Sunday 3 March 2013

Soalan 1

Jelaskan secara ringkas  bagaimana teori pelaziman klasik dapat diaplikasi dalam P&P sains awal kanak-kanak. (sertakan contoh yang relevan)

77 comments:

  1. Assalamualaikum wtb... Puan Rohana Khalid. Saya (CT10210231).
    Teori Pelaziman Klasik dikaitkan dengan seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan dan akhirnya menemui Teori Pelaziman Klasik. Beliau menjalankan eksperimennya dengan menggunakan seekor anjing dan mengkaji perkaitan rembesan air liur dengan proses pelaziman. Pavlov telah mendapati bahawa rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya. Fenomena rembesan air liur dan jus gastrik adalah sesuatu jenis gerak balas yang tidak perlu dipelajari yang dinamakan gerak balas tak terlazim. Tetapi fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari yang di panggil gerak balas terlazim. Manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai rangsangan terlazim. Bagi mengesahkan fenomena tersebut, Pavlov menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai ransangan terlazim. Hasilnya mendapati bahawa, anjing akan melelehkan air liurnya apabila loceng dibunyikan.

    Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat ransangan. Ransangan adalah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya apabila anda duduk di atas kerusi dalam bilik doktor gigi, anda menggetar ketakutan walaupun ubat bius dapat menghilangkan kesakitan anda. Ini disebabkan anda mengaitkan kerusi tersebut dengan pengalaman sakit dalam peristiwa cabut gigi sebelum ini. Pembelajaran yang mengaitkan kerusi doktor gigi dengan kesakitan dikenali sebagai "pelaziman klasik". Pembelajaran begini juga kadangkala disebut " Pavlovian Conditioning" (Poediger et. al. 1996sm. 225)
    Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.
    Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta merta juga dapat membantu seorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

    Dalam menyediakan P&P bagi Sains awal kanak-kanak, guru perlu menyediakan pembelajaran yakni aktiviti yang bukan sahaja mampu menarik minat kanak-kanak, malah mampu membina pengetahuan yang kukuh dalam diri kanak-kanak serta mengubah tingkah laku mereka kepada lebih positif selepas sesuatu pembelajaran di dalam kelas atau dengan kata lain, meningkatkan disiplin kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Adalah lebih baik kamu terus mengaitkan ciri-ciri teori itu dengan p&p sains kerana saya hanya mendapati hanyaada dikaitkan di bahagian akhir jawapan kamu.

      Delete
    2. Okay Puan.. Terima kasih atas pandangan.. Cuba untuk buat kali ke dua..

      (Cubaan ke 2)
      Dalam pembelajaran sains awal kanak-kanak, guru boleh menjalankan aktiviti seperti permainan air, pasir mahupun aktiviti penerokaan di sekeliling kawasan sekolah. Dari sudut Teori Pelaziman Pavlov seperti yang dinyatakan di atas, peneguhan untuk membolehkan kanak-kanak mengaplikasikan dan seterusnya mengukuhkan pengetahuan mereka bagi sesuatu topik dalam kelas ialah di mana, guru perlu tahu aktiviti yang mampu menarik minat mereka sekaligus kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu topik itu untuk jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, aktiviti yang dijalankan ialah Berjalan di sekeliling sekolah dan mengumpul pelbagai jenis daun. Kemudian, guru boleh menjalankan aktiviti permainan air yang melibatkan kanak-kanak untuk memerhati apakah hasilnya apabila daun diletakkan di dalam bekas yang mengandungi air. Seterusnya guru boleh menukarkan daun kepada benda yang lebih berat, seperti batu. Secara tidak langsung, aktiviti ini membolehkan kanak-kanak membezakan benda yang boleh timbul dan tenggelam.

      Delete
  2. Aslmkm Pn.Rohana =)
    Teori Pelaziman Klasik dipelopori Ivan Pavlov dan Watson. Saya beri contoh di sini bagaimana teori pelaziman klasik dapat diaplikasi dalam P&P sains awal kanak-kanak: Contohnya untuk mengajar kanak-kanak tentang haiwan yang jinak dan bunyi haiwan tersebut. Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov, untuk pembelajaran berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif dalam pembelajaran murid,di sini saya kaitkan, untuk tajuk Haiwan Jinak, guru mungkin boleh mengaitkan pengalaman positif kanak-kanak tentang haiwan peliharaan mereka di rumah, yang jinak, seperti kucing, burung,arnab dan sebagainya. Dengan ini, berdasarkan pengalaman, murid-murid dapat membezakan haiwan jinak dan haiwan liar secara tidak langsung. Satu lagi contoh,dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains mengaitkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands.Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja.Maksudnya di sini, mungkin guru akan memberikan bintang kepada murid-murid yang boleh menjawab soalan, seperti : Apakah haiwan jinak yang selalu dijumpai? Berdasarkan pengalaman, murid akan menjawab kucing dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan : baik cuma perlu huraikan sedikit tentang peneguhan dan ganjaran secara lebih khusus

      Delete
    2. Terima Kasih Puan.. Peneguhan yang saya maksudkan adalah, di mana saya percaya dengan memodifikasikan tingkah laku dengan peneguhan dan ganjaran. Di mana saya sudah nyatakan di atas, guru memberikan bintang kepada murid yang boleh menjawab soalan yang berkaitan dengan pembelajaran. Peneguhan di sini, diaplikasikan untuk mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku bermasalah.Guru-guru yang mahir selalu menggunakan ganjaran yang efektif dan ganjaran yang sesuai (stimulus) untuk meningkatkan respon positif. Ganjaran yang saya nyatakan di atas, iaitu memberikan bintang di panggil , Ganjaran terlazim . Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.

      Delete
  3. Assalamualaikum Pn..saya CT10210197
    Saya cenderung memilih Teori Thorndike sebagai contoh teori pelaziman klasik untuk p&p sains kanak-kanak. walaupun Pavlov juga menggunakan kaedah yang hampir sama namun saya lebih tertarik dengan teori Thorndike. Dalam eksperimen beliau yang menggunakan kucing sebagai ujikaji dalam rangsangan untuk mendapatkan sesuatu,saya dapati jika diaplikasikan dalam teori pembelajaran kanak-kanak ia amat menarik.

    sebagai comtoh, jika guru ingin mengajar bagaimana bola bergolek.
    1) Guru bertanyakan bola dalam kehidupan sehari-hari(main bola,tendang bola dsb)
    2) guru menunjukkan kad gambar bola(pelbagai saiz ;kecil,besar)
    3) menunjukkan bola sebenar
    4)murid berpeluang memegang dan melakukan beberapa pergerakan yang sesuai.
    5) Membuat beberapa aktiviti berkumpulan

    Daripada contoh diatas dapat dikaitkan langsung dengan teori Thorndike dimana, rangsangan pada awal pembelajaran penting untuk menarik minat. pengukuhan diberikan dengan bola sebenar agar murid dapat meneroka secara fizikal dengan cara pergerakan bola. selan itu, apabila murid dapat mengaitkan pembelajaran dengan tindakan yang betul maka,peneguhan positif pula diberikan maka,lebih mudah bagi guru memberikan input pengajaran.sebaliknya, apabila hukuman@peneguhan negatif seperti merotan kerana kesalahan sebagai pembetulan maka,kanak-kanak akan takut untuk mencuba. Ini kerana latihan adalah perlu kerana setiap pergerakan kaki untuk menendang bola memerlukan cara yang betul.

    Rangsangan perlu kreatif kerana kanak-kanak mudah bosan dengan kaedah yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan boleh diterima tetapi contoh main bola kurang sesuai untuk tajuk sains

      Delete
  4. Selamat Sejahtera Pn. Ini merupakan coretan sebelum kembali ke Lahad Datu :)

    “Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick & Reiser, 1989). Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran”.

    Pendapat di atas merupakan implikasi daripada teori Pelaziman Watson. Tahukah anda bahawa Watson merupakan orang pertama menggunakan perkataan Behaviourisme? Ia seterusnya dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner menjadi Teori Behaviourisme. Menurut Watson, tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim. Beliau berpendapat bahawa ianya berlaku secara semulajadi dan tidak perlu dipelajari. Menurutnya, manusia mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi baru. Terdapat 3 jenis emosi menurut Watson, iaitu takut, marah dan kasih sayang. Ini dibuktikan beliau melalui eksperimennya dengan bayi berusia 11 bulan bernama Albert (Boleh di baca di dalam modul).

    Apa yang menarik minat saya di sini bukanlah ketakutan yang di lazimkan terhadap Albert tetapi kesan rangsangan yang dapat dihasilkan melalui tindak balas yang positif. Merujuk kepada kenyataan di atas dan di sokong oleh teori pelaziman Watson, dalam pengajaran dan pembelajaran guru sepatutnya memilih rangsangan yang menyeronokkan bagi menghasilkan tindak balas positif. Sebagai contoh, guru tidak boleh menyatakan bahawa madu lebah itu manis dan garam itu masin hanya dengan menunjukkan gambar. Untuk melakukannya dengan lebih menyeronokkan guru boleh membuat eksperimen mudah dengan makanan. Ini bukan sahaja menyeronokkan kanak-kanak, tetapi ianya juga merupakan proses awal sains yang terdapat di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

    Selain keseronokkan merasa makanan, guru juga boleh membimbing kanak-kanak untuk mengelaskan makanan tersebut mengikut rasanya. Keseronokkan ini akan menjadikan kanak-kanak lebih berminat (tindak balas positif) terhadap pengajaran guru. Selain itu, pengetahuan kanak-kanak juga dapat di bina melalui integrasi ilmu sedia ada dengan ilmu yang telah dipelajari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Jawapan kamu merujuk kepada beberapa pandangan ahli teori behaviorisme. Sebaiknya fokus pada satu pandangan kerana setiap ahli behavioris mempunyai aspek tumpuan yang berbeza sedikit dan berikan lebih contoh

      Delete
  5. Assalamualaikum W.b.t. Puan Rohana.
    Menurut teori Pelaziman Klasik Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat daripada kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran.

    Menurut Pavlov (1894) setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas akan mewujudkan proses pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Mengikut teori ini, setiap rangsangan akan menghasilkan gerak balas. Gerak balas ialah tingkah laku yang timbul kesan daripada rangsangan manakala rangsangan pula ialah tenaga yang menghasilkan gerak balas (Pavlov, 1894).

    Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak meneroka alam sekitar, membuat eksperimen, dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cuba-jaya serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Sifat ingin tahu ini adalah asas inkuiri. Memupuk dan membina rasa ingin tahu kanak-kanak ini adalah kunci pem-belajaran sains. Bermain menjadi fitrah kanak-kanak dan melalui permainan kanak-kanak membuat penerokaan dan penemuan sesuatu yang baru secara langsung. Kanak-kanak berpeluang mengguna, mengasah dan seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran proses sains asas. Ciri-ciri pembelajaran yang dinyatakan ini amat serasi dengan sifat sains. Sains memerlukan kanak-kanak membuat inkuiri dan penemuan. Pada peringkat ini ia dilakukan melalui bermain.

    Satu contoh yang dapat diaplikasikan dalam pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah memberi kanak-kanak rasa dan menyentuh ais. Apabila kanak-kanak menyentuh ais, mereka dapat merasakan rasa sejuk. Sebagai latihan, guru boleh membuat eksperimen membuat ais dengan kanak-kanak. Kanak-kanak akan berasa seronok dan ingin meneroka sendiri bagaimana air bertukar menjadi ais.

    Guru juga perlulah sentiasa memberikan penghargaan berupaya pujian setiap kali kanak-kanak berjaya dan mendapat hasil yang baik. Keadaan ini akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berkesan dalam diri kanak-kanak. Ini dapat disokong melalui pendapat Kamarudin Hj. Husin di dalam buku Psikologi Bilik Darjah (1997) menjelaskan bahawa penggunaan kedua-dua elemen ( ransangan ) dan ( gerak balas ) ini biasanya akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan ok tetapi kurang baik susunan. Maksud saya, contohnya, jika menerangkan tentang eksperimen, sebaiknya terus kaitkan dengan inkuiri -penemuan yang telah dihuraikan terdahulu, baru lah jawapan kamu lebih mantap dan ada flow

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Dalam contoh lain yang saya fikirkan, teori Pelaziman Klasik juga boleh diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran Awal Sains Kanak-kanak dalam standard kandungan ‘(ST 3.1) Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan’ dan standard pembelajaran ‘ (ST3.1.1) Mengenalpasti bahagian tubuh badan utama (kepala, mata, hidung, mulut, gigi, telinga, rambut, kaki, jari, tangan)’. Guru boleh menggunakan gambar bahagian tubuh badan utama dan kad perkataan sebagai rangsangan. Di akhir pembelajaran, gerakbalas yang diperolehi ialah murid dapat mengenalpasti bahagian tubuh dengan hanya ditunjukkan kad perkataan, misalnya “mata”, ini kerana murid telah mengaitkan ransangan gambar mata dengan perkataan “mata” pada kad perkataan.

    ReplyDelete
  8. Teori Pembelajaran Behavioris terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Klasik dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Pavlov dan Watson. Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan. Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.
    Menurut teori Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan yang dilakukan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik. Contohnya, apabila guru mengajar tentang mengasingkan makanan mengikut rasa seperti masam, manis, masin dan pahit dan memberikan peluang kepada murid-murid untuk merasai jenis-jenis makanan tersebut, makanan yang disediakan merupakan rangsangan kepada proses pengajaran. Pada masa akan datang, murid-murid akan menunjukkan sikap penerimaan dan penolakkan terhadap jenis-jenis makanan berdasarkan pengalaman(pelaziman) mereka merasai makanan tersebut. Sikap yang ditunjukkan oleh murid-murid merupakan gerak balas terhadap pengalaman yang dilalui.
    John B Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan. Pada pendapat saya, pengajaran dan pembelajaran sains buka hanya bertumpu kepada aktiviti ‘hands-on’ sahaja untuk menjadikannya suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Penggunaan teknik nyanyian sebagai rangsangan juga boleh menarik minat pelajar. Contohnya, guru boleh menggunakan lagu yang bersenikata mudah untuk menarik perhatian murid-murid untuk mengenalpasti bahagian tubuh badan dan fungsinya. Guru membimbing murid-murid menyanyi bersama-sama sambil menunjukkan bahagian-bahagian tubuh badan dan fungsinya. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, setiap kali guru menunjukkan bahagian tubuh badan, murid-murid akan dapat menyatakan fungsi bahagian badan berkenaan. Ini merupakan gerak balas terhadap pembelajaran lalu.
    Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah rangsangan yang menarik akan dapat menarik minat murid-murid untuk memberikan tumpuan dalam pembelajaran. Pengalaman yang diperoleh merupakan pelaziman yang akan menentukan respon atau tindak balas pada masa akan datang iaitu gerak balas positif terhadap situasi yang memberikan pengalaman yang positif seperti menunjukkan minat terhadap jenis-jenis makanan yang mempunya rasa manis atau pun dapat menyatakan kegunaan anggota badan. Manakala pengalaman negatif merasai makanan pahit dan masam pula akan menyebabkan mereka tidak berminat atau dalam erti kata lain, mereka takut untuk merasai dan memakan makanan sedemikin.

    ReplyDelete
  9. Terdapat beberapa Teori Pelaziman yang biasa digunakan oleh guru. Bagi saya, saya lebih memilih Teori Pelaziman Thorndike. Dalam teori ini,terdapat tiga hukum yang diaplikasikan dalam pembelajaran iaitu:

    Hukum Kesediaan – dengan adanya motivasi atau rangsangan, murid haruslah bersedia untuk belajar agar pembelajaran akan berkesan dan memuaskan. Maka oleh itu, dalam proses pembelajaran, guru haruslah kreatif untuk menarik minat murid terhadap pengajarannya. Contohnya ialah Permulaan atau set induksi sesuatu pengajaran dan pembelajaran haruslah dimulakan dengan sesuatu yang sangat menarik.

    Hukum Latihan – Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika ada latihan, pengulangan serta aktiviti pengukuhan diberikan. Ini bererti untuk memantapkan lagi pemahaman murid pada sesuatu topik yang diajar, guru haruslah memberikan latihan atau tugasan berkaitan dengan sesuatu topik untuk tujuan penilaian

    Hukum Kesan – Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya ada kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Penyampaian isi pelajaran yang baik akan menyebabkan murid berasa seronok untuk belajar. Apabila mereka seronok, ini bermakna mereka dapat mengikuti apa yang telah diajar. Oleh itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah mencari dan kreatif untuk mewujudkan suasana seronok ketika pembelajaran berjalan.

    Dalam Teori Thorndike guru haruslah kreatif dalam memilih teknik pengajaran yang menarik bagi mewujudkan pembelajaran yang seronok.Banyakkan latihan bagi memastikan objektif pengajaran tercapai. Bagi murid yang berjaya mendapat markah atau gred yang baik ganjaran dialu2kan untuk memotivasikan lagi kanak3.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la jawapan kamu. Macam mana kita nak tahu murid dah bersedia untuk belajar sebagaiman yang dimaksudkan dalam Hukum Kesediaan?

      Delete
  10. Assalammualaikun WBT, Puan Rohana.

    Saya memilih untuk menerangkan mengenai teori Pelaziman Klasik oleh Ivan Pavlov (1849 - 1936). Pavlov telah mengemukakan dua hukum iaitu menurut beliau proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Rangsangan merupakan agen persekitaran yang menimbulkan gerak balas. Manakala gerak balas pula ialah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.
    Menurut kajian Pavlov, beliau mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisma. Kajian beliau adalah berasaskan pada “hukum perkaitan” yang diutarakan oleh ahli falsafah Yunani awal iaitu Aristotle. Beliau mengemukakan bahawa, “sesuatu organisma akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisma berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan”.

    Sebagai contoh aktiviti,guru mengajar murid-murid mengenai objek yang timbul dan tenggelam di dalam air. Beberapa objek disediakan seperti bola ping pong, daun kering, span, duit syiling, batu dan gunting. Murid-murid dikehendaki memasukkan objek-objek tersebut di dalam besen berisi air untuk menentukan objek yang timbul dan tenggelam. Murid-murid menyatakan nama objek-objek yang timbul dan tenggelam di dalam air. Daripada aktiviti ini, murid dapat mengkelaskan benda yang timbul dan tenggelam dengan mengasingkan objek tersebut. Murid-murid juga dapat pengalaman bahawa benda yang ringan akan timbul di atas air dan benda yang berat akan tenggelam. Berdasarkan apa yang dipelajari ini, guru perlu menekankan kaitan isi pelajaran tersebut dengan penggunaan pelampung ketika mandi di kolam atau laut bagi mengelakkan mereka tenggelam atau lemas.

    Guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.
    Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta merta juga dapat membantu seorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik tapi saya kurang faham akan kata -kata Aristotle tentang organisma akan teringat ..... macam mana nak kaitkan dengan sains?

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Teori pelaziman klasik merupakan teori – teori yang mengkaji tingkahlaku manusia. Ini adalah kerana tingkah laku manusia boleh diukur dan dilihat. Antara tokoh – tokoh dalam teori pelaziman klasik ialah seperti Ivan P. Pavlov, J. B Watson, Edward L. Thorndike dan B. F Skinner. Tumpuan utama kajian tokoh – tokoh tersebut ialah kajian keatas haiwan seperti anjing dan tikus dan teori pelaziman klasik ini mengutamakan tindakan rangsangan iaitu “stimulus to response” dan pengukuhan iaitu “reinforcement”.
    Secara langsung teori – teori pelaziman klasik memberikan kesan terhadap P&P, terutamanya P&P sains awal kanak – kanak. Apa yang di tekankan oleh teori pelaziman klasik ialah aspek rangsangan dan pengukuhan. Oleh yang demikian teori pelaziman klasik sesuai untuk diaplikasi dalam P&P sains awal kanak – kanak, sebagai contoh, dengan menggunakan rangsangan tak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim. Melalui kajian Watson dan Pavlov, keatas anjing contohnya menekankan peneguhan atau keselesaan kepada responden pada peringkat awal. Seterusnya setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut penghapusan akan dilaksanakan. Dalam P&P sains awal kanak – kanak, gerak balas positif atau perhatian dan penglibatan murid dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Disamping itu pengetahuan sedia ada murid juga berkait rapat untuk memudahkan proses P&P dijalankan. Jika guru mahu mengajar nama – nama haiwan contohnya, guru harus memastikan bahawa murid mengenali haiwan tersebut terlebih dahulu apabila guru menunjukkan gambar kepada murid. Seterusnya guru boleh menunjukkan kad perkataan nama haiwan tersebut berserta dengan gambar. Aktiviti ini diulang beberapa kali hingga murid boleh menyebut perkataan tersebut apabila guru menunjukkan kad perkataan tersebut kepadanya. Selain daripada itu guru juga boleh memberi latihan secukupnya untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dan rangsangan tak terlazim. Peneguhan sekunder juga boleh dilakukan, sebagai contoh guru boleh menggunakan rangsangan baru untuk memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Misalnya, jika sebelum ini guru memberikan pemadam sebagai rangsangan, suatu hari guru boleh memberikan pensel sebagai peneguhan. Teori pelaziman klasik juga mengkaji tingkahlaku responden dalam persekitaran yang telah ditentukan. Oleh itu dalam proses P&P misalnya guru boleh memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan. Ini juga boleh diaplikasi dalam proses P&P, misalnya sains awal kanak – kanak. Melalui aplikasi teori – teori ini juga, guru boleh membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid dan seterusnya membantu guru tersebut merancang dan memilih pendekatan, kaedah atau strategi yang sesuai untuk murid – muridnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan menunjukkan kefahaman kamu yang baik . Cuma saya kurang setuju dengan contoh pemadam dan pensel- rangsangan baru?

      Delete
  13. Konsep penting dalam teori pelaziman klasik ialah ransangan dan gerak balas. Mengikut Ivan Pavlov (1962), setiap rangsangan menimbulkan gerak balas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara ransangan dan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku kerana ada perkaitan antara dua rangsangan dinamakan pelaziman. Guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran kanak-kanak dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan. Untuk pengajaran yang berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif (ransangan terlazim) dengan tugasan pembelajaran (ransangan tak terlazim) demi menghasilkan gerak balas terlazim, melalui aktiviti pembelajaran yang memuaskan. Dalam pengajaran dan pembelajaran awal sains kanak-kanak, contohnya dalam Standard Pembelajaran (ST 3.4.5) Mengecam tempat tinggal haiwan (contoh: kucing-rumah, ayam-reban, itik-kolam, lembu-padang, kerbau-sawah, katak-air dan darat, ikan-air, burung-pokok), terlebih dahulu, kanak-kanak dibimbing menggunakan kemahiran membuat generalisasi dengan tepat dengan memberi contoh yang berkaitan. Bahan seperti kad imbasan amat sesuai digunakan. Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun berminat dengan proses sains dan carta yang mudah. Tahap imaginasi mereka juga amat tinggi dan boleh dizahirkan semula dalam bentuk lukisan atau lakon cara. Seterusnya, bimbing kanak-kanak menggunakan kemahiran untuk membuat diskriminasi. Misalnya mengenal pasti ciri-ciri khusus haiwan dan tempat tinggal haiwan. Berikan juga latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Misalnya, memadankan haiwan dengan tempat tinggalnya. Perlu diingat bahawa kanak-kanak juga perlu diberikan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang diperoleh dengan menggunakan ransangan baru atau ganjaran sebagai ransangan terlazim dalam proses memotivasikan kanak-kanak semasa aktiviti pembelajaran. Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan bagi memastikan pembelajaran yang berkesan.

    ReplyDelete
  14. Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.

    Contohnya, apabila guru memberikan ransangan iaitu 2 benda yang membandingkan berat objek iaitu lebih berat dan lebih ringan (ST2.2.2). Guru menggunakan 2 benda yang berbeza berat dan menerangkan kepada murid konsep berat dan ringan. Selepas guru pasti murid dapat memahami konsep berat dan ringan , guru menunjukkan beberapa benda yang berlainan bentuk dan saiz. Untuk melihat tindak balas/ gerak balas akibat daripada ransangan tadi, murid perlu menunjukkan yang mana benda yang lebih berat dan lebih ringan. Hasil daripada gerak balas tersebut, guru dapat memastikan pembelajaran telah berlaku.

    ReplyDelete
  15. Saya memilih Teori Pelaziman Ivan Pavlov. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu.
    Saya mengambil contoh dalam P&P sains awal kanak-kanak bertemakan Air, teori pelaziman klasik ini boleh diaplikasikan semasa melakukan eksperimen tenggelam timbul. Sebagai rangsangan, guru menunjukkan terlebih dahulu bagaimana murid boleh mengetahui benda-benda yang boleh tenggelam dan timbul melalui tunjuk cara ataupun demo melalui audio visual. Selepas itu, murid melakukan sendiri eksperimen dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru mereka. Apabila mereka dengan mudah mengenalpasti benda-benda yang boleh tenggelam atau timbul di air ketika inilah gerakbalas berlaku. Apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tapi mesti dikaitkan dengan berat dan ringan

      Delete
  16. Ivan Pavlov merupakan tokoh dalam teori pelaziman klasik. Bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran sains awal kanak-kanak, kita hendaklah memastikan rangsangan yang kita gunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mendapat respons daripada murid-murid.

    Contohnya, guru mengajar tentang konsep siang dan malam. Guru boleh menggunakan gambar siang dan malam sebagai simulasi. Guru boleh bertanyakan soalan seperti berikut:
    1) Di dalam gambar malam, apakah benda yang anda akan nampak?
    Contoh jawapan: bintang, langit yang gelap, bulan, burung hantu.
    2) Pada waktu siang, apakah benda yang anda nampak?
    Contoh jawapan: kain jemuran, matahari, langit yang cerah.

    Seterusnya, bagi memastikan murid terlazim dengan rangsangan yang diberikan, guru boleh memberikan aktiviti melekatkan gambar benda pada gambar siang dan malam agar mereka lebih memahami.konsep siang dan malam. Sekiranya murid dapat melekatkan kesemua gambar benda dengan suasana yang betul maka ganjaran atau pujian boleh diberikan bagi menggalakkan mereka untuk.belajar dalamm suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

    Selain daripada itu, guru boleh mengarahkan murid untuk melakonkan rutin mereka pada waktu malam dan siang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pandangan saya sesuatu ynag diharapkan menjadi terlazim dalam kehidupan seseorang adalah lebih baik yang berkaitan dengan tingkah laku /behaviour. Jadi kalau kamu beri contoh yang boleh dibuat selalu dan positif adalah lebih baik seperti ucap minta izin bila meminjam atau tidak keluar berjalan pada waktu malam.

      Delete
    2. Terima kasih Puan di atas nasihat dan pandangan Puan. Tidak pula saya terfikir mengucap sesuatu secara berulang boleh membuatkan murid terlazim. Akan saya pratikkan :)

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Selamat pagi Puan.
    Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing. Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.
    Melalui teori yang dikemukakan oleh Pavlov, aplikasinya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains ialah melalui gerak balas positif dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk memudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan alat radas sains kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan alat dan radas makmal tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataan nama alat dan radas disertakan dengan alat radas tersebut untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan dengan betul apabila ditunjukkan kad perkataan saja kepadanya.
    Guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contohnya, memberikan penyelesaian masalah dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.
    Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran

    ReplyDelete
  20. Selamat petang Puan Rohana..Saya Florena Diris CT10210207.

    Teori pelaziman klasik merupakan rangsangan yang menimbulkan gerak balas. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Pavlov. Ia dinamakan sebagai Teori Pavlov kerana ia telah diperkenalkan oleh seorang tokoh Rusia terkenal iaitu Ivan Pavlov.Menurut (Ee Ah Meng, 1994), rangsangan adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Pembelajaran boleh berlaku dengan adanya kaitan antara rangsangan dan gerak balas. Contohnya, apabila guru mengarahkan murid untuk beratur semasa perhimpunan, maka murid dengan cepat beratur. Daripada situasi tersebut, arahan yang diberikan oleh guru adalah rangsangan. Manakala tindakan beratur adalah tindak balas.Selain daripada itu, Teori Pembelajaran Klasik adalah hasil daripada pengalaman. Contohnya, apabila murid melihat seorang yang berpakaian kemas dan rapi, mereka akan mengandaikan bahawa orang itu bekerja sebagai seorang guru kerana melalui pengalaman mereka, seorang guru itu mestilah berpakaian kemas.

    Teori Pelaziman klasik dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sains awal kanak-kanak melalui eksperimen. Contohnya, eksperimen menentukan pertumbuhan pokok bunga. Murid akan mengandaikan bahawa bunga yang selalu disiram akan tumbuh dengan subur berbanding dengan bunga yang tidak disiram. Ini adalah kerana mereka mempunyai pengalaman melihat ibu mereka menyiram pokok bunga setiap hari.

    Guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contohnya, memberikan penyelesaian masalah sains dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder seperti memberi ganjaran untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi menaikkan semangat murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada suatu hari guru memberikan warna atau pembaris sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup tanpa memberi tekanan kepada murid sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.

    Sumber : http://wadira358.blogspot.com/2010/08/teori-pelaziman-klasik-ivan-pavlov.html

    ReplyDelete
  21. Teori Pelaziman Klasik Teori pelaziman klasik juga dikenali sebagai pelaziman gentian, pelaziman pemindahan, pelaziman bergerak/ responden atau teori pembelajaran melalui pelaziman ini adalah pertama kali dikaji oleh seorang ahli sins Rusia, Ivan P. Pavlov. Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Rangsangan adalah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contoh teori pelaziman klasik Ivan P. Pavlov adalah seperti yang ditunjukkan dalam link di bawah:

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=cP5lCleK-PM

    Seperti dalam simulasi teori pelaziman klasik Pavlov di atas, teori ini dapat diaplikasikan dalam PdP dalam pembelajaran Sains awal kanak-kanak. Rangsangan boleh dikaitkan dengan rangsangan lain untuk menimbulkan gerak balas di kalangan kanak-kanak. Sebagai contoh membuat play doh. Guru memberikan bahan-bahan kepada kanak-kanak. Guru meminta dan menyoal kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah seperti “Apakah yang akan berlaku sekiranya menggunakan terlalu banyak air atau terlalu sedikit air dalam proses menguli dan menukar tepung kepada play doh?”. Ini merupakan rangsangan kepada kanak-kanak. Sifat ingin tahu akan menjurus minat kanak-kanak untuk mencuba dan membuat eksperimen. Ini merupakan gerak balas kanak-kanak terhadap PdP Sains. Seterusnya akan membina pengetahuan dan pengalaman kepada kanak-kanak bahawa penglibatan mereka dalam penerokaan, jumpaan benda dan penyelesaian masalah adalah sesuatu yang menyeronokkan.

    ReplyDelete
  22. Teori pelaziman klasik Ivan Pavlov (1849-1936) lebih menekankan kepada dua hukum iaitu menurut beliau proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Rangsangan merupakan agen persekitaran yang menimbulkan gerak balas manakala gerak balas pula ialah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan dinamakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan dinamakan pelaziman klasik. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya murid-murid diminta untuk memilih satu kad huruf untuk aktiviti “Jalan-jalan ABC”, maka dengan cepatnya murid-murid tersebut akan mencari satu kad huruf yang diarahkan oleh guru kepadanya. Arahan ialah rangsangan manakala tindakan mencari kad huruf ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerak balas.

    Implikasi Teori Ivan Pavlov terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin mengarahkan murid-murid meneruskan perjalanan dan meminta murid-murid memberi perhatian terhadap objek yang bermula dengan huruf B, maka dengan sendirinya, murid-murid tersebut akan cuba dan terus mencuba untuk mencari objek yang berada di sekeliling mereka yang bermula dengan huruf B. Jika kanak-kanak berjaya menemui objek bermula dengan huruf B, minta kanak-kanak tersebut memperkenalkan objek tersebut kepada rakan-rakannya. Implikasi yang seterusnya ialah kaitan antara rangsangan dan gerak balas dapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Di samping itu, dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains mengaitkan objek yang dijumpai dengan mengira berapa banyak objek yang dijumpai bagi setiap huruf (operasi nombor).

    Seterusnya menurut Kamarudin Hj. Husin 1997 menyatakan bahawa faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang diinginkan. Dalam hal ini pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang seterusnya pelajar tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk memperoleh pujian yang diingini. Namun sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberi maka guru perlulah membimbing pelajar tersebut supaya mereka tidak berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-sama memahami tajuk pembelajaran pada ketika itu.

    Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Selain daripada itu, guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan jelas.

    ReplyDelete
  23. Teori pelaziman klasik merupakan rangsangan yang menimbulkan gerak balas. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Pavlov. Ia dinamakan sebagai Teori Pavlov kerana ia telah diperkenalkan oleh seorang tokoh Rusia terkenal iaitu Ivan Pavlov. Selain itu ia juga dikenali sebagai pelaziman gentian, pelaziman pemindahan, pelaziman bergerak/ responden.
    Dalam PNP Sains, kita sebagai seorang guru boleh mewujudkan pelbagai rangsanagn untuk menyediakan murid suasana belajar yang berkesan , sebagai contoh, guru boleh menggunakan ABM yang menarik untuk merangsang sikap ingin tahu murid, dengan itu, secara tidak langsung murid akan memberi perhatian mereka tanpa disuruh.
    Selain daripada itu, murid juga akan dapat belajar dalam suasana yang seronok jika ada rangsangan minda mereka. mereka juga lebih senang mengingat kepada perkara-perkara yang menyeronokkan daripada hanya diajar secara terlalu formal.

    ReplyDelete
  24. Jelaskan secara ringkas bagaimana teori pelaziman klasik dapat diaplikasi dalam P&P sains awal kanak-kanak. (sertakan contoh yang relevan).

    Assalamualaikum Puan Rohana..
    Berdasarkan kepada persoalan di atas saya ingin berkongsi sedikit sebanyak berkenaan apa yang dikatakan dengan teori pelaziman klasik tersebut. Secara ringkasnya, teori ini diperkenalkan oleh Ian Pavlov di mana menurut beliau setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas pula merujuk kepada bentuk tingkah laku yang terhasil daripada rangsangan yang dilakukan.
    Sebagai contoh, dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah di mana seorang guru yang ingin mengajar tentang konsep rasa. Guru memulakan dengan penyediaan bahan-bahan seperti garam,gula dan cuka. Kanak-kanak diminta merasa ketiga-tiga jenis bahan tadi menggunakan lidah mereka sambil dilihat oleh guru. Guru bertanyakan tentang rasa bahan-bahan tersebut sambil menunjukkan serta menyebut kad perkataan yang berkaitan iaitu masin,manis dan masam. Kemudian, kanak-kanak dilatih membaca kad perkataan tersebut. Secara tidak langsung murid akan berlaku rangsangan dan gerak balas dalam mengingati rasa bahan-bahan apabila kanak-kanak ini menyebut kad perkataan yang ditunjukkan. Bahan-bahan yang dirasa dan kad perkataan yang dibaca bertindak sebagai rangsangan dan mengingati rasa bahan-bahan tersebut adalah hasil gerak balas daripada rangsangan tadi. Guru juga boleh mengukuhkan kefahaman kanak-kanak tadi dengan memberikan contoh gambar mewakili setiap rasa yang dipelajari tadi seperti aiskrim mewakili rasa manis, mangga mewakili rasa masam dan garam mewakili rasa masin. Jika kanak-kanak dapat menunjukkan gambar yang betul mengikut jenis rasa yang disebut oleh guru maka menunjukkan bahawa berlakunya rangsangan dan gerak balas iaitu mengingati rasa bahan dan menunjukkan gambar bahan yang betul.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Jelaskan secara ringkas bagaimana Teori Pelaziman Klasik dapat diaplikasi dalam P d P Sains Awal kanak – Kanak. Sertakan contoh yang relevan.

    Menurut Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov (1849 – 1936), setiap ransangan yang berlaku melibatkan gerak balas. Gerak balas bermaksud sebarang tingkahlaku yang timbul akibat daripada ransangan yang dilakukan. Manakala ransangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.

    Pembelajaran boleh berlaku akibat daripada kaitan diantara ransangan dengan gerak balas, manakala ransangan juga boleh dikaitkan dengan satu ransangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan dua ransangan dinamakan Pelaziman Klasik.

    Sebagai contoh, dalam proses pengajaran sains kanak – kanak dimana guru ingin menerapkan konsep Haiwan pemakan daging ( Karnivor) dan haiwan pemakan tumbuh – tumbuhan ( Herbivor). Secara Generalisasi, guru akan mempamerkan beberapa jenis haiwan pemakan daging dan tumbuh – tumbuhan kepada kanak – kanak menggunakan Kad Imbasan (Flash Cards). Haiwan yang digunakan sebagai contoh adalah lebih kepada yang jenis haiwan mudah dikenali oleh kanak – kanak(Pengetahuan sedia ada) misalnya harimau, singa, lembu, kambing, kuda. Selain daripada itu pengunaan audio untuk memberi peluang kepada kanak – kanak untuk mengetahui bunyi haiwan yang dipamerkan kepada mereka.

    Guru seterusnya akan melakukan Diskriminasi dengan memastikan kanak – kanak tahu cara untuk mengenal pasti ciri – ciri fizikal haiwan pemakan daging (Karnivor) dan haiwan pemakan tumbuh – tumbuhan (Herbivor). Guru kemudiannya akan mempamerkan beberapa contoh ciri – ciri fizikal yang mudah kepada kanak – kanak bagi menentukan sifat fizikal haiwan Karnivor – Pemakan daging dan haiwan Herbivor – Pemakan tumbuh – tumbuhan. Misalnya, mempunyai taring, mempunyai cakar tajam – Karnivor , tidak mempunyai taring, tidak mempunyai cakar yang tajam – Herbivor.

    Seterusnya lembaran kerja akan diedarkan kepada semua kanak – kanak dan mereka akan membuat lembaran kerja berkenaan secara individu dan jika mereka masih tidak boleh memberikan jawapan yang betul, maka guru akan membimbing mereka bagi mendapatkan jawapan yang betul. Contoh lembaran kerja yang boleh digunakan ialah dengan memadankan haiwan dengan jenis makanan yang sesuai. Selain daripada itu guru perlulah menyediakan aktiviti – aktiviti atau lembaran kerja yang boleh meransang serta mengukuhkan topic pembelajaran yang diajar dan guru perlulah lebih peka dan kreatif bagi memastikan suasana pembelajaran adalah menyeronokkan dan tidak membosankan.

    ReplyDelete
  27. Salam sejahtera kepada Puan Rohana,
    Secara ringkas, teori pelaziman klasik merupakan satu gerak balas yang timbul akibat daripada rangsangan yang diberikan. Dari sudut pembelajaran, guru memberikan atau menyediakan rangsangan -rangsangan yang berbeza dan dengan adanya rangsangan-rangsangan ini, murid akan menunjukkan gerak balas yang setimpal dengan rangsangan yang diberikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran Sains awal kanak-kanak, teori ini boleh diaplikasikan dalam (ST 5.1) Meneroka fenomena alam yang biasa dijumpai seperti cuaca, pelangi dan bayang-bayang. Isi pembelajaran adalah berkaitan dengan hujan. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti menyanyi dan melakonkan situasi. Guru boleh menggunakan lagu yang berkaitan dengan hujan dan menerangkan kepada murid bahawa hujan biasanya didahului dan diiringi dengan bunyi guruh. Setelah murid menyanyi lagu, guru boleh membimbing murid untuk melakonkan situasi hujan. Alat-alat bantu seperti payung dan baju hujan dan rakaman bunyi guruh dan hujan boleh digunakan sepanjang aktiviti berlakon. Melalui aktiviti ini, murid-murid secara lazimnya akan menjangkakan hujan akan turun apabila mendengar bunyi guruh dan payung atau baju hujan perlu digunakan untuk mengelakkan diri daripada basah. Rangsangan yang digunakan dalam pembelajaran ini ialah ransangan bunyi (guruh = hujan) dan simbol (hujan = baju hujan / payung). Teori Pelaziman Klasik yang telah digunakan adalah berasakan teori Pavlov.

    ReplyDelete
  28. Dalam Teori Pelaziman Operan, menurut E.L Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iaitu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf di antara situasi dengan gerak balas. Hukum asas pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau jika dipatuhi, menyebabkan pembelajaran menjadi mudah dan berkesan.

    Dunia kanak-kanak adalah bermain dan 'permainan air' merupakan suatu yang amat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Jika guru menggunakan 'permainan air' sebagai aktiviti P&P, murid akan teruja untuk melaksanakannya (Hukum Kesediaan). Aktiviti yang terancang melalui kaedah ini membolehkan kanak-kanak meneroka beberapa konsep yang berkaitan dengan air. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan eksperimen dengan menggunakan bahan-bahan dan peralatan seperti bekas-bekas daripada pelbagai bentuk dan saiz, bahan-bahan yang dapat tenggelam atau timbul, bahan yang larut dalam air, melihat kesan pewarna, membuat buih sabun dan membuat pelbagai bentuk daripada buih sabun. Aktiviti 'permainan air' seperti di atas biasanya akan dilakukan berulang-ulang oleh kanak-kanak (Hukum Latihan), malah kanak-kanak akan mencubanya sendiri di rumah sebagai aktiviti pengukuhan. Hal ini akan menimbulkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas di mana pengukuhan terhasil daripada tindak balas yang menyeronokkan (Hukum Kesan).

    Banyak lagi contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan di peringkat prasekolah jika guru ingin melaksanakan P&P sains awal kanak-kanak, antaranya aktiviti 'permainan pasir', bahan-bahan sentuhan, aktiviti pendengaran menggunakan media elektronik dan aktiviti berkaitan manik-manik berwarna. Aktiviti yang dicadangkan semuanya berdasarkan Teori Pelaziman Klasik dan jika perancangan teliti serta pelaksanaan yang teratur, 'aktiviti permainan' akan menjadi satu sesi P&P yang menyeronokkan dan berkesan serta memberi impak yang besar dalam diri kanak-kanak.

    ReplyDelete
  29. Pada kanak-kanak, Sains adalah perkara yang mereka hairan, rasa takjub, serta ingin tahu dan terokai. Ia juga adalah sesuatu yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah (Brewer, 1995). Mengikut Teori Pelaziman Klasik Pavlo, pembelajaran asas melibatkan ransangan dan gerakbalas.
    Salah satu aktiviti Sains yang boleh dikaitkan dalam teori ini terdapat dalam (ST 2.3.2) Membanding dan mengasingkan makanan mengikut rasa(manis, masam, masin). Dalam aktiviti ini, guru akan menggunakan bahan maujud seperti masam (manga, sos tomato, epal ijau), manis (kek, gula, sirap), masin (kicap, keropok ikan, garam). Setiap murid akan diberi peluang untuk merasa dan mengenal rasa masam, masin dan manis. Selepas itu, guru akan menguji murid dengan menutup mata murid menggunakan kain dan memberi rasa makanan yang berlainan. Murid perlu menyatakan jenis rasa makanan yang mereka rasa dalam keadaan mata tertutup. Selepas itu, murid akan mengasingkan makanan yang disediakan mengikut jenis rasa yang betul.
    Dalam aktiviti ini, ransangan yang digunakan ialah makanan dan tindakbalas pula murid dapat menyatakan jenis rasa makanan dan menyusun makanan mengikut jenis rasa yang betul. Aktiviti ini dapat memberi pengalaman sebenar pada murid tentang jenis rasa yang terdapat dalam makanan dan mengenal jenis rasa tersebut.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. CT10210820
    Teori Pelaziman Klasik dikaitkan dengan seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan dan akhirnya menemui Teori Pelaziman Klasik.

    Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat ransangan. Ransangan adalah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya apabila anda duduk di atas kerusi dalam bilik doktor gigi, anda menggetar ketakutan walaupun ubat bius dapat menghilangkan kesakitan anda. Ini disebabkan anda mengaitkan kerusi tersebut dengan pengalaman sakit dalam peristiwa cabut gigi sebelum ini. Pembelajaran yang mengaitkan kerusi doktor gigi dengan kesakitan dikenali sebagai "pelaziman klasik".


    Contohnya dimana guru melaksanakan eksperimen aiskrim goyang dengan murid.Apabila murid mendengar tajuk pelajaran yang menarik dan ini merupakan ransangan awal dimana murid mulai ingin tahu dan bagaimana melakukan eksperimen agar mendapat aiskirm goyang . Adalah penting jikalau guru ingin menerangkan fakta atau istilah sains kepada murid melalui eksperimen agar murid memahami konsep sains dengan berkesan.

    Langkah-langkah :
    1. Tuangkan susu dalam zip plastic yang kecil. Pastikan seal betul-betul supaya tidak tumpah.
    2. Masukkan ais kedalam zip palstik yang besar sebanyak ½ plastic dan masukkan garam diatas ais tersebut sebanyak separuh dari jumlah garam tersebut.
    3.Letakkan zip plastic yang kecil dan yang berisi air susu tadi. Tambahkan ais sehingga ¾ penuh zip palstik tadi dan masukkan kesemua baki garam tadi kedaam zip plastic yang besar dan sela kannya. Pastikan seal dengan baik.
    4. Balutkan dengan suratkhabar dan lekatkannya supaya bungkusan itu nampak benar-benar padat.
    5. Balutkan dengan tuala dan bentukkan seperti pembalut gula-gula.
    6.Sekarang masanya untuk mengoyang .Guru menyuruh murid-murid mengoyangkannya selama 10 ke 15 minit.
    7.Murid akan membuka dan melihat hasilnya.

    Murid akan membezakan cecair dan pepejal secara langsung melalui eksperimen ini. Dengan mempunyai ransangan dari aktiviti yang dijalankan bersama guru, murid menghasilkan gerak balas terhadap pemebelajaran mereka . Adalah penting bagi guru memberi peneguhan kepada murid sentiasa bersemangat belajar pendidikan sains awal kanak-kanak dalam bentuk pujian ,galakan dan bersama-sama menikmati hasil mereka juga merupakan peneguhan yang kuat serta mendorong kanak-kanak mencuba eksperimen tersebut.

    Pembelajaran boleh berlaku akibat daripada kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran.

    ReplyDelete
  32. Teori pelaziman klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov dan J.B Watson menekankan pembelajaran melalui perhubungan ransangan dengan gerak balas.
    Menurut teori Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan yang dilakukan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994).
    Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.
    Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid dengan cepat akan berdiri. Jadi, daripada situasi tersebut, arahan yang diberikan oleh guru ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas.
    Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
    Pelaziman klasik ini juga mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).
    Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing. Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p),alat/bahan bantu merupakan salah satu ransangan yang sering digunakann oleh guru. alat seperti kad bergambar, doh , alat permainan dan sebagainya. Dengan menggunakan alat/bahan bantu ini satu gerak balas akan dapat dihasilkan. contohnya dalam subjek sains awal kanak-kanak,mengenal bentuk dan warna, kanak-kanak akan menjalankan eksperiment mencampur warna. ransangan yang diberikan ialah warna-warna asas merah, biru dan kuning. dengan menggunakan warna -warna ini kanak-kanak akan menghasilkan warna-warna yang baru melalui aktiviti pencampuran warna. ini sejajar dengan teori perlaziman klasik yang menyatakan sesuatu gerak balas berlaku bukan dari inisiatif sendiri tetapi bergantung kepada ransangan/stimulasi kerana ianya bersifat pasif.

    ReplyDelete
  33. Pengenalan.
    Ivan P.Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik. Bahan uji kaji beliau adalah seekor anjing. Beliau membunyikan loceng dan memerhatikan gerak balas anjing. Menurutnya, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas pula ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul kesan dari ransangan. Kata kunci teori beliau ialah pembelajaran melalui perkaitan. Iaitu perkaitan antara ransangan dan gerak balas. Pembelajaran daripada perkaitan dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik. Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov iaitu : Pembelajaran semula, generalisasi, diskriminasi dan penghapusan.
    Implikasi Teori Pavlov ke atas pengajaran dan pembelajaran.
    Kaitan antara ransangan dengan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara ransangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap ransangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, pembiasaan atau pengalaman. Justeru itu pelajar mesti dilibatkan dalam proses pengajaran. Generalisasi boleh berlaku semasa proses pembelajaran. Penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan atau diberhentikan. Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapatmembantu pelajarnya mendiskriminasikan jenis ransangan yang perlu diberikan tumpuan. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru itu meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

    ReplyDelete
  34. Teori tingkah laku behaviorisme yang dipelopori oleh ahli-ahli psikologi behavioral seperti John B. Watson dan Ivan Pavlov merupakan teori pembelajaran yang mengaitkan pembelajaran dengan perubahan tingkah laku . Melalui teori ini, tokoh-tokoh ini berpendapat bahawa tingkah laku adalah hasil daripada interaksi antara baka dan persekitran dan boleh diperhatikan, dikawal serta diramal melalui penggunaan konsep peneguhan dan jadual peneguhan. Mereka juga menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru dan teori pembelajaran ini disebut sebagai Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik.

    Menurut Pavlov (1894), setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas. Perkaitan antara ransangan dan gerakbalas akan mewujudkan proses pembelajaran. Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas. Gerakbalas ialah tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan. Rangsangan pula ialah tenaga yang menimbulkan gerakbalas.
    Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengankat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangan . Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

    Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.

    ReplyDelete
  35. Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936).Pavlov menyatakan bahawa setiap rangsangan yang diterima akan menimbulkan suatu gerak balas. Dalam konteks pendidikan sains terhadap kanak-kanak, sesuatu rangsangan yang positif yang mana akan menrik minat kanak-kanak untuk belajar akan merangsang tindak balas positif mereka terhadap pelajaran dan juga guru. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Teori pelaziman klasik lebih cenderung kepada rangsangan dan gerakbalas. Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan. Oleh itu dalam pembelajaran sains kanak-kanak, contoh aktiviti yang boleh dibuat ialah guru meminta murid mencelupkan sedikit jari mereka ke dalam bekas yang berisi sedikit air panas. Apa yang berlaku ialah, murid akan menarik jari mereka dengan cepat kerana terasa panas. Ini menunjukkan ada rangsangan dan gerakbalas dari murid tersebut.

    ReplyDelete
  38. Dalam aktiviti tersebut, air panas tersebut dalam kuantiti yang sedikit sekadar boleh merasa kepanasannya. Aktiviti ini juga mesti dalam pantauan dan kawalan guru.

    ReplyDelete
  39. CT 10210082 Encik Arizal Yusoff
    Soalan 1
    Ivan P.Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik. Bahan uji kaji beliau adalah seekor anjing. Beliau membunyikan loceng dan memerhatikan gerak balas anjing. Menurutnya, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas pula ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul kesan dari ransangan
    Menurut Pavlov (1894), setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas. Perkaitan antara ransangan dan gerakbalas akan mewujudkan proses pembelajaran. Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas. Gerakbalas ialah tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan. Rangsangan pula ialah tenaga yang menimbulkan gerakbalas.
    Dalam menyediakan P&P bagi Sains awal kanak-kanak, guru perlu menyediakan pembelajaran yakni aktiviti yang bukan sahaja mampu menarik minat kanak-kanak, malah mampu membina pengetahuan yang kukuh dalam diri kanak-kanak serta mengubah tingkah laku mereka kepada lebih positif selepas sesuatu pembelajaran di dalam kelas atau dengan kata lain, meningkatkan disiplin kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete
  40. Dalam teori pelaziman klasik, bembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik. Contohnya dalam p&p matematik. Seseorang kanak-kanak itu boleh melakukan operasi tambah dan tolak dengan mudah sekiranya guru membantu kanak-kanak itu membuat latihan yang kerap. Guru juga boleh memberikan murid ransangan seperti ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat memberikan jawapan yang betul agar mereka lebih bersemangat untuk memcuba untuk menjawab dengan betul lagi.

    ReplyDelete
  41. Jelaskan secara ringkas bagaimana teori pelaziman klasik dapat diaplikasi dalam P&P sains awal kanak-kanak. (sertakan contoh yang relevan).

    Menurut Watson (1978-1958), tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. selain tingkah laku, Watson turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau berpendapat bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperolehi atau dihapuskan melalui pelaziman. Selain itu dua prinsip yang diperkenalkan oleh beliau iaitu prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan tersebut. Prinsip kebaruan pula menegaskan semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas terhadap rangsangan itu.

    Bagi pengajaran P&P Sains Awal Kanak-Kanak, saya memberi contoh murid diperkenalkan tentang tumbuh-tumbuhan berbunga. Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori pelaziman klasik dengan menggunakan aktiviti menanam bunga, memberikan pengalaman baru kepada murid untuk menyaksikan sendiri biji benih bertukar menjadi batang, daun dan bunga. Selepas itu, guru memberikan beji benih bunga yang baru dan meminta murid mengulangi proses menanam bunga yang telah dipelajari. Prinsip kebaruan dapat dilaksanakan apabila murid dapat melalui semula eksperiman yang telah dilakukan dan pastinya indeks kefahaman terhadap topik tersebut akan turut meningkat.

    ReplyDelete
  42. Teori Pelaziman Klasik dikaitkan dengan seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Beliau menjalankan eksperimennya dengan menggunakan seekor anjing. Pavlov telah mendapati bahawa rembesan air liur anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya. Fenomena rembesan air liur adalah sesuatu jenis gerak balas yang tidak perlu dipelajari yang dinamakan gerak balas tak terlazim. Tetapi fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari yang di panggil gerak balas terlazim. Manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai rangsangan terlazim. Bagi mengesahkan fenomena tersebut, Pavlov menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai ransangan terlazim. Hasilnya mendapati bahawa, anjing akan melelehkan air liurnya apabila loceng dibunyikan.
    Dalam mengajar kanak-kanak sains awal, seorang guru perlu menimbulkan minat kanak-kanak terhadap subjek ini. Minat ini perlu dipupuk agar mereka bersedia untuk belajar lebih banyak mengenai sains. Jika dikaitkan dengan teori Pavlov, guru boleh mewujudkan rangsangan dengan menyediakan persekitaran yang memberangsangkan, aktiviti yang menarik yang dapat manarik minat kanak-kanak. Dengan kaedah drilling, guru ditambah pula dengan persekitaran dan aktiviti yang menarik, kanak-kanak akan sentiasa bermotivasi untuk belajar sains.

    ReplyDelete
  43. Pelaziman klasik yang diketengahkan oleh Pavlov mengaitkan tentang rangsangan yang diberi terhadap sesuatu kelakuan yang berulangan sehingga menjadi kebiasaan. Beliau menjadikan seekor anjing sebagai bahan ujikajinya sehingga anjing tersebut memahami sekiranya loceng dibunyikan, maka waktu makan sudah tiba. Dalam bidang perguruan, pelaziman klasik ini dikaitkan dengan gerak balas murid terhadap pengajaran guru. Contohnya, murid-murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberi pujian dengan tujuan memberi galakan, akan mengulangi perbuatan yang sama, iaitu mencuba soalan dengan betul. Perkara yang sama juga menyebabkan murid menghentikan perbuatannya, iaitu sekiranya murid diberi dendaan atau hukuman atas perbuatannya.

    ReplyDelete
  44. Teori pelaziman klasik merupakan rangsangan yang menimbulkan gerak balas. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Pavlov. Ia dinamakan sebagai Teori Pavlov kerana ia telah diperkenalkan oleh seorang tokoh Rusia terkenal iaitu Ivan Pavlov. Teori beliau adalah bagaimana seseorang individu itu belajar dan menguasai tingkah laku. Teori beliau ialah berasaskan tingkah laku eksplisit iaitu perlakuan di mana boleh melihat apa yang berlaku yang ditunjukkan oleh seseorang individu.
    Teori pelaziman klasik ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sain Awal Kanak-kanak adalah melalui penyelesaian masalah secara berulang sehinggalah kanak-kanak dapat memahami pembelajaran tersebut. Disamping itu, guru juga perlulah memberikan peneguhan yang positif kepada kanak-kanak supaya tahap keyakinan mereka untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti di dalam kelas oleh guru. Rangsangan positif juga perlu bagi membolehkan mereka bergiat dengan lebih aktif dalam aktiviti p&p guru di dalam kelas.

    ReplyDelete
  45. Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada 4 iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L.Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner.
    Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat ransangan. Ransangan adalah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.
    Watson dan Rayner pula telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia boleh dilazimkan secara pelaziman klasik.

    Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contohnya, apabila guru memberi pujian dan rangsangan setiap kali murid mendapat hasil yang baik , maka gerak balas itu dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Sebagai contoh, sekiranya pelajar mendapat galakan untuk belajar subjek Sains dengan tekun, maka sudah pasti pelajar akan berusaha dengan lebih gigih untuk mengekalkan pujian dan rangsangan itu.

    Prinsip Pavlov : Tindak balas yang diulang-ulang akan menjadi kebiasaan dan amalan.
    Contohnya : Guru mengamalkan tabiat berkemas secara spontan apabila mendengar lagu sebagai isyarat untuk bersedia mengikuti subjek seterusnya, murid pula akan ada perubahan tingkahlaku apabila mendengar sahaja lagu mereka akan berkemas. Bunyi lagu merupakan ransangan.

    Prinsip Thorndike : Mencuba berkali-kali sehingga akhirnya mencapai matlamat yang diingini.
    Contohnya : Murid diberi peluang melakukan aktiviti berkali-kali sehingga dia berjaya mendapat hasil yang diinginkan. Selain daripada dapat meningkatkan sesuatu kemahiran oleh pelajar tersebut, pelajar juga dapat dibentuk untuk menunjukkan sikap inisiatif, tekun dan tidak berputus asa.

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  48. Terdapat tokoh yang mengutarakan pendapat berkaitan Pelaziman Klasik iaitu Ivan Pavlov dan J.B Watson. Kedua-duanya berpendapat bahawa sesuatu bentuk pembelajaran berkaitan dengan suatu rangsangan dan tindakbalas atau gerakbalas. Mengikut Pavlov, proses generalisasi, diskriminasi dan penghapusan berlaku sepanjang proses kajiannya melatih anjing mengeluarkan air liur. Watson turut menggunakan haiwan dalam melaksanakan kajiannya iaitu seekor tikus putih bersama bayi yang masih kecil. Bunyian kuat dari tikus tersebut menyebabkan bayi tersebut yang selesa dan tidak takut, berubah menjadi takut kepada objek yang berwarna putih dan berbulu. Impak ini terjadi selepas beberapa siri pengulangan. Watson memperkenalkan prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan.
    Teori-teori ini boleh diaplikasikan dalam P&P Sains awal kanak bagi memastikan pembelajaran mudah difahami dan kekal dalam pengetahuan kanak-kanak tersebut. Watson berpendapat perlunya prinsip kekerapan bagi mengekalkan tindakbalas serupa bagi persoalan yang diajukan. Ianya sebagai suatu rutin pagi apabila seorang guru bertanya tentang keadaan atau cuaca pada hari ini, semalam, atau tentang tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan yang mati dan lain-lain.
    Guru boleh menyediakan suatu bentuk permainan yang boleh menjana minda kanak-kanak untuk membuat generalisasi, diskriminasi dan penghapusan secara berperingkat. Kanak-kanak akan bermain mengumpulkan objek dan mengapungkannya di dalam besen berisi air. Guru akan menerangkan tentang konsep benda yang ringan akan terapung dan objek yang berat selalunya akan tenggelam. Proses pembelajaran berlaku apabila kanak-kanak melihat objek yang dimasukkan akan terapung atau tenggelam dan menyatakan pendapat tentang ketumpatan atau berat atau ringan objek tersebut. aktiviti seperti ini perlu diadakan secara amali iaitu murid merasakan sendiri (dengan sentuhan) objek yang ringan, berat, kasar, halus, sejuk atau panas. Jika dilaksanakan secara Chalk and Talk, maka sesuatu pembelajaran kurang berkesan dan tidak menarik. Dan ini akan mengakibatkan proses penghapusan terjadi. Pujian atau ganjaran diberikan bagi menimbulkan sesuatu rangsangan yang akan memotivasikan kanak-kanak untuk bergiat secara aktif dan berdisiplin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika murid yang bermain air, guru patut menegur dan jika berlanjutan, murid tersebut boleh didenda samada tidak dibenarkan bermain bersama rakan atau sebagainya. Proses penghapusan masalah disiplin berlaku apabila murid tidak lagi bermain air apabila di benarkan bermain bersama rakan.

      Delete
  49. Selamat sejahtera.
    Pavlov berpendapat pembelajaran berlaku akibat kaitan antara ransangan dengan gerak balas.
    Contoh aktiviti:
    Murid diberikan ganjaran selepas melakukan aktiviti. Tetapi ganjaran hanya diberikan kepada aktiviti yang berjaya. Sekiranya murid tidak berjaya melakukan aktiviti, ransangan lain seperti teguran membina boleh diberikan kepada mereka untuk terus mencuba.
    Ganjaran daripada guru akan memberikan motivasi kepada murid untuk sentiasa berjaya. Ransangan yang berulang akan memberikan peneguhan kepada murid dan mereka akan sentiasa bersedia untuk aktiviti yang seterusnya.

    ReplyDelete
  50. salam sejahtera Pn. Rohana...

    mengikut teori Pavlov, setiap ransangan akan berlakunya gerakbalas. gerakbalas bermaksud apa sahaja tingkahlaku yang timbul akibat daripada ransangan yang dilakukan. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
    contoh aktiviti..
    guru menyediakan hadiah sebelum memberikan soalan kepada murid. apabila murid mengetahui aktiviti mereka disediakan hadiah,murid akan bersungguh-sungguh cuba menjawabnya. mereka semua akan teransang untuk mengikuti aktiviti itu dengan aktif.murid dalam golongan aras rendah akan cuba untuk mempertingkatkan pengetahuan mereka.

    ReplyDelete
  51. Selamat pagi Pn. Rohana,

    Teori Pelaziman Klasik dipelopori oleh Ivan Pavlov dan J.B. Watson. Mengikut teori Pavlov, pembelajaran boleh berlaku akibat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku di antara perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

    Pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), mengatakan bahawa pelaziman klasik merupakan satu bentuk pembelajaran perkaitan melibatkan rangsangan neutral berkait dengan rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa.

    Contoh aktiviti :
    Guru membawa hadiah atau sebarang objek yang menarik untuk diperlihatkan atau diberikan kepada murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hadiah tersebut boleh diletakkan ke dalam kotak yang menarik untuk menarik minat dan menimbulkan perasaan ingin tahu kepada kanak-kanak. Guru boleh memberitahu kanak-kanak bahawa terdapat hadiah misteri di dalam kotak tersebut, dan sesiapa yang berjaya melakukan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas,berkelakuan baik dan bekerjasama, akan diberikan hadiah misteri tersebut. Dengan cara ini, kanak-kanak berminat dan bermotivasi untuk mengikuti aktiviti di dalam bilik darjah.

    ReplyDelete
  52. salam. Teori Pelaziman Klasik Watson adalah berdasarkan seorang bayi 9 bulan dan seekor tikus. Tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik.
    Apa yang ditekankan oleh teori ini adalah semakin baru respons seseorang terhadap sesuatu rangsangan semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons terhadap rangsangan itu.
    Contohnya, apabila seseorang guru menggunakan aktiviti pengajaran yang menarik maka murid murid pun akan minat akan subjek yang diajar oleh guru tersebut.

    ReplyDelete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Ivan Pavlov , terdapat beberapa konsep yang diambil kira iaitu:-
    a) Penguasaan:
    Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan. Contohnya, guru memberi latihan dalam tajuk atau kemahiran yang sama berulang kali membolehkan murid menguasai tajuk atau kemahiran tersebut.

    b) Generalisasi:
    Generalisasi bermaksud ransangan yang sama akan menghasilkan tindakbalas yang sama. Misalnya, Abu menjadi risau setiap kali sains akan diadakan. Abu juga menjadi risau setiap kali ujian matematik akan diadakan kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam sains telah digeneralisasikan ke dalam matematik.

    ReplyDelete
  55. Menurut teori Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan yang dilakukan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
    Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berbaris, maka murid dengan cepat akan berbaris. Jadi, daripada situasi tersebut, arahan yang diberikan oleh guru ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas.
    Pelaziman klasik ini juga mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).

    ReplyDelete