Saturday 13 April 2013

Soalan 2

Saya sudah baca jawapan cikgu-cikgu. Sorry ya tak dapat respon untuk setiap seorang. Kesemuanya telah memberi jawapan beserta contoh yang baik. So soalan seterusnya.....
Soalan 2
Pilih satu kemahiran proses sains dan berikan satu tajuk sains awal yang relevan untuk mengajar berdasarkan kemahiran tersebut. Jangan jawab terlalu panjang cukup sekadar contoh sahaja. Nanti ada lagi soalan lain yang akan menyusul

85 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum WBT Puan Rohana.
    Saya memilih satu kemahiran proses sains iaitu mengelas. Mengelas boleh didefinisikan sebagai pengumpulan objek dengan ciri sepunya yang boleh diperhatikan ke dalam kumpulan yang sama.
    Semasa menggunakan kemahiran mengelas murid perlu :
    1-Mengesan persamaan dan perbezaan yang dapat dilihat.
    2-Mengumpul sesuatu berdasarkan ciri-ciri sepunya.
    3-Menghuraikan cara pengkelasan yang digunakan.
    4-Mengumpul menggunakan pelbagai cara berdasarkan kriteria berbeza.

    Tajuk yang sesuai digunakan untuk mengajar menggunakan kemahiran ini ialah Tumbuh-tumbuhan. Guru menunjukkan beberapa jenis bunga yang mempunyai ciri yang berbeza. Setelah menerangkan nama-nama bunga tersebut, guru mengarahkan murid-murid untuk mengelaskan bunga mengikut saiz dan warna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan ok tapi sertakan juga kemahiran yang diperolehi daripada p&p tersebut

      Delete
  3. Selamat petang Puan Rohana,

    saya memilih kaedah simulasi untuk mengajar murid membuat ramalan. Langkah-langkah pengajaran ialah murid diberikan sebiji botol mineral ukuran 1 liter, kemudian murid akan diarahkan untuk mengisi pasir, kulit-kulit kerang, kulit siput dan tapak sulaiman. selepas itu, kanak-kanak diarah untuk mengisikan sedikit air ke dalam botol tersebut, kemudian botol itu akan ditutup ketat. Murid akan diarah untuk mengoncangkan botol tersebut dan melihat pergerakan pasir: simulasi ini adalah untuk melihat air pasang dan air surut di tepi pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa tajuk kamu lebih sesuai menggunakan kaedah eksperimen daripada simulasi

      Delete
  4. Kemahiran Sains yang saya pilih adalah Kemahiran Meramal,ia didefinisikan sebagai: Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan sedia ada melalui pengalaman atau berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada pemerhatian atau inferens.Kita menggunakan kemahiran meramal apabila kita menggunakan maklumat semasa dan yang telah lepas untuk menjangka apa yang mendatang. Kemahiran meramal adalah merupakan salah satu daripada kemahiran proses Sains yang penting dan perlu diterapkan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini perlu diketahui oleh guru agar dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk melahirkan idea dan pendapat sendiri dengan dipandu oleh guru. Kemahiran meramal ini juga akan dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi melahirkan idea dan pendapat.Konsep pengajaran Kemahiran Meramal kepada murid-murid adalah untuk memberikan peluang kepada mereka melahirkan idea dan pendapat sendiri melalui pemikiran secara kreatif dan kritis. Di samping itu, murid-murid juga diajar untuk membuat rumusan atau kesimpulan hasil daripada perbincangan atau dapatan yang diperolehi.
    Contoh aktiviti Sains Prasekolah yang melibatkan kemahiran meramal adalah seperti, membuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman lepas.Contoh aktiviti:
    1-Objek mana yang akan tenggelam dan timbul.
    2-Bola mana yang akan menurun cerun dengan lebih cepat.
    3- Apa akan jadi kalau bola dilontarkan ke atas.
    4- Apa akan berlaku jika awan mendung?
    Dengan melakukan aktiviti seperti ini, murid-murid akan menggunakan Kemahiran Meramal mereka dengan berdasarkan logik dan juga pengalaman mereka yang lepas.
    http://bustamkamri.blogspot.com/2012/06/apakah-itu-sains-pada-kanak-kanak.html
    http://psasir.upm.edu.my/330/
    http://zulinasenoi.blogspot.com/2012/11/sains-dan-teknologi-prasekolah.html
    http://kemahiran-sains.blogspot.com/2011/04/kemahiran-sains.html

    ReplyDelete
  5. Saya memilih kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran sains awal kanak-kanak. Cth aktiviti yang dilakukan ialah membuat eksperimen percambahan kacang hijau. Berikut adalah langkah2nya:

    LANGKAH 1:
    Guru mencetuskansatu masalah iaitu: Bagaimanakah mahu membuatkan buah kacang hijau bercambah.

    LANGKAH 2:
    Guru membimbing murid untuk membuat eksperimen yang dijalankan selama 9 hari dan membimbing murid untuk mengumpul maklumat.

    LANGKAH 3:
    Guru akan mengajak murid menjawab soalan tentang hasil dapatan mereka selepas 9 hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berpendapat tajuk percambahan kacang hijau memang sesuai menggunakan kaedah eksperimen tetapi kurang mencabaar untuk inkuiri penemuan

      Delete
  6. Assalammualaikum Pn Rohana,
    Saya memilih kemahiran proses sains 2 iaitu mengelas.
    Tajuk yang relevan untuk mengajar kemahiran ini mengikut standard kurikulum prasekolah yang saya pilih ialah menyiasat alam bahan, meneroka sifat umum bahan. Iaitu mengasingkan bahan kepada yang boleh larut dalam air dan tidak boleh larut dalam air. Contohnya: garam dan gula larut dalam air, manakala pasir tidak larut dalam air.

    ReplyDelete
  7. Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Puan,

    Saya memilih kemahiran proses Sains Penyelesaian Masalah (Kehidupan Seharian) Secara "Hands On". Kemahiran ini merupakan salah satu kemahiran dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK, iaitu Standard Kandungan ST 2.5.

    Bagi kemahiran ini, guru boleh menjalankan aktiviti penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian seperti :

    1. Membuat objek yang tenggelam supaya timbul dan sebaliknya.
    2. Membersihkan air yang kotor dengan menggunakan pasir.
    3. Menyejukkan minuman yang panas.

    Walaupun aktiviti ini agak mudah, namun ia menyeronokkan kerana murid boleh melakukan aktiviti "hands on" atau dalam kata lain mereka meneroka ilmu baru bagi mendapatkan jawapan yang dikehendaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan lebih baik jika dapat dikaitkan dengan kemahiran dalam kehidupan harian

      Delete
  8. Salam sejahtera Pn. Rohana dan rakan-rakan lain. Saya pula memilih kaedah eksperimen untuk mengajar penghasilan bayang-bayang. Kanak-kanak diperkenalkan dengan konsep bayang-bayang terbentuk, iaitu, cahaya tidak boleh melalui objek yang legap, maka terhasillah bayang-bayang di belakang objek tersebut dengan menunjukkan bayang-bayangnya sendiri. Ini boleh disampaikan melalui permainan dengan menunjukkan beberapa kombinasi bayang-bayang tangan pada dinding. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea bagu cuma pastikan murid dapat faham konsep cahaya melalui objek legap

      Delete
  9. CT10210299-JENNIFER ALIN-
    selamat malam,puan rohana...

    tajuk sains awal yang saya pilih ialah Pemercik Pelangi iaitu salah satu aktiviti luar kelas. Kita juga sedia maklum bahawa kanak-kanak sangat sukakan air. untuk aktiviti ini,kawalan sangat perlu agar mereka tidak basah bermain air dan objektif boleh dicapai.

    Sukatan mata pelajaran : Memerhati dan menggunakan peralatan sains.

    kemahiran proses sains ialah: pemerhatian, pengelasan (menyusun) dan komunikasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuma nak tahu bagaimana kamu tunjukkan aktiviti pemercik pelangi

      Delete
  10. Assalamualaikum W.b.t. Puan Rohana.
    Selamat bertemu kembali Puan di dalam blog ini. Satu Kemahiran Proses Sains yang saya pilih adalah kemahiran Memerhati. Kemahiran ini melibatkan semua deria secara bersama bagi mengesan sebarang maklumat berkenaan dengan objek yang ingin diperhatikan malah juga melihat kepada perubahan yang berlaku ke atas objek tersebut. Berdasarkan Standard Kandungan (ST 2.1) Membuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena alam di persekitaran dan Standard Pembelajaran (ST 2.1.10) Memerhati dan menyatakan kesamaan dan perbezaan antara objek-objek yang di perhatikan. Dalam kemahiran sains ini, kita boleh mengajar kanak-kanak tentang pasir basah dan pasir kering. Pada asalnya, objek yang kita gunakan adalah pasir cuma kita galakkan kanak-kanak membuat pemerhatian ke atas pasir yang kering dan pasir yang basah iaitu pasir yang telah dibasahkan. Kanak-kanak boleh mengesan perubahan yang berlaku pada pasir yang kering setelah dituang dengan air melalui pemerhatian.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. Pastikan juga murid menggunakan deria rasa ok

      Delete
  11. Kemahiran proses sains yang saya pilih adalah kemahiran mengelas. Di bawah standard kandungan (ST 2.3) Membanding dan mengelaskan objek, saya boleh mengaplikasikan kemahiran ini dalam standard pembelajaran (ST 2.3.5) iaitu topik Mengasingkan makanan mengikut rasa (manis, masam, masin, pahit, tawar). Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas, sediakan pelbagai jenis makanan kepada murid misalnya lemon, gula-gula, serbuk kopi, peria, nasi putih dan sebagainya untuk dirasa oleh murid dan minta murid mengelaskan makanan mengikut jenis rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Wong Fui Suon (CT10210815)

      Delete
    2. Assalamualaikum wbt Pn. Rohana
      Saya memilih proses pemerhatian kerana ia melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada pancaindera kita dalam persepsi ciri-ciri sesuatu objek atau sesuatu perkara yang sedang berlaku; pemerhatian boleh dibuat secara langsung dengan pancaindera atau pun secara tidak langsung melalui peralatan sains. Contohnya, memerhatikan fenomena pelangi selepas hujan.

      Delete
  12. KPS terdiri daripada Kemahiran Asas dan Bersepadu. Saya memilih Kemahiran Asas iaitu Mengelas. Di mana, murid akan mengumpul dan mengkategorikan objek mengikut sifat, ciri yang sama atau mengikut perbezaan dan persamaan.

    Tajuk : TUMBUHAN
    Aktiviti : Mengelaskan daun mengikut sifat fizikal seperti bentuk daun, warna daun dan saiz daun tersebut.

    ReplyDelete
  13. Kemahiran proses sains yang saya pilih ialah pemerhatian.
    Tajuk/Tema: Haiwan
    Contoh aktiviti yang boleh dijalankan bersama kanak-kanak pra sekolah ialah:
    1) Memerhati habitat semut
    2) Memerhati kitaran hidup haiwan (katak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya musykil bagi aktiviti 2. Dapatkah murid-murid memerhati kitaran hidup katak sepenuhnya, di mana, bagaiman?

      Delete
  14. Assalamualaikum Puan Rohana..
    Saya memilih kemahiran proses sains iaitu membanding dan membeza di mana kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri serta digunakan semasa membuat pilihan atau keputusan.
    Tajuk: Cuaca
    Aktiviti: 1. Memerhatikan awan di langit.
    2. Kemudian membandingkan dan membezakan awan pada
    cuaca yang berlainan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea ok, tapi lama juga nak dapat hasil sebab nak tunggu cuaca berubah. Kalau boleh pilih contoh yang menunjukkan perubahan yang cepat atau banding beza dua jenis haiwan.

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello..Saya pula memilih kemahiran membuat inferens melalui aktiviti permainan air.Aktiviti-aktiviti yang terancang membolehkan kanak-kanak meneroka beberapa konsep yang berkaitan dengan air. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan eksperimen dengan menggunakan bahan-bahan dan peralatan seperti bekas-bekas daripada pelbagai bentuk dan saiz, bahan-bahan yang dapat tenggelam ataupun timbul, bahan yang larut dalam air, melihat kesan pewarna, membuat buih sabun dan membuat pelbagai bentuk daripada buih sabun.

      Delete
    2. Ok tapi nyatakan di bahagian mana kemahiran inferens diterapkan/ditunjukkan atau bagaimana?

      Delete
  16. Salam Sejahtera Puan Rohana.

    Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang digunakan oleh para saintis bagi mengkaji fenomena dan menyelesaikan masalah. Kemahiran proses sains membantu kanak-kanak memproses maklumat baru melalui pengalaman konkrit. Saya memilih kemahiran membuat ramalan. Membuat ramalan adalah menggunakan bukti dan pengalaman yang lepas untuk menyatakan apa yang mungkin berlaku. Tajuk yang sesuai adalah Alam bahan. Kanak-kanak membuat ramalan bahan-bahan yang boleh larut dan tidak larut dalam air dan kemudiannya mengasingkan bahan kepada yang boleh larut dalam air dan yang tidak boleh larut dalam air (Contoh: garam dan gula larut dalam air, pasir tidak larut dalam air)

    ReplyDelete
  17. Salam Sejahtera Puan Rohana,
    Saya memilih Kemahiran Meramal .
    Kemahiran meramal adalah merupakan salah satu daripada kemahiran proses Sains yang penting dan perlu diterapkan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini perlu diketahui oleh guru agar dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk melahirkan idea dan pendapat sendiri dengan dipandu oleh guru. Kemahiran meramal ini juga akan dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi melahirkan idea dan pendapat
    Di samping itu, murid-murid juga diajar untuk membuat rumusan atau kesimpulan hasil daripada perbincangan atau dapatan yang diperolehi.Contohnya :
    Tema : Udara
    Tajuk : Mari Bermain Buih Sabun
    Hasil Pembelajaran:
    1. membuat perbandingan dan membezakan hasil perbandingan
    2. membuat ramalan apa yang akan berlaku selepas memerhati hasil percubaan
    3. menerangkan pemerhatian yang dilakukan
    Bahan: baldi, sabun yang sudah dibancuh dengan minyak, straw, cawan plastic

    Prosedur:
    Guru akan menerangkan cara membuat buih sabun dan bermain buih sabun serta aspek keselamatan semasa aktviti ini. Dimana air sabun tidak boleh disedut dan pastikan air tidak tumpah ke atas lantai bagi mengelakkan lantai licin.
    Selepas aktiviti tersebut, guru bersoal jawab dengan kanak-kanak agar mencungkilkan kemahiran meramal mereka seperti :
    1. Apa yang terjadi pada buih sabun?
    2. Bagaimana buih terjadi?
    3. Apa yang terjadi pada buih sabun selepas beberapa ketika?
    Aktiviti ini yang melibatkan meramal meningkatkan kebolehan sains kanak-kanak.Kemahiran berfikir adalah sesuatu kebolehan mental dimana membantu kanak-kanak berfikir,memberi alasan dan menilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Wong, idea bagus tapi apabila mengajar, ajar satu kemahiran sahaja pada satu masa supaya murid tidak keliru dan objektif tercapai

      Delete
  18. Salam sejahtera puan.
    Kemahiran yang saya pilih adalah kaedah pembelajaran inkuiri.
    Melalui pembelajaran inkuiri – penemuan dapat dilaksanakan melalui strategi penyoalan, perbincangan, tunjuk cara, eksperimen dan pembelajaran kolaboratif. Kemahiran inkuri asas yang perlu kanak – kanak pelajari adalah bertanya soalan. Strategi penyoalan amat penting dalam kaedah inkuiri. Ia dapat membantu proses pembelajaran dan pemikiran murid. Soalan-soalan terbuka seperti berbentuk mengapa dan bagaimana memerlukan murid membuat huraian. Ini menghasilkan tindak balas reflektif dan mengembangkan pemikiran intelektual murid. Inkuiri adalah satu proses berterusan. Oleh itu, kaedah inkuiri bertujuan menghasilkan murid yang dapat menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang yang lebih luas bagi tujuan yang lebih bermakna.
    Contohnya seperti tajuk Tumbuh-tumbuhan. Guru perlu bertanya soalan – soalan pengetahuan berkaitan dengan tajuk berkenaan. Kanak – kanak perlu menjelaskan atau menghuraikan konsep, membuat perbandingan dan mencari persamaan, mencadangkan alternatif atau meramalkan kemungkinan hasilan atau kesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam tajuk tumbuhan itu, boleh jelaskan di mana keadah inkuri digunakan dan apakah penemuan yang diharapkan

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum dan salam sejahtera Puan Rohana. Untuk soalan yang diajukan, saya akan memilih kemahiran asas sains mengelas. Berdasarkan modul TU30103, iaitu Sains untuk kanak – kanak, mengelas ialah proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya. Ia juga adalah proses mengasingkan dan mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masing – masing. Sebagai contoh aktiviti dalam kelas iaitu tajuk dalam ST 2.3 membanding dan mengelaskan objek, guru boleh memperlihatkan kepada kanak – kanak himpunan objek atau benda. Kanak – kanak boleh cuba untuk mengelas objek atau benda – benda tersebut menurut warna, fungsi, saiz, bentuk, harga, tekstur, berat dan lain – lain (sperti dalam standard pembelajaran ST 2.3.3)

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK kamu kena lebih khusus , tajuk apa yang kamu nak ajar, objek/bahan apa yang hendak digunakan untuk mengajar kemahiran tersebut.Jawapan kamu sangat umum

      Delete
    2. Tajuk yang akan saya gunakan ialah menyiasat alam bahan. Untuk objek atau bahan yang akan saya gunakan, saya boleh menggunakan bongkah - bongkah yang berwarna. Oleh yang demikian, murid boleh membuat pengelasan bongkah - bongkah tersebut mengikut warna atau bentuknya kedalam tempat yang disediakan.

      Delete
  21. Assalammualaikum Puan.
    Saya akan memilih kemahiran mengelas. Kemahiran mengelas merupakan keupayaan seseorang untuk mengenalpasti dan mengumpulkan bahan mengikut kumpulan tertentu. Contoh aktiviti ialah mengelaskan bentuk mengikut bongkah yang disediakan. bentuk-bentuk asas seperti bulat, segi empat tepat, segi empat sama, segi tiga dan sebagainya. Murid diarahkan mengumpulkan objek di sekitar mereka mengikut bongkah bentuk tersebut.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Pn. Rohana,

    Saya memilih mengelas dalam kemahiran proses sains. Mengelas ialah proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya. Ia juga adalah proses mengasingkan dan mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing. Petunjuk bagi mengelas dalam kemahiran proses sains ialah:-
    1. Kenal pasti ciri umum sekumpulan item
    2. Beri nama kepada kumpulan item itu
    3. Kenal pasti ciri lain
    4. Memasukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang
    lebih kecil
    5. Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat
    dikumpulkan dalam suatu kumpulan

    Contoh aktiviti mengelas ialah dalam tajuk Haiwan iaitu mengelaskan haiwan yang hidup di darat dan di air. Guru menunjukkan beberapa jenis haiwan yang mempunyai ciri yang berbeza. Setelah menerangkan nama-nama haiwan tersebut, guru mengarahkan murid-murid untuk mengelaskan haiwan-haiwan tersebut berdasarkan haiwan yang hidup di darat dan di air.

    ReplyDelete
  23. MELANIE SIVELIS - CT10210461

    Salam sejahtera puan...

    Saya memilih kemahiran proses sains mengelas iaitu, proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya.

    Tajuk pelajaran : Haiwan peliharaan saya

    Contoh aktiviti:

    1. mengelaskan haiwan yang boleh dipelihara dan haiwan yang liar/perosak.

    2. mengelaskan habitat haiwan peliharaan: di air, di kandang, di dalam rumah dan di luar rumah.

    3. mengelaskan cara haiwan peliharaan bergerak: berenang, terbang, merangkak dan merayap.

    4. mengelaskan haiwan berkaki 4 dan berkaki 2.

    5. mengelaskan haiwan yang bertelur dan melahirkan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok contoh sesuai tapi pastikan diajar satu kemahiran sahaja pada satu masa.

      Delete
  24. Assalamualaikum w.b.t., puan...
    Saya memilih kemahiran proses sains pengelasan dan perbandingan. Aktiviti bertemakan Bunga-bungaan. Sebagai contoh, guru menyediakan gambar-gambar bunga dalam pelbagai saiz dan warna, kemudian murid diminta untuk membuat perbandingan dan mengelaskan mengikut kategori yang ditetapkan. Aktiviti lawatan luar kelas juga boleh diadakan untuk murid melihat sendiri saiz dan warna bunga-bunga yang sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik dan sesuai untuk aktiviti luar bilik darjah

      Delete
  25. CT 10210082 Encik Arizal Yusoff
    Soalan 2
    Salah satu teknik atau proses pengajaran sains yang boleh digunakan oleh guru di sekolah untuk mengajar sains ialah melalui eksperimen. Kaedah eksperimen sangat baik kerana pelajar berpeluang menggunakan kemahiran proses sains mereka untuk melakukan pemerhatian, hipotesis dan mencatat hasil eksperimen / pemerhatian serta menbuat kesimpulan.
    Sebagai contoh ialah eksperimen ‘kepentingan cahaya kepada tumbuhan’ dimana guru menjalankan eksperimen bersama pelajar. Eksperimen ini menggunakan kotak berlubang dan anak pokok kacang berusia seminggu. Pokok kacang akan diletakkan dalam kotak A kotak B.
    Kotak A
    Kotak A dimana pokok kacang disimpan dalam kotak yang mempunyai lubang cahaya. Anak pokok kacang dibiarkan selama seminggu untuk eksperimen.

    Hasil pemerhatian.
    Selepas seminggu kotak dibuka untuk mendapatkan keputusan eksperimen dan mencatatkan pemerhatian. Pokok kacang didapati subur dan meninggi tetapi pokok kacang tersebut tunbuh kearah lubang cahaya. Ini menunjukkan cahaya amat penting untuk tumbesaran anak pokok kacang.

    Kotak B
    Kotak B dimana pokok kacang disimpan dalam kotak yang tidak mempunyai lubang cahaya langsung dimana cahaya tidak dapat masuk. Anak pokok kacang dibiarkan selama seminggu untuk eksperimen.

    Hasil pemerhatian.
    Selepas seminggu kotak dibuka untuk mendapatkan keputusan eksperimen dan mencatatkan pemerhatian. Pokok kacang didapati tidak subur, daund sedikit kekuningan dan layu. Keputusan ini menunjukkan pokok yang tidak mendapatkan cahaya akan menganggu proses tumbesaran anak pokok kacang tersebut.

    Banyak lagi kaedah lain yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar sains kepada kanak-kanak di sekolah. Guru bebas menggunakan kaedah mana yang sesuai untuk menjalankan pengajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti sangat baik tetapi sesuai untuk murid-murid tahap 2 kerana memerlukan aras kognitif agak tinggi

      Delete
  26. CINDY PHILIP -CT10210149

    KEMAHIRAN MEMERHATI


    Memerhati melibatkan penggunaan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu. Berikut merupakan beberapa petunjuk kepada kemahiran memerhati:
    · Menggunakan pelbagai deria
    · Mengenal cirri-ciri objek, fenomena alam
    · Mengenali persamaan dan perbezaan
    · Menyedari perubahan dalam persekitaran
    Contohnya:
    (ST 3.3.5) (4+, 5+) Memerhati dan mengumpulkan daun daripada persekitaran sekolah dan kediaman mengikut ciri berikut:
    a. warna
    b. saiz
    c. tekstur
    d. bentuk
    e. urat daun

    (ST 3.3.4) Memerhati dan bercerita dengan bimbingan tentang percambahan biji benih dan pertumbuhan anak benih. (4+)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terlalu banyak kemahiran dalam satu p&p, tetapi kalau kamu bagi cadangan sahaja ok la.

      Delete
  27. Salam sejahtera puan. Saya memilih kemahiran mengelas dalam pengajaran Sains awal kanak-kanak.Tajuk utama yang digunakan ialah haiwan. Aktiviti yang saya akan jalankan ialah mengelaskan haiwan yang bertelur dan beranak. Langkah-langkah yang akan saya gunakan ialah pertama, saya akan menunjukkan murid beberapa jenis haiwan dengan menggunakan slaid atau gambar-gambar haiwan. Kedua, saya akan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan haiwan bertelur dan haiwan beranak. Seterusnya,saya akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan 15 keping gambar. Selepas itu, murid akan mengelaskan setiap haiwan tersebut kepada haiwan bertelur atau beranak di dalam manila kad.

    ReplyDelete
  28. Saya memilih tajuk menyelesaikan masalah kehidupan harian secara hands- on. Contoh aktiviti yang guru boleh ajar kanak-kanak 4 tahun dalam tajuk ini adalah seperti menyejukan minuman yang panas. Bagi kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun pula, guru boleh merancang aktiviti seperti mengeringkan baju yang basah, membuatkan objek yang tenggelam supaya timbul dan
    sebaliknya, membersihkan air yang kotor menggunakan pasir.

    ReplyDelete
  29. Salam sejahtera Puan,
    Dengan merujuk kepada Dokumen Standard KSPK, saya memilih fokus - (ST 4.0) Menyiasat Alam Bahan, standard kandungan - Meneroka sifat umum bahan dan standard pembelajaran - (ST 4.1.3) Mengasingkan bahan kepada yang boleh larut dalam air dan yang tidak boleh larut dalam air. Kaedah eksperimen boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut:
    1. Guru mengumpulkan murid secara berpasangan.
    2. Guru menyediakan 2 bekas lutsinar yang berisi air untuk setiap pasangan serta bahan-bahan eksperimen seperti garam, tepung, pasir, gula dan sebagainya.
    3. Guru membimbing murid menjalankan eksperimen dengan memasukkan 2 jenis bahan yang bebeza ke dalam bekas dan kacau perlahan-lahan.
    4. Murid membuat permehatian dan merekod pemerhatian dalam bentuk gambar dengan bimbingan guru.
    5. Guru membuat kesimpulan tentang bahan boleh larut dan tidak boleh larut dalam air.

    ReplyDelete
  30. Pilih satu kemahiran proses sains dan berikan satu tajuk sains awal yang relevan untuk mengajar berdasarkan kemahiran tersebut. Jangan jawab terlalu panjang cukup sekadar contoh sahaja.

    Modul Tema : Haiwan

    ST 3.0: Menyiasat Alam Hidupan

    ST 3.4 : Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan, kitaran hidup haiwan yang biasa dijumpai.


    Tajuk Sains Awal : Haiwan yang biasa dijumpai

    Kemahiran Proses Sains yang dipilih: Mengelas - Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara haiwan.

    Aktiviti:

    1. Guru menunjukkan kad bergambar mengenai kucing, arnab, burung,dan katak, serta meminta murid menamakan haiwan tersebut berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
    2. Guru membunyikan bunyi haiwan dan diikuti oleh murid.
    3. Guru memberikan lembaran kerja mengenai ciri-ciri haiwan yang telah dipelajari.
    4. Guru membimbing murid untuk menjawab lembaran kerja berdasarkan gambar haiwan yang ditunjukkan. Contohnya, Burung mempunyai 2 kaki. Murid akan menulis 2 kaki di ruangan bertulis Burung di dalam lembaran kerja mereka. Guru akan membimbing murid sehingga kesemua haiwan telah disenaraikan ciri-ciri mereka di dalam lembaran kerja yang diberikan.

    ReplyDelete
  31. Salam sejahtera Pn. Rohana.
    Saya memilih Kemahiran Proses Sains Berkomunikasi untuk Standard Pembelajaran (ST 3.1.3) Mengenal pasti organ deria (mata, hidung, telinga, lidah, kulit) dan menyatakan fungsi setiap organ deria ini. Untuk aktiviti ini, guru akan menunjukkan gambar mata, hidung, telinga, mulut dan kulit dan meminta murid menamakan organ deria tersebut. Guru akan meminta murid menyatakan fungsi atau kegunaan organ deria yang ditunjukkan kepada mereka. Guru akan bertanya setiap orang untuk mendapatkan pendapat mereka. Guru akan memberikan penjelasan yang lebih lanjut daripada jawapan murid tadi.Selepas itu, guru akan meminta murid melukis dan mewarna muka yang lengkap dengan organ deria.

    ReplyDelete
  32. salam puan,
    kemahiran yang dipilih: mengaplikasi
    contoh P&P:
    tajuk:rasa makanan
    guru memulakan topik dengan mempamerkan makanan yang berlainan rasa. kanak-kanak diberikan peluang untuk merasa makan tersebut dan mereka memberikan komen. kemudian, kanak-kanak mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran yang diajarkan dengan memadankan gambar makanan dengan rasa yang bersesuaian dengan makanan tersebut.

    ReplyDelete
  33. Salam, Puan Rohana.
    Memupuk dan membina rasa ingin tahu kanak-kanak ini adalah kunci pembelajaran sains. Sains memerlukan kanak-kanak membuat inkuiri dan penemuan. Kanak-kanak, walaupun tidak diminta, bertanya soalan-soalan berkaitan dengan pemerhatian. Oleh itu, guru perlu menggalakkan mereka menerangkan pemerhatian dan mencadangkan penyiasatan tambahan atau susulan melalui kemahiran inkuiri-penemuan. Misalnya, dalam mengajar tajuk tumbuhan-tumbuhan. Cuba tanya soalan-soalan pengetahuan berkaitan tajuk berkenaan. Contohnya, mengapa lebah suka hinggap pada bunga yang berwarna-warni? Soalan-soalan jenis terbuka ini memerlukan kanak-kanak menjelaskan atau menghuraikan pemerhatian, membuat perbandingan dan mencari persamaan. Secara tidak langsung, ini dapat menggalakkan pemikiran inkuiri dalam pembelajaran sains awal kanak-kanak.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Puan Rohana, jawapan saya adalah seperti yang berikut:
    KEMAHIRAN PROSES SAINS: MENGELAS
    TAJUK: KEHIDUPAN TUMBUHAN
    Contoh aktiviti adalah murid –murid dibawa ke luar ke kawasan sekolah untuk melihat dan memerhatikan tumbuh-tumbuhan yang ada. Guru fokus kepada bunga-bungaan dan meminta murid untuk mengambil beberapa contoh daun dari bunga-bungaan yang berbeza. Guru meminta murid membawa masuk ke dalam kelas daun-daun yang telah diperolehi dan kemahiran proses sains berlaku di mana guru meminta murid untuk mengelaskan daun-daun tadi berdasarkan warna, saiz dan pola uratnya. Guru boleh meminta murid untuk mengelaskan daun-daun tadi berdasarkan ciri –ciri tadi satu persatu untuk mengelakkan kekeliruan contohnya, mengelaskan daun mengikut warna terlebih dahulu, setelah semuanya dapat melaksanakan aktiviti tersebut maka guru boleh beralih ke ciri yang kedua iaitu saiz dan seterusnya.

    ReplyDelete
  35. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia Puan Rohana.

    Saya memilih kemahiran proses sains awal iaitu mengelas. Tema yang dipilih adalah Haiwan. Contoh aktiviti yang saya dapat fikirkan adalah mengadakan lawatan ke zoo. Murid-murid kemudian diminta untuk mengelaskan binatang-binatang yang terdapat di dalam zoo kepada dua kelas iaitu binatang buas dan binatang jinak. Untuk aktiviti seterusnya murid-murid boleh menyatakan ciri-ciri seekor harimau, contohnya ia berbulu, ada ekor, mempunyai gigi taring yang tajam, dan lain-lain.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum Puan Rohana..
    Kemahiran yang saya pilih adalah kemahiran membuat ramalan. (ST 2.4.2) Membuat ramalan apa yang berlaku berdasarkan pengalaman lepas. (Objek mana yang akan tenggelam dan timbul). Contoh aktiviti adalah murid-murid akan menjalankan satu eksperimen di dalam kelas iaitu eksperimen tenggelam timbul. Guru akan membuat demonstrasi sebelum murid mmenjalankan eksperimen. Guru juga menyediakan satu kad di mana murid dikehendaki menanda (/) untuk setiap objek yang timbul atau tenggelam. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibekalkan dengan bekas yang berisi air dan beberapa objek seperti pemadam, daun, straw, bola ping pong, klip kertas, sudu, syiling 20 sen dan polisterin. Murid akan menanda kad yang telah disediakan.Guru akan memerhati murid-murid sepanjang aktiviti dijalankan. Setelah selesai eksperimen yang dijalankan, murid akan membaca hasil dapatan mereka dan membanding jawapan mereka dengan kumpulan yang lain. Melalui eksperimen ini, murid akan dapat meramal apa yang akan terjadi terhadap setiap objek.

    ReplyDelete
  38. Kemahiran proses sains - Mengelas ( Membuat pengkelasan sesuatu objek berdasarkan persamaan atau perbezaan kandungan ).
    TAJUK : KEMAHIRAN SAINTIFIK.
    ST 2.3 : Membanding dan mengelaskan objek.
    CONTOH :
    Murid mengasingkan butang mengikut warna yang sama dan membezkan objek yang mudah kering dan lambat kering.

    ReplyDelete
  39. Hi Puan Rohana. Kemahiran Proses Sains yang saya pilih adalah Kemahiran Mengelas
    (Membuat pengkelasan sesuatu objek berdasarkan persamaan atau perbezaan kandungan. Menggunakan Senarai, jadual, carta).

    Tajuk: 'Ice-Blended' Pelbagai Rasa
    Fokus: (ST 2.0) Kemahiran Saintifik
    Standard Kandungan: ( ST 2.3) Membanding dan mengelaskan objek
    Standard Pembelajaran : (ST 2.3.2) Mengasingkan makanan mengikut rasa manis, masin dan masam

    Contoh Aktiviti:
    Guru menunjukkan cara untuk membuat membuat 'Ice-blended' pelbagai rasa dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Guru menunjukkan 'Ice-Blended' pelbagai rasa kepada murid-murid dan menyuruh mereka merasa 'ice-bended' tersebut. Murid akan menyebut rasa-rasa makanan yang dibawa oleh guru. Guru menyuruh murid mengklasifikasikan makanan mengikut rasa yang tepat. Setelah itu guru akan menerangkan kepada murid bagaimana kita dapat merasai pelbagai rasa manis, masin dan masam.



    ReplyDelete
  40. Malcolm John CT10210423
    Selamat malam puan,
    Saya mengemukakan proses sains memerhati.
    Tajuk : Belon mengembang(udara memanas).
    1. Murid-murid memasang radas yang telah disediakan.
    2. Bikar yang bertutup belon direndam dalam air panas baru mendidih.
    3. Murid-murid memerhatikan perubahan belon.
    4. Murid-murid membuat catatan berkenaan perubahan belon itu.
    5. Murid-murid membuat inferens berkenaan perubahan belon itu.

    ReplyDelete
  41. Selamat pagi Puan Rohana,
    (Martini @ Melissa James Ading)

    Saya memilih proses sains Kemahiran Mengelas.

    Tajuk/Tema ialah Alam Bahan (Air)

    Aktiviti : Murid mengelaskan bahan-bahan yang disediakan oleh guru sama ada ia tenggelam atau timbul melalui eksperimen saintis kecil.

    ReplyDelete
  42. Kemahiran Sains : Pemerhatian
    Tema : Diri Saya
    Tajuk : Tekap diri saya
    Fokus : (ST 3.0) Menyiasat Alam Hidupan
    SK : (ST 3.1) Memperolehi pengetahuan asas tentang bahagian badan
    SP : (ST 3.1.3) Mengenalpasti bahagian tubuh badan utama (kepala, mata, hidung, mulut, gigi, telinga, rambut, kaki, jari, tangan)
    Bahan : Marker pen, kertas mahjong
    Aktiviti :
    1. Dalam pasangan, murid A akan menekap murid B.
    2. Murid A sebagai pelukis dan murid B sebagai model.
    3. Kertas mahjong diletakkan di atas lantai.
    4. Murid B akan baring di atas kertas mahjong dan murid A akan menekap bentuk badan pasangan dengan bantuan guru.
    5. Dalam pasangan, murid akan bekerjasama melukiskan dan melabel tubuh badan utama.

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum Puan Rohana dan rakan-rakan. Saya memilih proses sains ‘Berkomunikasi’ dan menggunakan kaedah simulasi untuk menjayakan perincian P&P iaitu ST 5.1.2 Memerhati dan menceritakan bentuk dan warna awan pada cuaca yang berbeza (Contoh: awan pada hari panas, cuaca mendung, cuaca berangin dan hari hendak hujan) dan (ST 5.1.3) Membandingkan aktiviti yang biasa dijalankan dalam cuaca yang berbeza. Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai keadaan sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Simulasi boleh dilaksanakan melalui main peranan, permainan atau penggunaan model. Dalam main peranan, murid berlakon dengan melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai syarat yang perlu dipatuhi. Kanak-kanak atau murid bermain untuk memperolehi sesuatu konsep atau prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid akan dapat membayangkan situasi sebenar dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari(modul Sains Untuk Kanak-kanak). Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

    Guru akan meminta murid menjadi awan putih, awan berwarna kelabu, matahari, bayu, rumput dan sebagainya. Guru akan meminta pendapat kanak-kanak dengan memberi soalan sebagai panduan untuk memberi lebih banyak idea. Murid akan bercerita dalam kumpulan rakan-rakan untuk menstabilkan emosi dan memberi keyakinan sebelum bersama-sama guru untuk melakukan lakonan dan penceritaan secara kelas. Murid boleh mengekspresikan idea dengan melukis gambar cuaca yang mereka suka dan sebaliknya. Aktiviti membuat model matahari, awan, pokok, rumput juga boleh dilaksanakan melihat kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete
  44. Kemahiran sains: Pemerhatian
    Tajuk: Pelbagai cara tumbuhan hidup
    Bahan-Bahan:
    1. batang – tebu
    2. biji benih
    3. daun
    4. bawang / ubi

    Langkah pengajaran dan pembelajaran:
    1. Guru mengajak murid untuk memerhati cara tumbuhan membiak dengan menggunakan bahan-bahan di atas. Mereka akan diajar untuk menanam bahan-bahan tersebut.

    2. Dalam masa 2 minggu, murid diarah untuk menyiram bahan-bahan tersebut dan meletakkan pasu yang terkandung bahan-bahan tersebut di bawah matahari.

    2. Selepas 2 minggu, guru mengajak murid untuk memerhati bahan tersebut sudah tumbuh atau tidak. Guru bersoal jawab dengan murid cara tumbuhan tumbuh. Contoh soalan:
    a) Bawang tumbuh dari apa?
    b) Sayur kacang pula tumbuh dari apa?
    c) Tumbuhan memerlukan apa supaya boleh tumbuh?

    ReplyDelete
  45. hello semua,salam sejahtera pn rohana..
    untuk soalan ini, saya memilih kemahiran proses sains-Mengelas kerana ini mudah dijalankan oleh murid prasekolah dan keputusan atau dapatannya dapat diperhatikan dalam tempoh masa yang singkat.
    Tema : Air
    Eksperimen :Bahan larut dan tidak larut
    Persediaan :
    pasir,kayu,duit syiling,gula ,garam,sirap,daun,susu tepung,
    Langkah-langkah eksperimen :
    1.Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan.Guru akan menerangkan tujuan eksperimen ini kepada murid dan memberi arahan tentang cara menjalankan eksperimen.
    2.Murid akan mengacau semua bahan/objek tadi di dalam air dan memerhatikan apa yang akan berlaku.
    3.Guru akan menyoal murid tentang hasil dapatan mereka dan selepas itu menerangkan sifat bahan/objek tadi melalui penerangan mudah agar mudah difahami.
    4.Sebagai pengukuhan ,murid secara inidividu akan melakukan aktiviti hands on dengan menggunting dan menampal gambar bahan/objek tadi mengikut kategori di dalam lembaran kerja yang disediakan.
    5.Guru akan mempamerkan hasil kerja murid di papan kenyataan.
    6.Antara eksperimen yang hampir serupa dengan eksperimen ini ialah eksperimen objek tenggelam timbul dimana bahan-bahannnya juga mudah didapatkan di ruang pembelajaran murid.Contohnya seperti bola,sikat,berus,bunga,kunci,pensel

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum Puan Rohana, berikut adalah jawapan saya :
    Kemahiran proses sains: Membanding dan mengelas
    Standard Pembelajaran : ST 2.1.4 – Memerhati dan bercerita secara verbal tentang peemerhatian yang telah dibuat.
    Tajuk: Pertumbuhan Manusia dari Bayi ke Dewasa
    Contoh aktiviti :
    1. Guru akan menayangkan ‘power point’ ( gambar bayi , kanak-kanak, dewasa dan warga tua) kepada kanak-kanak.
    2. Murid – murid akan bersoal jawab tentang gambar dan guru terangkan tentang perkembangan manusia.
    3. Murid-murid dalam kumpulan akan buat aktiviti menyusun kad gambar pertumbuhan manusia.
    Contoh ; kad gambar bayi kad gambar kanak-kanak kad gambar remaja kad gambar orang dewasa kad gambar warga tua
    4. Guru memberi tugasan yang sama kepada murid secara individu.

    ReplyDelete
  47. Selamat sejahtera.
    Untuk menjawab soalan ini, saya memilih kemahiran memerhati
    Standard Pembelajaran : ST 2.0
    Tajuk : Memerhati objek-objek di persekitaran dan mengenalpasti saiz (besar dan kecil).
    Contoh aktiviti:
    1. Guru membawa murid berjalan di kawasan sekolah.
    2. Murid dikehendaki memerhati persekitaran dengan menyatakan objek yang dilihat semasa berada di luar bilik darjah.
    3. Murid mengenalpasti saiz objek tersebut.
    4. Murid kembali di bilik darjah dan menyatakan semula objek yang telah mereka temui.
    5. Guru bertanyakan saiz objek yang telah mereka temui dan kemudian membandingkan objek- objek tersebut.

    ReplyDelete
  48. Nama Pelajar: FAREEN DAVINA FRANCIS (CT10210195)
    JAWAPAN:
    Proses Sains: Memerhati
    Standar Kandungan: 2.1.3 Memerhati objek-objek di persekitaran dan mengenal saiz (besar dan kecil)
    Contoh aktiviti:
    1) Guru menunjukkan 'slideshow' yang menunjukkan objek besar dan kecil.
    2) guru memberi soalan dengan menunjukkan gambar dan murid perlu memberikan jawapan sama ada ia besar atau kecil.
    3) Guru membawa murid ke persekitaran sekolah dan meminta memerhati objek-objek yang besar dan kecil.
    4) Guru bersoal jawab berama murid apakah objek-objek bersaiz besar dan bersaiz kecil yang telah mereka jumpa sebentar tadi.

    ReplyDelete
  49. Salam puan..
    kemahiran proses sains : mengelas.
    standard kandungan : ST 2.3 Membanding dan mengelaskan objek.
    Standard Pmbljrn : ST 2.3.2 membanding dan mengasingkan makanan mengikut rasa (masam, manis dan masin).
    Contoh aktiviti :
    1. Guru memperkenalkan jenis-jenis rasa tersebut dengan bantuan bahan spt gula, garam dan cuka.
    2. murid dibahgikan kepada kumpulan kecil.
    3. setiap kumpulan akan dibekalkan dengan makanan yang mempunyai rasa-rasa tersebut.
    4. Murid mengambil giliran untuk merasa dan mengasingkan makanan tersebut mengikut rasanya iaitu masam, manis dan masin.
    5. Murid mengenalpasti dan menyatakan jenis-jenis makanan mengikut rasa masam, masin dan manis.

    ReplyDelete
  50. Selamat pagi Pn. Rohana,

    Kemahiran proses sains : Memerhati
    Standard Kandungan : ST 2.0 Kemahiran saintifik
    Standard Pembelajaran : ST 2.1.1 Memerhati dan mengenal warna-warna di persekitaran

    Contoh aktiviti :
    1. Guru membawa murid ke luar bilik darjah.
    2. Guru meminta murid melihat persekitaran sekolah dan menyatakan warna-warna yang mereka nampak.
    3. Murid memerhatikan dan menyatakan warna-warna yang mereka nampak.
    4. Guru menyoal murid mengenai warna-warna tersebut dan objek tersebut.
    5. Guru memberi lembaran kerja kepada murid. Murid mewarna objek-objek dengan betul.

    ReplyDelete
  51. nama pelajar : Bainon Lumau ct10210114

    Kemahiran proses sains yang dipilih adalah memerhati.

    contoh aktiviti : Murid akan dibawa keluar bilik darjah dan akan diberi tugas untuk memerhati haiwan atau serangga yang terdapat disekitar sekolah. Guru akan membimbing murid untuk mendapatkan jawapan.

    ReplyDelete
  52. Selamat petang. Kemahiran sains yang saya pilih ialah mengelas. Tajuk yang boleh diajar ialah rasa. Guru boleh menyediakan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada pelbagai rasa iaitu manis, masam, pahit dan masin. Selepas itu murid akan mengelaskan makanan-makanan tersebut mengikut rasa masing-masing.

    ReplyDelete
  53. Asslamualaikum...

    Kemahiran proses sains yang saya pilih adalah mengelas.
    Tajuk : 1.1. Memahami manusia memerlukan keperluan asas untuk hidup.

    Contoh Aktiviti:

    1.Guru mengedarkan kad gambar kepada murid dan meminta mereka untuk mebahagikan kad tersebut kepada keperluan asas manusia dan kehendak manusia.
    2. Guru menunjukkan piramid makanan.
    3. Guru memaparkan piramid makanan yang kosong dan meminta murid datang kehadapan dan menmpal jenis makanan dengan betul.
    4. Guru meminta murid duduk dalam pasangan dan meminta murid untuk berkongsi makanan yang mereka suka dan membincang makanan itu penting untuk kesihatan atau tidak.

    ReplyDelete
  54. Nama: Mazlina Mohd Jaid CT10210455

    Kemahiran Proses Sains: Memerhati
    Contoh aktiviti:
    1. Guru bercerita tentang alam serangga pada murid.
    2. Murid diberi arahan untuk berbaris bagi meneruskan aktiviti pembelajaran luar kelas.
    3. Murid berkumpul dalam bentuk bulatan di taman untuk membuat pemerhatian pada serangga. (Guru menggunakan benda maujud seperti model serangga yang telah di letakkan di taman sebelum pembelajaran bermula).
    4. Murid bercerita tentang serangga. (Nama, warna, makanan, bilangan kaki dan lain-lain lagi)

    ReplyDelete
  55. SITI SALUAH TUAH ( CT 10210727 )
    Kemahiran proses sains : Meramal
    Tema: Udara
    Tajuk : Mari main buih sabun
    Hasil Pembelajaran:
    1. membuat perbandingan dan membezakan hasil perbandingan
    2. membuat ramalan apa yang akan berlaku selepas memerhati hasil percubaan
    3. menerangkan pemerhatian yang dilakukan
    Bahan: baldi, sabun yang sudah dibancuh dengan minyak, straw, cawan plastic
    Prosedur:
    1. Terangkan cara membuat buih sabun dan bermain buih sabun.
    2. Terangkan aspek keselamatan semasa bermain buih sabun:
    • Air sabun tidak boleh disedut
    • Pastikan air tidak tumpah ke atas lantai bagi mengelakkan lantai licin
    3. Bersoal jawab mengenai buih sabun:
    • Apa yang terjadi pada buih sabun?
    • Bagaimana buih terjadi?

    ReplyDelete