep penolakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teknik yg boleh digunapakai utk mengajar konsep penolakan kepada kanak-kanak d peringkat awal:
      1)Penolakan menggunakan gambar rajah
      = boleh menggunakan gambar tunggal/bersiri (bbm) dan bercerita dgn kanak-kanak menggunakan bbm tersebut.

      2)Penolakan secara manipulatif
      = menggunakan bbm maujud

      3)Penolakan menggunakan garis nombor/pengiraan menurun
      =memperkenalkan garis nombor dan meggunakan ia dalam mengukuhkan lagi pengetahuan/pemahaman murid dalam konsep penolakan.

      P/s: Apa-apa pun, murid haruslah sudah mengenal nombor terlebih dahulu (basic). :D
      Rujuk:
      http://bloghilux.blogspot.com/p/menolak.html

      Delete
    2. Teknik lain yang mungkin boleh menarik minat kanak kanak dalam menguasai konsep penolakan ialah:
      a) menggunakan lagu. contohnya lagu 5 little duck dimana dalam lagu tersebut telah memperkenalkan konsep penolakan. Guru boleh meminta lima orang murid untuk menjadi itik untuk menguatkan lagi pemahaman mereka terhadap konsep yang diperkenalkan.

      b) bercerita menggunakan watak atau cerita yang mereka gemari. Contohnya menggunakan watak Ultraman yang bertarung dengan raksaksa. konsep penolakan boleh diperkenalkan melalui bilangan raksaksa yang telah ditewaskan oleh Ultraman. cerita perlulah disokong dengan gambar atau pun alat seperti patung ultraman dan dinasor.

      ini saya punya pendapatlah.

      Delete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Pernahkah anda mencuba apa-apa teknik untuk menyelesaikan permasalahan dalam Matematik ? Adakah teknik yang anda gunakan itu mudah bagi anda dan menjimatkan masa?

    ReplyDelete
  40. Permainan merupakan pendekatan yang paling sesuai untuk menjelaskan sesuatu permasalahan atau operasi kepada kanak-kanak. Melalui permainan, mereka dapat meneroka operasi yang terlibat. Ini merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan bagi kanak-kanak.

    ReplyDelete
  41. Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui pendekatan ini murid boleh bermain dan berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian.

    Pendekatan ini selalu digunakan dalam pnp kerana:
    >Bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak
    >Kanak-kanak boleh meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah dan
    memperolehi pengalaman tanpa disedari
    >Dapat memberi peluang kanak-kanak melahirkan perasaan dan pemikiran
    >Dapat mengembangkan kemahiran bahasa, literasi, kemahiran sosial dan kefahaman budaya
    >Kanak-kanak boleh mengambil risiko dan kesilapan
    >Membantu perkembangan mereka secara menyeluruh serta memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan efektif.
    Boring juga kanak-kanak prasekolah kalau asyik guru saja yang bercakap kan... :)

    ReplyDelete
  42. Memperlihatan benda di dalam tangan, sembunyikan tangan, buka salah satu tangan, berapa yg ada di dalam tangan yang satu lg?
    - Aktiviti ini dinamakan aktiviti?
    - Konsep matematik yg paling sesuai menjalankan
    aktivviti ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permainan nombor ( kumbang ). Konsep matematik yang sesuai untuk aktiviti ini mungkin konsep nombor dimana kanak-kanak akan membilang objek seperti dalam S.T 7.1.3.

      Delete
    2. Aktiviti ini dinamakan Gumnut Games. Konsep Matematik yang sesuai digunakan adalah konsep pengenalan nombor secara verbal (Verbal Number Recognition) asas kefahaman penambahan dan penolakan

      Delete
  43. 1. Seekor kambing menimbang beratnya, menandakan jumlah beratnya pada graf.
    2. Shoe Fastener
    3. Apple Tasting Graph
    - Aktiviti-aktiviti di atas sesuai untuk memperkenalan konsep asas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya , pengalaman pra nombor. dimana dalam ketiga-tiga aktiviti tadi kanak-kanak membuat perbandingan kuantiti objek samada lebih atau sama banyak seperti dalam S.T 6.2.1 . Contohnya dalam aktiviti apple tasting graph , kanak-kanak akan menyenaraikan murid yang suka makan epal mengikut jenis yang dinyatakan dalam graf.setelah itu, mereka akan menyatakan epal jenis apa yang paling banyak digemari.

      Delete
  44. Nyatakan cara-cara menjalankan Permainan Kumbang.

    ReplyDelete
  45. Salam 1 Malaysia. Saya amat tertarik dengan pendapat dan luahan rakan-rakan di atas. Sedikit sebanyak memberi saya ilham untuk meluahkan pendapat saya mengenai pengaruh teknologi terhadap P&P di prasekolah. Teknologi dalam pendidikan tidak hanya tertakluk kepada komputer, LCD dan CD perisian yang dibekalkan oleh KPM. Televisyen, radio, pemain CD, telefon bimbit dan sebagainya juga boleh disuaikan dalam P&P dan ia juga tergolong dalam penggunaan teknologi dalam pendidikan. Saya berasa simpati kepada sekolah-sekolah yang tidak dibekalkan dengan kemudahan teknologi yang begitu asas seperti komputer, LCD, pembesar suara dan lain-lain. Malah terdapat juga sekolah-sekolah yang langsung tidak mendapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik. Tanpa elektrik maka penggunaan teknologi adalah amat terhad. Guru-guru di sekolah tersebut menghadapi cabaran dan kesukaran untuk menerapkan penggunaan teknologi dalam P&P. Tahniah bagi guru-guru yang berjaya memperkenalkan dan menurunkan ilmu dalam penggunaan teknologi komputer kepada murid-murid di sekolah sedemikian. Malah di sekolah rakan saya sendiri, ibu bapa juga datang ke sekolah pada waktu malam untuk belajar menggunakan komputer dan internet daripada guru-guru di sekolah tersebut.

    Bagi sekolah-sekolah yang bertuah, dibekalkan segala kemudahan teknologi seperti makmal komputer yang lengkap dengan penghawa dingin, rangkaian internet dan sebagainya, guru-guru di sekolah tersebut amat bernasib baik kerana segala kelengkapan sudah disediakan. Apa yang perlu dilakukan adalah cara-cara menggunakan kelengkapan tersebut untuk disesuaikan dalam P&P.

    Penggunaan dan pengajaran teknologi dalam P&P adalah amat berbeza bagi situasi, keadaan dan kedudukan sekolah. Teknik dan kaedah pengajaran di sekolah-sekolah di bandar, luar bandar dan pedalaman adalah amat berbeza disebabkan pendedahan mereka terhadap teknologi juga adalah berbeza. Perbezaan umur juga memainkan peranan yang besar dalam penerimaan murid-murid terhadap pengajaran berasaskan teknologi. Cabaran adalah lebih tinggi bagi mendidik murid-murid prasekolah yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun di pedalaman berbanding di bandar. Sebagai contoh, murid-murid prasekolah di bandar Kota Kinabalu sudah terdedah dengan penggunaan ipad, samsung galaxy tab, camera digital dan lain-lain, dan kemungkinan besar sudah memiliki smart phone sendiri, manakala murid-murid prasekolah di pedalaman masih belum pernah melihat telefon bimbit nokia 3310, malah dalam keadaan yang paling teruk belum pernah menonton televisyen. Bagi murid-murid sedemikian, guru-guru prasekolah tersebut perlu memikirkan kaedah dan pendekatan yang berbeza dengan guru-guru di bandar. Namun jika dilihat secara positif, kemungkinan besar murid-murid di pedalaman amat berminat dan tertarik dengan pengajaran yang diajar dengan menggunakan teknologi walaupun dengan media teknologi yang biasa-biasa sahaja, berbanding dengan murid-murid di bandar.

    Pendapat di atas adalah hanya pandangan peribadi saya sendiri sahaja dan tidak disokong mana-mana tokoh pendidikan. Ia mungkin tidak tepat bagi sesetangah keadaan sekolah di mana saya sendiri belum pernah alamai. Namun demikian, dapat saya simpulkan bahawa, penggunaan teknologi dalam pengajaran adalah satu kaedah dan pendekatan yang sangat membantu kanak-kanak memahami sesuatu pengajaran. Menurut Montesori, kanak-kanak mudah belajar dalam keadaan yang gembira dan seronok. Dengan kemudahan teknologi, kanak-kanak akan tertarik dengan warna-warni, bunyi, pergerakan dan interaksi yang dibekalkan dalam perisian yang dibekalkan oleh KPM. Malah banyak syarikat persendirian juga mengambil peluang ini menghasilkan dan memperkenalkan banyak perisian yang boleh membantu guru-guru untuk aplikasikan dalam sesi P&P mereka. Samada perisian yang dibekalkan oleh KPM ataupun oleh syarikat-syarikat yang cuba mengaut keuntungan, semua perisian ini banyak membantu kanak-kanak terutama di prasekolah mempelajari topik-topik yang mungkin agak sukar diperkenalkan tanpa kemudahan teknologi.

    ReplyDelete
  46. Testing..testing..sorry baru join..

    ReplyDelete
  47. Salam sejahtera kawan-kawan. Saya mengimbas kembali kepada aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam modul kita tu. Seekor kambing biri-biri yang menimbang beratnya setiap hari dan menandanya pada graf garis. Saya masih tertanya-tanya bagaimana untuk memperkenalkan penggunaan graf garis kepada kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun (atau bayangkan semuanya 4 tahun). Bolehkah mereka faham mengenai apa yang ada di paksi-X dan paksi-Y? Dapatkan mereka kaitkan berat mereka dengan garis melintang yang ada pada graf tersebut? Saya pernah cuba perkenalkan graf garis (luar drpd lingkungan HSP M3 Tahun 2) kepada murid-murid Tahun 2 (umur 8 Tahun) namun tidak semua yang dapat memahami graf garis tersebut ataupun kegunaan dan fungsi graf tersebut.

    Terimah kasih atas jawapan rakan-rakan.

    ReplyDelete
  48. Hai kwn kwn semua..juz to share with u all this website...http.//www.nuttinbutpreschool.com..banyak bahan yang menarik yg kita boleh print dan guna dalam melaksanakan pengajaran matematik kanak kanak prasekolah..tq..sorry just a bit help from me..n big thanks pada kwn kwn yang banyak share idea in teaching maths for preschool children..

    ReplyDelete
  49. Nyatakan aktiviti yang boleh dijalankan untuk membantu kanak-kanak menguasai konsep penaakulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk membantu kanak-kanak menguasai konsep penaakulan ialah seperti:
      1.) Mengajar mengenai konsep banyak atau sikit, dengan menggunakan air yang mempunyai kuantiti yang berbeza supaya mereka dapat membezakan air yang banyak dan air yang sedikit.
      2.) Berikan mereka peluang untuk membuat beberapa uji kaji berkaitan matematik dan berikan peluang untuk mereka berfikir tentang keputusan yang mereka peroleh daripada eksperimen tersebut.
      3.) Berikan mereka latihan dalam proses operasi penambahan ataupun penolakan yang berbeza supaya konsep ini kekal dalam ingatan mereka dan dapat digunakan dalam proses pembesaran mereka kelak.
      4.) Memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengenal nombor melalui permainan bongkah kayu. Galakkan mereka untuk mengira menggunakan bongkah kayu tersebut satu demi satu.
      5.) Mengira menggunakan butang kecil di atas kad manila mengikut kategori nombor. Galakkan kanak-kanak untuk meletakkan butang kecil dalam kotak yang disediakan mengikut nombor yang betul. Dengan ini, kanak-kanak akan dapat merasai sendiri cara mengira menggunakan butang.
      6.) Guru menyediakan buku latihan matematik yang mengandungi operasi mudah yang dapat membantu kanak-kanak untuk mengenal simbol nombor tesebut. Melalui buku latihan ini, kanak-kanak melihat, mengingat dan menulis sendiri nombor tersebut. Cara lain adalah guru memperkenalkan simbol-simbol yang terdapat dalam pembelajaran matematik mudah seperti simbol (+), (-), (=) dan sebagainya supaya apabila mereka melihat simbol-simbol ini dalam ayat matematik, mereka akan tahu kegunaan simbol-simbol tersebut.
      7.) Membuat permainan meneka nombor. Hanya sediakan satu lubang bagi sampul yang mengandungi nombor di dalamnya. Kemudian suruh kanak-kanak untuk teka simbol yang terdapat dalam sampul tersebut. Cara ini dapat membantu kanak-kanak untuk mengingat simbol tersebut dengan lebih baik.

      Delete
    2. sori baru terjoin..anyway tentang aktiviti yang boleh membantu penaakulan adalah;
      i. membandingkan dua kumpulan objek samaada banyak atau kurang.
      ii.memadankan kumpulan objek.
      iii.menggunakan bahan konkrit.
      iv.secara permainan.
      v.beri peluang untuk murid melakukan ujikaji sendiri.

      Delete
    3. 1. Bermain dengan binaan: mereka akan belajar konsep kuantitatif dan ruang.

      2. Aktiviti dalam pengelasan (pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas):
      Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set
      yang berbeza.

      3. Mengumpulkan beberapa butang yang merah tetapi saiz dan bentuknya berbeza ke dalam satu kumpulan dan beberapa butang yang biru tetapi warna dan saiznya berbeza ke dalam kumpulan yang lain. Ulangi aktiviti ini dengan menggunakan objek yang lain.

      4. Mengumpulkan beberapa butang yang bersaiz 20 cm (misalnya) tetapi warna dan bentuk berbeza ke dalam satu kumpulan dan beberapa butang yang bersaiz 50 cm tetapi warna dan bentuknya berbeza ke dalam kumpulan yang lain.

      Delete
    4. Banyak aktiviti yang telah dicadangkan adalah menarik dan sesuai. Apapun, dari pandangan saya pula, sebaik-baiknya kita kaitkan dengan aktiviti harian kanak-kanak itu bila menjalankan aktiviti. Kanak-kanak suka belajar dan bermain melalui pengalaman. Oleh itu, satu aktiviti yang mungkin boleh dilaksanakan oleh guru-guru ialah apabila mengajar murid mengenal konsep nombor ialah membawa murid keluar dari kelas. Aktiviti hendaklah dilakukan di luar kelas seperti di padang sekolah atau mana-mana kawasan sekolah yang membenarkan murid untuk bergerak dengan bebas. Guru bolehlah menyediakan kad imbasan nombor dan kad imbasan gambar yang menunjukkan bilangan nombor tertentu. Guru sebelum itu telah meletakkan kesemua kad-kad imbasan yang disediakan di merata tempat (dalam kawasan tertentu)secara rawak. Aktiviti yang dilakukan oleh murid ialah, permainan seperti mencari harta karun. Murid dalam kumpulan akan bekerjasama mencari harta karun (kad imbasan) dikumpulkan dalam kumpulan masing-masing. Kemudian, harta karun(kad imbasan ) yang telah dijumpa itu akan disusun dan dipadankan dengan betul, iaitu kad mbasan numbor dua dengan kad imbasan gambar dua biji buah durian, sebagai contoh. Mungkin aktiviti ini akan menjadi satu pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak.

      Delete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. CT10210082
    Dalam menguasai konsep tambah 2 objek yang melibatkan nombor 1-10 dimana kita memberi andaian bahawa kanak-kanak serba sedikit telah mengetahui mengenai konsep nombor berdasarkan pengalaman asas, pembelajaran tidak normal dirumah dan sebagainya.Antara kaedah yang boeh digunakan ialah pembelajaran menggunakan bahan maujud iaitu benda yang nyata dimana kanak-kanak dapat memegang, marasai dan bermain seperti batu,guli,tutup botol,biji getah dan sebagainya sebagai alat bantu mengira dimana kanak-kanak menggunakan bahan tersebut untuk menjalankan operasi tambah dan tolak. Penggunaan bahan seperti ini akan dapat menarik minat kanak-kanak kerana seperti yang dinyatakan oleh beberapa tokoh pendidikan kanak-kanak dimana pada peringkat usia ini mereka lebih suka kepada konsep bermain sambil belajar. Kita juga tahu bahawa lumrah kanak-kanak dimana mereka suka bermain. Penggunaan kaedah ini akan mempercepatkan lagi proses pembelajaran dimana sambil bermain, mereka akan cuba megingati dan memahami pengajaran yang berlaku.Selain itu terdapat banyak lagi kaedah-kaedah lain yang boleh diguna pakai oleh guru.

    ReplyDelete
  53. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk membantu kanak-kanak menguasai konsep penaakulan adalah seperti:
    1. Mengasing dan mengumpulkan objek sama jenis.
    2. Mengasing dan mengumpulkan objek yang berbeza.
    3. Mengelas dan menbanding objek mengikut saiz.
    4. Mengelas dan membanding objek mengikut kuantiti.
    5. Mengelas dan membandingkan objek mengikut warna.
    6. Menyusun objek mengikut saiz besar ke kecil ataupun sebaliknya.
    7. Menyusun objek mengikut saiz rendah ke tinggi ataupun sebaliknya.
    8. Mengetahui bilangan objek mengikut kuantiti sedikit, sama banyak dan lebih banyak.
    9. Mencari pasangan objek.

    ReplyDelete
  54. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk membantu kanak-kanak menguasai konsep penaakulan ialah seperti:
    i. Mengajar mengenai konsep banyak atau sikit
    ii.Melalui permainan kerana murid akan lebih faham melalui kaedah bermain.
    iii. Memberikan pengalaman deria sentuh kanak-kanak kepada konsep nombor & kuantiti. Menggunakan bongkah yang berbagai-bagai bentuk.
    iv. Memberi peluang kepada murid mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor.

    ReplyDelete
  55. Apakah aktiviti yang sesuai untuk memperkenalkan konsep wang kepada murid-murid prasekolah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsep wang dapat diperkenalkan melalui aktiviti lakonan atau pun simulasi aktiviti jual beli. Melalui aktiviti ini murid diberi peranan sebagai pembeli dan penjual.Murid juga akan diminta memadan nilai mata wang dengan harga barang yang hendak dibeli. Selain itu konsep wang juga dapat diperkenalkan melalui permainan MY FAVORITE THINGS dimana murid dihendaki mengumpulkan duit untuk membeli mainan kegemaran mereka. Melalui aktiviti ini murid dapat juga mempelajari konsep tambah dan tolak.

      Delete
  56. Terdapat 6 langkah penting dalam menjalankan aktiviti main d prasekolah.
    1. tentukan jenis permainan dan sediakan alat
    2. terangkan tentang tujuan, peraturan dan masa permainan
    3. jalankan aktiviti dengan pemerhatian dan bimbingan
    4. nilai dan umumkan keputusan permainan
    5. guru bimbing kanak-kanak bercerita tentang aktiviti yg dijalankan
    6. kemas peralatan permainan

    ReplyDelete
  57. testing br mau join ni. sorry agak terlewat

    ReplyDelete
  58. Menaakul atau reasoning ialah membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal dan logik. penaakulan merupakan asas dalam membuat dan memahami matematik kerana ianya berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid.
    Di antara aktiviti yang boleh membantu kanak kanak prasekolah dalam membuat penakulan ialah:
    a) Memperkenalkan konsep saiz kepada murid. dimana guru boleh menggunakan benda maujud yang berlainan saiz untuk memperkenalkan konsep besar, kecil dan sama contohnya bola.
    b) Menggunakan dua kumpulan objek yang berbeza dari segi kuantiti dan bentuk. guru boleh memperkenalkan konsep banyak dan sedikit kepada murid. selain itu guru juga boleh memperkenalkan konsep pengelasan dengan menggunakan objek tersebut, dimana murid diminta untuk mengelaskan objek mengikut bentuk atau warna.
    c)melalui aktiviti permainan contohnya matching games, dimana murid dikehendaki memadankan bilangan objek dengan nilai yang menggunakan titik sebagai simbol. melalui aktiviti ini murid dapat mengetahui titik yang digunakan adalah mewakili nilai nombor tanpa perlu melihat nombor tersebut.

    ReplyDelete
  59. Pada pendapat saya, kanak-kanak boleh menguasai konsep penaakulan dengan adanya aktiviti-aktiviti mudah seperti ini:

    - menggunakan air yang berbeza kuantiti supaya mereka dapat membezakan air yang banyak dan air yang sedikit.

    -guru boleh memberikan latihan mudah dalam operasi tambah dan penolakan yang berbeza supaya konsep ini kekal dalam ingatan mereka dan mereka boleh menggunakan kaedah yang sama semasa melangkah ke alam persekolahan seterusnya.

    - perkenalkan permainan bongkah kayu yang dapat menggalakkan kanak-kanak mengira bongkah kayu tersebut satu demi satu.

    - dapatkan buku latihan matematik yang mengandungi operasi mudah yang dapat membantu kanak-kanak mengenal simbol nombor tambah,tolak dan sebagainya kerana mereka akan selalu melihat, mengingat dan menulis sendiri di buku masing-masing. Guru juga boleh melekat simbol-simbol ini di meja murid untuk mengukuhkan ingatan mereka.

    Oya kawan-kawan,yang di bawah ni pun juz sharing la..it's in English but i know surely everyone can understand it..i read it from an educational website for preschoolers..
    Guru prasekolah ini memberikan aktiviti ini kepada muridnya..mudah juga aktivitinya but baguslah saya rasa..
    So,this is it..
    1. Assign half your students to think of an animal, but tell them their animal is a secret.
    2. Try to avoid overlapping animals so that there is no confusion.
    3. For the other half of the students, assign them to find an animal that they are trying to find. For example, one student will be assigned a dog and a corresponding student will be assigned to find the dog.
    4. The students looking for a particular animal must go around to the students who have an animal and ask them questions to get the answers they need. However, students may not ask directly, “Are you a dog?”
    5. Students can get creative in their questions, asking things like, “Do you walk on 4 legs?” or “Do you have a tail?”
    6. The students assigned to each animal must answer the questions honestly but not give away too much information.

    This fun activity should be done actively, with students moving around the room to ask their questions. It will tie into the previous story by making students ask questions about the habits of their pets, what they feed them, how does the pet look like,how do they sounds etc which is likely a nature to our children who are willing to learn new things from their soroundings.

    oya..i would also like to thank all dear frenz yang beri sharing yg bagus di blog ini,very useful information and worth reading it..enjoy reading all of them..:-)

    ReplyDelete
  60. Kurikulum baru prasekolah yang dikenali sebagai KSPK telah diperkenalkan pada 2010 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
    KSPK mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid-murid prasekolah kerana kesesuaian kanak-kanak tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.
    Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran kanak-kanak tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Salah satu penguasaan yang ditumpukan iaitu "menaakul". Ramai guru yang bertanya kepada saya, apakah itu "menaakul" dan bagaimana kita menerapkan penguasaan ini terhadap kanak-kanak kita.
    Antara respons apabila ditanya tentang konsep menaakul termasuklah:
    "Apa yang saya faham ialah kanak-kanak boleh ceritakan semula kenapa sesuatu itu berlaku"
    "Kemahiran menaakul membolehkan kanak-kanak membuat keputusan berdasarkan akal dan logik; membolehkan mereka membezakan antara yang positif dan negatif. Kalau aktiviti, kanak-kanak menceritakan semula apa yang telah berlaku.
    "Menaakul atau reasoning ialah membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Penaakulan merupakan asas dalam membuat dan memahami matematik. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi kanak-kanak.
    Penekanan penaakulan dalam semua aktiviti matematik memberi laluan dan pengalaman kepada kanak-kanak untuk menerima matematik dalam memahami kejadian alam persekitaran dengan lebih bermakna.
    Apabila mereka menaakul, mereka digalakkan membuat tekaan atau telahan dalam menentukan sesuatu penemuan atau penyelesaian. Mereka juga dilatih untuk menyiasat tekaan atau telahan mereka sama ada dengan menggunakan bahan konkrit, kalkulator, komputer, perwakilan matematik dan sebagainya.
    Penaakulan matematik ini perlu diterapkan dalam pendidikan matematik supaya kanak-kanak dapat mengenal, membina dan menilai telahan dan hujah matematik.
    Bagaimanakah caranya untuk membantu kanak-kanak mahir dalam penguasaan menaakul?
    Sebagai alternatif kepada penggunaan perkataan "menaakul" yang mungkin agak kekok kepada para kanak-kanak, guru boleh gunakan ayat seperti berikut:
    "Kenapa kamu pilih cara ini?"
    "Bolehkah kamu beri sebab kenapa kamu kata..."
    "Mengapakah penyelesaian sebegini menjadi pilihan kamu?"

    Contoh aktiviti:

    Gambar hasil tambah 2 objek. Kanak-kanak mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pelbagai arah dengan menekankan konsep tambah tanpa terkeluar dari skop yang sebenar.

    ReplyDelete