Monday 4 March 2013

TUGASAN INDIVIDU (30%)



PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KOHORT 1
SEMESTER II SESI 2012 / 2013
(SEKOLAH RENDAH)

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN
_________________________________________________________________________

KOD KURSUS                                      :  TU 30103           
TAJUK KURSUS                                 :   SAINS AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER                                          :  SEMETER II SESI 2012 / 2013
_________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1.      Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan Individu dan SATU (1) soalan Kumpulan.

2.      Jawab  dalam  Bahasa Melayu sahaja

3.      Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4.  Tugasan anda hendaklah antara 1500 hingga 2000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda.

5.      Anda dikehendaki menghantar tugasan secara hard copy. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6.      Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dan tandatangan borang penyerahan

7.      Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada pertemuan bersemuka.keempat.

8.      Tugasan hendaklah disiapkan secara individu Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.



 

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION
 

SOALAN / QUESTION
Soalan Individu

Pendidikan sains awal, menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan murid-murid memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan kreativiti dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains awal kanak-kanak.

Berdasarkan pernyataan di atas pilih satu kaedah dan huraikan secara terperinci bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran sains awal kanak-kanak dapat diajarkan dengan berkesan dan seterusnya berupaya mencungkil bakat dan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak di sekolah anda.

[ 30markah ]
 * TUGASAN KUMPULAN SEDANG DALAM PROSES PERBINCANGAN

4 comments:

  1. Salam sejahtera puan,

    Dimana harus menghantar tugasan individu ini kalau hujung minggu ( serahan bukan melalui pos) dan bagaiamana dengan borang penghantaran tugasan , dimana boleh diperolehi?

    ReplyDelete
  2. Salam 1Malaysia puan.
    Kalau penghantaran tugasan individu 'by hand', dimanakah lokasi penghantaran yg perlu dituju.??Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. hantar by hand kena contact saya.Tak perlu borang. Di perjumpaan kelima nanti kamu t/tgn pengesahan penghantaran tugasan

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera puan, oleh kerana saya dengan John mengajar di sekolah yang sama, kami telah hantar tugasan individu kami melalui ABX pada 10.4.2013 yang lepas. Diharapkan tugasan kami itu sudah sampai dengan selamat ke tangan puan.. sekian..

    ReplyDelete